“Ai.. ai.. bos… saya yang menurut perintah”, dengan nada mengejek adik kepadaku.
Geram aku dibuatnya. Tidak mengapalah, yang penting siap tugas yang diberi. Selepas itu, aku menyapu whipped cream berwarna putih itu sebelum menyusun kiwi dan anggur hitam untuk lapisan pertama.
Lapisan kedua pula, whipped cream disapu sekali lagi dan strawberi dibelah dua untuk disusun penuh di atas pavlovaku sambil diselitkan kiwi yang dipotong kecil-kecil dan anggur hitam di celah-celah strawberi tersebut.
Aku berbisik dengan adikku dan memintanya bersedia. Dari dapur, kami menyanyi dengan lantang walaupun suaraku agak sumbang tetapi suara adik aku itu bagaikan kodok yang hodoh sedang melompat menyanyi memanggil hujan. Lagi teruk.
“Happy birthday to you …… happy birthday to you ………..happy birthday to mama……… happy birthday to you”.
Papa sempat mengambil dan memetik gitarnya mengiringi kami menyanyi pada waktu hening pagi ini. Harap-harap jiran tidak terganggu. Mama yang sedang melipat kain buat-buat muka terkejut.
Pasti kejutan ini sudah dijangkanya setelah melihat aku sibuk mengeluarkan mixer dan oven dari dalam almari sebaik-baik sahaja aku sampai ke rumah malam tadi.
Setelah meniup lilin, papa membantu mama memotong kek lalu disuapkan ke mulut mama. Romantiknya mereka walaupun umur sudah melebihi separuh abad. Kami mencium pipi mama yang semakin dimamah usia itu.
Pagi itu juga pavlovaku licin, pastinya dari segi rasa mungkin sama sekali tidak seperti yang kumakan semalam terutamanya apabila tekstur pavlova ku agak lembik dan bukan seperti yang dijangkakan tetapi aku berpuas hati dengan kelahiran pertama kek ku ini.
Pastinya akan banyak lagi yang akan muncul selepas ini. Aku tekad.
Share this novel