BAB 3

Other Completed 5909

Ameera memandang tasik yang cukup membuat hatinya sedikit tenang. Segala tangisan dihamburkan di situ, hujan rintik-rintik mula turun seperti memahami gejolak dalam jiwanya. Pernikahannya akan berlangsung pada malam ini. Dia menyelinap keluar seawal pagi lagi. Dia ingin lari daripada masalah yang membuatkan dirinya terhimpit.

“Iera..” Ameera segera mendongakkan kepalanya. Suara yang sangat dirindui, sudah bertahun-tahun tidak ketemu. Walaupun dia pernah melakukan kesilapan, dia tetap ayah kandungnya.

“papa?” encik Aqil menganggukkan kepala. Ameera segera memeluk papanya. Kerinduan yang selama ini dia pendam sudah tidak dapat dia bendung lagi.

“Iera kenapa lari dari rumah? Mama dengan abang risau bila Iera tiba-tiba tak ada dekat bilik. Hari ni kan, hari bahagia Iera. Papa jadi wali Iera, ya?” encik Aqil memimpin Ameera kedalam kereta. Ameera sudah tidak mampu melawan mahupun melarikan diri.

Sampai sahaja di hadapan rumah, Puan Maznah segera memeluk Ameera. “kenapa Iera buat mama macam ni? Iera tahu tak, mama risau sangat. Jangan buat mama macam ni lagi, sayang. Mama sayang Iera.” Ameera hanya mendiamkan diri. Dia sudah penat menangis. Pelukan mamanya dileraikan, dia melangkah masuk ke dalam bilik. Semua yang ada hanya saling berpandangan. Perit hati seorang ibu melihat anaknya seperti itu. Namun apakan daya, dia terpaksa melakukan semua itu.

Ameera hanya duduk di dalam biliknya, hari ini hari yang tak pernah dia fikirkan untuk jadi begitu. Takdir Allah tiada siapa dapat mengubahnya. Dia redha dengan segala-galanya. Selesai sahaja akad nikah, Ameera dibawa keluar untuk bertemu dengan suaminya. Ameera memandang siapa gerangan suami. Wajah yang pada mulanya berseri menjadi pucat lesi.

“pergi!!! Aku benci kau!! Pergi!!” Ameera menjerit histeria. Suasana bertambah cemas apabila Ameera rebah. Ameer memandang keadaan adiknya dengan sayu. Ini semua silapnya. Dia yang merancang perkahwinan ini, pada awalnya puan Maznah tidak bersetuju dengan cadangan Ameer. Sebagai seorang ibu, dia tidak tega anaknya menanggung derita. Dia tahu bahawa Ameera akan terkejut apabila mengetahui siapa gerangan suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience