BAB 5

Other Completed 5909

Anak kecil itu tidak mengerti apa-apa. Dia anugerah yang Allah beri untuk Ameera jaga. Anak kecil itu mengesat air mata Ameera. Ezham hanya memandang. Dia keliru dengan situasi dihadapanya. Siapa anak kecil itu? Adakah dia? Pelbagai soalan menerpa difikirannya. Dia yakin bahawa anak itu adalah anaknya.

Ezham memandang Ameer, dia meminta penjelasan dari abang iparnya itu. Ameer hanya diam membisu. Dia tidak dapat memikirkan apa-apa ketika itu. Kehadiran anak buahnya serba sedikit dapat mengubat luka dihati adiknya ketika itu. Ameera mengesat air matanya dan mengukirkan senyuman. Dia tidak boleh lemah dihadapan anaknya. Ya, anak kecil itu merupakan anak kandung Ameera. Amri Irsyad, anak yang pada mulanya dia tidak mahu menerimanya. Anak dari orang yang merogolnya dua tahun lepas.

“Umi, Abi mana? Umi dah janji dengan Ez, kan? Umi kata tunggu Ez balik dari lawatan, umi nak bawa Ez jumpa Abi. Ni Ez dah balik.” Petah Irsyad berkata-kata. Ameera diam sejenak. Kedengaran dia mengeluh. Puan Maznah mengusap belakang Ameera. Anaknya memerlukan kekuatan ketika itu. Ameera kembali tersenyum. Reaksinya membuat semua orang hairan. Ameera harus kuat, Amri Irsyad segala-galanya buat Ameera.

“Ez pejam mata dulu.” Irsyad hanya menurut perintah Ameera. Semua orang menunggu tindakkan yang bakal Ameera lakukan. Ezham terkejut apabila Ameera mencapai tangannya dan mendekatkan Irsyad ke arahnya. Ezham memandang Ameera. Ameera mengangguk menandakan dialah bapa kepada Irsyad. Irsyad cinta hati Ameera, tidak pernah sekali pun dia memungkir janjinya kepada Irsyad. Anak kecil itu membuka mata perlahan-lahan apabila dia sedar yang disebelahnya ada seseorang selain Ameera.

“Abi?” soal Irsyad kepada Ameera dan Ezham setelah dia melihat Ezham disebelahnya. Senyuman Ameera amat difahami Irsyad. Dia memeluk erat Ezham. Rindu yang dibendung sejak usianya setahun telah terlerai jua. “Terima kasih, Umi” Ameera mengerti bagaimana perasaan seorang anak apabila tiada insan yang bernama bapa. Dia tidak mahu Irsyad merasai apa yang dilaluinya ketika dia terpaksa berpisah dengan Encik Aqil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience