Warung Lama

Horror & Thriller Series 22635

WARUNG LAMA

Mira (bukan nama sebenar) pelajar politeknik yang dirasiakan tempatnya..

Hobi mira adalah mencuba pelbagai jenis makanan yang ada disekitar tempat dia menetap.. pisang cheese, murtabak meggi, roti hipster, aiskrim pusing, nasi dagang hipster,jagung cream cheese dan pelbagai lagi..

Nafsu makannya membuak apabila melihat makanan sebab mira ni jenis tolak kayu dan batu je~

........................

Sabtu - 0830 pagi

Mira membawa keretanya tanpa hala tuju... gear minyak ditekan 60 km/s. Sampai di hujung simpang, mira menemu jalan mati. Dia membuat u-turn, sementara itu hidungnya tertangkap bau makanan yang sangat enak sehingga terangkat badannya keluar tingkap. Di toleh kiri dan kanan mencari mana datang bauan tersebut. Beberapa saat kemudian, matanya tertangkap pada kelibat sebuah warung usang di sebalik pokok besar. Mira tersenyum lebar..

Kereta dipecut hingga ke depan warung tersebut. Dia turun dengan wajah yang excited! Menu dilihat satu persatu..

Package!!
Nasi lemak special+ ABC+ jagung manis RM4.30

Suara mira agak sedikit kuat dan teruja seakan tidak percaya.. senyuman yang ditonjolkan semakin lebar. Perutnya juga sudah berkeroncong lagu ziana zain.

Mira mula memberi salam kerana ingin membuat order tapi tiada siapa yang menyahut..

Mana orang ni? Nak jual ke tak? Aku lapar ni .. bingung mira dibuatnya..

Tiba tiba muncul seorang pakcik tua dari hujung dapur sambil memegang buku nota kecil untuk mengambil order.

Nak makan apa cu? - tanya lelaki tua itu

Emm...saya nak package yang ni pakcik.. hehehee - Balas mira sambil tersenyum

Pakcik tadi hanya menganggukkan kepala dan berlalu pergi, buku nota kecilnya tadi tidak dibuka mahupun ditulis.
Mira hanya termenung sambil menatap handphonenya yang tidak ber'cas

Alamak! Lupa nak cas malam tadi.. bateri tinggal 20%

Mira mengeluh..

Tak apa lah, lepas makan ni aku terus balik. Nanti risau pulak ummi kalau aku tak masej. -ligat otaknya berkata sendiri

Tidak lama kemudian, makanannya sampai ke meja.. pakcik tua berkata

Makan cu, makan sampai habis ya? Dengan senyuman dihujung bibirnya..
Mira hanya melihat dan pelik dengan tindak tanduk pakcik tua tersebut.

Ishh, seram pulak aku dengan orang tua ni - ngomel mira sendiri

Mira makan dengan selera, setiap butir nasi di suap ke mulut tanpa ditinggalkan satu sisa pun. Abc'nya pula disedut hingga habis dan licin..

Eegghhhhh~ Alhamdulillah- mira sendawa tanpa segan

Ye lah, buat ape nak malu, dia seorang je pelanggan di warung usang tersebut.

Makanan sedap tapi aku pelik asal la tak ade orang yang datang.. kesian pakcik ni.. -pikir mira sendiri

Tidak lama kemudia, mira bangkit dari kerusi dan menuju ke pakcik tua sambil menghulurkan note RM5

Nah pakcik - duit dihulur tapi tidak disambut..

Pakcik, amik la duit ni.. mira bersuara lagi

Tak apalah cu, pakcik berlanja cu makan hari ni.

Eh' mane boleh pakcik.. pakcik buka kedai, saya ni pelanggan kenalah bayar..
Muka mira berkerut kerana pelik

Tak apa cu, pakcik berlanjaaaa~ suara pakcik tua itu berubah sedikit menjadi tinggi

Mira terkejut dan pelik, dan tiba tiba perutnya terasa sakit..dan dia termuntah di hadapan pakcik tersebut..

Buwwweeerrrkkkkkk!!

Alangkah terkejutnya mira apabila melihat muntahnya tadi berwarna hitam, busuk dan berulat!

Matanya terbeliak, dan mulutnya disapu bersih..

Kenapa dengan aku ni??!!!! Mira meninggi suara

Pakcik tua tadi tersenyum lebar dan akhirnya dia ketawa terbahak bahak

HHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!
KAU DAH TERMASUK KEDALAM PERANGKAP AKU ANAK ADAM!!

Suaranya menjadi garau dan muka nya berubah menjadi buruk dan mengerutu.. mira menagis ketakutan dan menjerit meminta tolong..

Tiba tiba phonenya berbunyi dan tentera nama "ummi sayang" di hadapan screen. Mira menekan answer dan menjerit...

Ummiiiiii, tolong mira ummmiiii !!!!! Jerit mira sekuat hati sampai sakit tekaknya tapi sayang, line nya terok dan akhirnya terputus kerana kehabisan bateri..

Tak guna! Mira campak phone nya ke tepi..

Matanya memaling ke arah pakci tua tadi, rupanya orang tua itu kini berada betul betul dihadapan mukanya.. sambil berkata

Kini kau milik aku selamanya, kau dah tak boleh lari mana! Hahahahahaahahahahaha...

Tidaaaakkkkkkk!!! Mira menjerit dan meraung sekuat hati

...................

3 hari kehilangan mira membuatkan ummi dan keluarganya bimbang.. 911 di hubungi dan pencarian dimulakan.. selepas seminggu, polis menemui kereta mira di hujung kampung bersebelahan warung usang yang terbakar 20 tahun dahulu.. tetapi jasadnya hilang tidak tahu dimana, mungkin disorok di alam yang berlainan...

Setiap malam, akan kedengaran sayu suara tagisan seorang perempuan di bawah pokok tersebut

Iskkk...isskkkk, tolonggg..tolongggg, aku nak balikkkkk... tolonggggg akuuuuu... iskkkkk iskkkk

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience