BAB 4

Other Completed 5909

“Iera tak boleh terima pernikahan ni. Iera nak dia ceraikan Iera sekarang juga. Kenapa abang sanggup serahkan Iera dekat orang yang bertopengkan syaitan? Abang, dia ni orang yang musnahkan hidup Iera. Mama dengan abang tak fikir perasaan Iera!” Malam itu Ameera mengamuk dihadapan seluruh ahli keluarganya. Hati wanita mana tidak memberontak apabila mengetahui bahawa suaminya adalah orang yang telah musnahkan hidupnya. Orang yang telah membuat dirinya hilang mahkota yang dijaga selama bertahun-tahun.

“Ameera, mama dengan Ameer tak salah apa-apa. Semua ni atas kemahuan abang sendiri. Abang nak menebus segala kesalahan yang abang buat. Abang tak marah kalau Ameera nak benci abang. Ameera ada hak. Abang tak halang. Abang minta maaf dekat Ameera dulu abang bodoh. Abang janji, abang akan tebus kesalahan abang.” Ezham cuba mengenggam tangan Ameera namun segera ditepis. Bencinya dengan Ezham tidak pernah surut sehingga kini.

“Aku nak kau ceraikan aku sekarang juga!” teriak Ameera. Hatinya telah diguris-guris. Pedih! Itu yang dirasai ketika itu. Tiada siapa yang mengerti. Tiada siapa yang melihat kesedihan yang dihadapinya. Ameera terduduk dan menangis semahu-mahunya. Ezham mendekati isterinya. Dia sangat serba salah dengan gadis dihadapannya. Dia telah membuat gadis itu hilang keyakinan diri. Hilang segala harapan atas perbuatan bodoh dia suatu ketika dulu.

“Kenapa kau buat aku macam ni?! Kenapa? Hidup aku musnah kerana kau. Aku hilang semuanya. Ini semua kerana kau! Aku tanggung malu! Aku dihina! Kenapa kau tega buat aku macam ni? Kenapa kau datang bila aku dah move on. Kenapa?” Ameera menghamburkan kata-katanya. Di saat dia sudah mempunyai keyakinan diri, mengapa lelaki dihadapannya hadir membawa luka lama. Seolah-olah peristiwa itu menerjah kembali. Perit untuk dia menanggung segala kesedihan yang menyelinap di dalam jiwanya. Satu persatu kejadian buruk dulu menerpa kembali.

Tiba-tiba Ameera merasa dirinya dipeluk seseorang. “Umi, kenapa nangis?” tersentak dengan kehadiran anak kecil yang usianya hampir mencecah 2 tahun. Ameera memeluk erat anak kecil itu sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience