BAB 6

Other Completed 5909

Sudah sebulan peristiwa itu berlaku, walaupun segala kejadian itu berlaku di saat Ameera hampir menghadapi SPM ia tidak menghalang Ameera untuk menjawab kertas peperiksaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Perkahwinannya tetap menjadi rahsia yang perlu disimpan rapi. Bukan mahu menyorokkan, tapi buat apa mahu menghebohkan sedangkan rumahtangganya tidak sebahagia yang diharapkan.

“Iera, tak nak pergi bercuti ke? SPM dah habis, kan?” Soal Ameer. Ameera hanya mengangkat bahu. Irsyad mendekati Ameera.

“bila Ez balik, umi tak perasan pun. Ez balik dengan siapa?” Ameera memandang Irsyad. Dah bertambah tembam pipi anaknya, entah iras siapa pun dia tidak tahu. Irsyad menunjukkan tangan ke arah Ezham. Ameera hanya mengangguk. Hubungan dia dengan Ezham tetap hambar. Sudah pelbagai cara yang Ezham lakukan untuk mendapatkan cinta Ameera namun semuanya hampa.

Ameer menghulurkan dua tiket pelancongan kepada Ameera. Kening sebelah diangkat menunjukkan pertanyaan mengapa. Tiket di ambil, dan Ameera amat teruja apabila tempat yang mahu dituju itu adalah tempat yang sangat dia impikan sejak kecil.

“Abang serius ni? Tapi kenapa sampai dua? For what?” soal Ameera bertalu-talu. Ameer tersengih dengan pertanyaan adiknya. “Seriuslah. Abang beli khas untuk Iera. For your honeymoon, sayang.” Ujar Ameer sambil tersenyum. Glup! Membulat mata Ameera setelah mendengar kata-kata abangnya. Ameer hanya tersengih melihat raut wajah adiknya. Ezham pula diam sahaja.

Ameera berlalu ke dapur. Dalam hati sudah sumpah seranah abangnya. Bukan abangnya tidak tahu yang dia dengan Ezham tak bertegur sapa. Ini mesti idea puan Maznah. Ameera mengomel tanda dia tidak puas hati. Malas hendak menimbulkan perdebatan dengan abangnya itu.

“Sayang, dari tadi buat air tak siap-siap juga ke? Tak salah pun kita pergi honeymoon. Untung abang Ameer nak bagi tiket tempat yang sayang minat. Peluang tu datang terhad tau. Nak ke tak nak?” tersentak Ameera mendengar bicara Ezham. Untung dulang yang di bawa segera disambut dengan Ezham. Kalau tidak, mahu pecah cawan-cawan tu. Salah Ezham, sebab berbicara tanpa Ameera sedar akan kehadirannya. Ameera hanya berlalu pergi sambil membawa pinggan yang berisi cengkodok. Entah kenapa hatinya masih tertutup nak terima lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience