BAB 1

Humor Completed 2123

Hari ini, aku berjumpa dengan seorang rakan lama untuk berbuka puasa bersama. Rakan yang sudah lama tidak ku jumpa.

Entah apa mimpiku tiba-tiba rasa ingin berjumpa dengannya. Perjumpaan di restoran yang ala-ala mewah di area Sunway, Petaling Jaya mengimbau kembali kenangan silam ketika kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia.

Rezeki masing-masing. Walaupun kami belajar dalam bidang kejuruteraan kimia, aku kini, cikgu Pendidikan Khas yang mengajar anak-anak istimewa yang mempunyai kelainan upaya, Lee pula gah dengan pakaian seragam polisnya.

Nama seperti cina tetapi muka melayu jawa tu memang jika dilihat dari jarak sepuluh buah blok bangunan, sudah ketara coklat berkilatnya.

Dia pasti berang setiap kali aku berjenaka dan memperlinya dengan gelaran itu.

Kami menikmati makanan barat yang dihidangkan sambil bergelak ketawa setiap kali bercerita tentang kisah dulu-dulu.

“Kau ingat lagi tak pasal Azman, si badut kita tu, aku dengar dia dah berjaya ‘tackle’ minah mat saleh masa dia belajar kat Universiti Nottingham hari tu, dah bawa balik pun jumpa bakal mak mentua katanya, mak si Azman lah”, kata Lee.

“Oh ye ke, maunya terkejut beruk mak si Azman tu dapat menantu si mata biru”, aku menyampuk. Kami tergelak berdekah-dekah.

Pelayan restoran kini menghidangkan pencuci mulut pula.

“Fuh, apa ni Lee? Nampak je, terliur dah”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience