BAB 9

Other Completed 5909

Ameera terkedu dengan kata-kata Ezham, hatinya juga meruntun. Hatinya juga sakit bila mendengar kata-kata Ezham. Dia mencapai tangan Ezham dan mencium tangan Ezham. Dia memang tidak sayang tapi dia bukan kejam sehingga mahu berbuat jahat terhadap suaminya. Mungkin di awal pernikahan, dia memberontak. Ketika itu, dia terkejut dengan siapa dia berkahwin. Ezham terkejut dengan tindakkan Ameera.

“Mungkin saya perit lalui semua itu. Saya akui sebelum ini, saya salahkan awak dalam perjalanan perit hidup saya. Saya benci awak, saya tak percayakan awak. Dulu saya pernah cakap dengan abang Ameer, kalau saya dah ada suami saya nak taat dengan suami. Saya nak sayang suami saya. Tapi bila apa yang saya impikan terjadi, saya tak lakukan itu. Sebab apa? Sebab peristiwa pahit yang awak pernah lakar dulu. Awak, sejak awak menjadi suami saya yang sah, perasaan benci tu mula pudar. Saya tak mampu nak sayang awak sebab hati saya masih sakit. Tapi saya nak awak tahu yang saya sayangkan rumahtangga ni. Saya nak pertahankan rumahtangga ini. Awak, semua tu dah terjadi, dah berlaku pun. Cukuplah kita salahkan takdir, awak selama ni saya abaikan awak. Tak endahkan awak. Saya buat tak tahu dengan awak. Saya mintak maaf. Saya tak taat pada awak. Maafkan saya” Ezham memeluk erat Ameera, hiba hatinya mendengar kata-kata Ameera. Selamanya dia salah sangka dengan Ameera. Isterinya cukup baik bagi diri dia, cukup menjaga makan minum dia walaupun mereka tidak bertegur sapa.

Jangan pernah sesekali melihat seseorang dengan kesilapan lalunya. Ameera cuba memaafkan Ezham. Dia mahu menjadi seorang isteri yang solehah dan taat dengan suaminya. Mungkin perasaan cinta itu belum wujud, tapi Ezham yakin bahawa isterinya sangat menyayanginnya. Ezham bersyukur kerana mempunyai isteri yang tabah dan kuat menghadapi apa jua ujian yang Allah berikan. Dia sendiri tidak mampu menjadi setabah isterinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan masjid mereka. Mulai detik itu, Ameera belajar menyayangi dan mencintai suaminya. Dia memerlukan masa untuk melakukan itu semua. Biarlah perjalanan waktu yang mengatur semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience