BAB 2

Other Completed 5909

Pernikahan merupakan mimpi buruk buat Ameera. Dia tidak sanggup berhadapan dengan mana-mana lelaki. Hatinya masih terluka. Garisan luka yang terlakar suatu ketika dulu merupakan sebuah kenangan buruk. Pernikahan kedua orang tuanya musnah hanya kerana orang ketiga. Penceraian dan sebuah kenangan pahit suatu ketika dulu membuatkan dia tidak berani mengambil risiko dengan mana-mana lelaki. Rumahtangga abangnya juga berakhir dengan penceraian kerana isterinya berlaku curang di belakangnya. Ameera takut untuk menghadapi risiko yang sama.

Ameera segera mempersiapkan diri kerana jam sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi. Dia tidak mahu terlewat ke sekolah. Matanya yang sembab tidak diendahkan. Sudah puas dia menangis semalaman. Segaris senyuman cuba diukirkan di bibir mulusnya itu.

“Iera, mari makan.” Jemput Puan Maznah. Ameera menoleh ke arah meja makan. Abangnya sedang menjamu selera dengan masakan mama mereka. Ameera melangkah ke meja makan, kemudian menghirup sedikit air. Ameer menjeling ke arah adiknya, mata adiknya kelihatan sembab. Sudah pasti, Ameera menangis semalaman.

“Iera tak makan ke?” soal Ameer

“tak sempatlah, bang. Nanti lambat pula nak pergi sekolah. Takut tertinggal bas.” Kata Ameera dengan nada lemah lembut. Dia masih punya kesedaran agar menghormati orang yang lebih tua daripada dia.

“biar abang hantar Iera. Ma, Ameer hantar Iera kejap ya.” Ameera segera menyalami mamanya setelah melihat abangnya keluar. Puan Maznah hanya mengangguk.

Ameera hanya mendiamkan diri ketika dalam perjalanan ke sekolah. Ameer hanya memandang wajah muram adiknya. Setitis demi setitis air mata Ameera jatuh ke pipinya. Ameer terkejut dengan reaksi adiknya. Ada sesuatu yang disimpan oleh adiknya. Adakah adiknya mengingati masa silamnya? Perangai Ameera tak ubah seperti perangainya dua tahun lepas setelah kejadian hitam itu.

“Ameera..” panggil Ameer. Ameera segera menyalami abangnya. Kakinya laju melangkah keluar dari kereta merah itu. Dari kejauhan, seseorang memerhati Ameera keluar dari kereta itu. Wajah gadis itu kelihatan muram, ada sesuatu yang membuat dia bersedih. Apakah hajatnya sudah Ameer sampaikan kepada gadis itu? Teka-teki bersarang di benak fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience