BAB 8

Humor Completed 2123

Pada hari Ahad, aku cuba bereksperimen lagi. Kali ini, masa membakar kek itu dipanjangkan.

Mengikut apa yang kubaca dalam laman sesawang, aku cuba mengubah masa sehingga 2 jam setengah. Lagi lah lama masanya.

Harap-harap menjadi kerana niatku untuk membawanya ke sekolah pula nanti supaya dapat dirasai oleh guru-guru sekolahku.

Emakku merungut kerana dapurnya bersepah-sepah dan agak sukar untuk dia memasak menu tengah hari memandangkan aku pula sibuk menyediakan acuan kek.

Hari ini, aku berasa gementar ketika keretaku mula memasuki pagar sekolah. Bukan kerana fikirkan ngauman singa guru besar yang menakutkan itu ataupun segala bebanan tugas yang telah diamanahkan.

Tetapi kali ini, debarannya berbeza, sudah tentu mereka tidak menjangkakan Cikgu Faizal akan membawa sebiji kek home made hari ini. Selalunya aku sebagai tukang makan sahaja setiap kali guru-guru yang lain membawa makanan dan menghidangkannya di kantin sekolah.

Sememangnya menjadi budaya di sekolahku, cikgu-cikgu di sini sangat dermawan dan gemar membelanja cikgu-cikgu yang lain ataupun membawa lauk-pauk atau kuih-muih mengikut kepakaran mereka untuk santapan guru-guru di sekolah ini.

Pavlova? Begitu asing sekali nama itu dan pelbagai soalan meniti di bibir-bibir cikgu veteran yang telah lama berkhidmat di sekolah luar bandar ini kepadaku.

Walaupun sekolah luar bandar, tetapi semangat dan keaktifan luar biasa guru-gurunya sangat menakjubkan kerana sering terpilih utnuk mewakili berpuluh-puluh ribu sekolah lain ke peringkat antarabangsa.

Aku segera menghantar sistem pesanan ringkas kepada geng-geng cikgu yang rapat denganku supaya datang ke kelas bagi menikmati kek pavlova itu. Mereka kelihatan seronok dan seperti tidak percaya si bujang ini membakar kek.

Lantas, ada antara mereka yang memesan untuk dibawa lagi supaya mereka dapat membawanya pulang ke rumah pula. Yang penting, bukannya percuma. Mereka berkeras untuk membayar mengikut harga pasaran. Hatiku berbunga-bunga. Jauh di lubuk hati, minat untuk mendalami dunia kek semakin menebal.

Bukan sahaja kerana minat tetapi juga sebagai pendapatan sampingan. Mungkinkah ini sebagai titik permulaan untuk aku menceburi bidang pembuatan kek ? Adakah aku bakal terjebak untuk melakar sejarah sebagai si pembakar kek yang pertama dalam keluargaku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience