BAB 7

Other Completed 5909

Ezham melepaskan keluhan berat sebelum berlalu membawa dulang ke arah luar. Dia tidak sedar keluhannya itu, didengari Ameera. Ameera tertunduk. Bukan dia mahu menjauh atau mengabaikan suaminya. Namun, hati perempuan mana yang tak terluka dengan perbuatannya lelaki itu dulu. Banyak yang dia lalui seorang diri ketika dia mengandungkan Irsyad. Dia dicaci, dimaki dan di buang kawan sehingga ibunya terpaksa berpindah demi melihat dirinya tenang. Tapi siapa sangka, selama dia disitu, dirinya sentiasa diperhatikan dalam diam. Sakit dan perit bila dikenang kembali.

Masa depannya musnah hanya kerana lelaki itu. Dia menjadi seolah-olah seperti orang tidak waras. Di usia muda yang sepatutnya dia nikmati, musnah semuanya. Ketika remaja sebayanya keluar bersantai, dia sibuk mengurus anak. Namun apa kan daya, benda dah jadi. Tiada lagi yang perlu disesali.

“Umi, Ez nak ikut Pak Long balik kampong dengan nenek boleh tak? Ez teringin nak tengok kampung Umi. Abi kata seronok. Sebab suasana kampung tak sama dengan bandar. Boleh tak, Umi?” soal Irsyad menyapa Ameera yang sedang mengelamun. Sudah lama dia tidak jejakkan kaki dikampung halamannya. Hanya abang dan ibunya yang pulang setiap hujung bulan untuk melihat rumah di sana.

“Boleh je. Tapi jangan nakal-nakal. Dengar cakap nenek dengan pak long. Umi tak kesah pun. Tapi Ez kena tanya Abi dulu. Kalau Abi bagi Ez boleh pergi. Ya, sayang?” Ameera melemparkan senyuman. Kepala Irsyad diusap-usap. Walaupun berat hati dia mahu membenarkan Irsyad pulang ke kampung halamannya. Dia tidak mahu Irsyad rasa seperti apa yang dia lalui, dia sudah masak dengan orang kampung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience