BAB 8

Other Completed 5909

Ameera termenung seorang diri. Dia keliru sama ada mahu pergi honeymoon atau tidak. Dia sangka hanya dia yang pergi, tak tahu pula abangnya membuat rancangan seperti itu. Dia tak sanggup untuk bersama-sama Ezham berdua-dua untuk waktu yang agak lama. Ezham yang pernah dia kenal dulu sudah berbeza dengan sekarang. Sekarang dia lebih bertanggungjawab dan berfikiran matang. Lima tahun jarak umur yang memisahkan mereka. Tiba-tiba pandangan Ameera gelap, seperti ada seseorang yang menutup matanya. Dia diserbu dengan perasaan takut, Ameera memang seorang yang takut dengan gelap. Dia bergelut dan akhirnya tangan yang menutup matanya terlerai jua. Dia sudah menangis tersedu-sedu, tambah nangis bila lihat Ezham yang buat begitu. Ezham terkejut dengan tangisan Ameera, dia hanya mahu bergurau. Tidak sangka boleh jadi begini. Dia memeluk isterinya. Ameera menangis tersedu-sedu tanpa henti.

“Sayang, maafkan abang. Abang cuma bergurau je. Abang tak tahu kalau jadi macam ni. Dah jangan nangis, abang ada dekat sini. Abang janji abang tak akan buat lagi.” Serba salah Ezham dengan isterinya. Rambut isterinya diusap-usap agar tenang. Niatnya hanya mahu bergurau, dia mencari kesempatan untuk berbual dengan isterinya apabila abang ipar dan ibu mertuanya serta anaknya pulang ke kampung halaman.

“Iera takut. Iera takut. Kenapa buat macam ni? Iera tak kuat. Iera fobia gelap. Iera takut peristiwa tu terjadi lagi.” Tangisan Ameera semakin menjadi-jadi. Dia terlalu takut, fobianya terhadap gelap bermula sejak peristiwa itu juga. Hatinya meruntun, menangis minta diredakan. Perlahan-lahan kedengaran suara tangisan seseorang. Ameera segera memandang wajah Ezham. Ya, Ezham menangis. Menangis menyesali perbuatan lalunya. Reaksi Ezham membuatkan Ameera terkedu.

“Kenapa dulu abang bodoh sangat? Kenapa abang buat sayang macam tu? Kenapa abang tak tegah nafsu gila abang? Kenapa abang jahat sangat? Sayang, abang minta maaf. Abang banyak buat hidup sayang merana. Abang buat sayang dihina, dimaki dan dipulaukan orang. Abang buat sayang hidup dalam ketakutan. Abang buat sayang menderita sampai sekarang. Abang buat sayang nikahi abang sedangkan abang kejam dengan sayang. Abang dera perasaan sayang. Abang kejam sebab pentingkan diri abang. Sayang, abang cuba nak baiki semuanya. Abang nak tebus kesalahan abang sebab tu abang nekad lamar sayang. Abang nekad nak ambil hati sayang. Tapi abang bodoh sebab abang tak fikir perasaan sayang. Sayang, abang minta maaf. Abang minta maaf.” Ezham tertunduk sambil menangis. Malu untuk dia memandang isterinya. Kini, dia akui, dia jatuh cinta dengan isterinya. Dia amat menyayangi isterinya. Dia tidak mahu kehilangan isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience