Sesat

Horror & Thriller Series 22635

SESAT

0145 pagi..

Mata aku makin berat tapi terpaksa ku tahan kerana assignment yang berlambak.
Student..biase la buat keja last minute.. lagend la kate kan!
Hahahahahahaha

Tap! Tap! Tap!

Aku menekan di keyboard pc, bunyinya memecah kesunyian malam.

Tiba-tiba~

Aduhaiii...time ni pulak ase nak terkencing!

Marah aku pada pundi kencing yang tak berape nak kuat ni..

Bila time orang ramai ramai tadi tak nak pulak kau nak terkeluar, ni dh lewat malam jugak lah kau nak keluar wahai kencing!!

Membebel aku sendiri macam orang bodoh cakap dengan pundi kencing

Aku pun berlari anak sambil kaki terkepit kepit macam orang tajk betul, menuju ke tandas di hujung dapur.

Tandas dirumah aku ada dua, satu diatas dan satu dibawah.. tapi malang, yang atas asyik tersumbat je kerjanya. Sampai naik menyampah bila nak betulkan.

Tandas yang kedua pula terletak di bahgian bawah tapi sedikit belakang dan hujung dapur. Aku lemah sikit dengan tandas ni sebab jarang guna dulu, bila yang atas tu dah rosak baru la terkial kial nak guna yang bawah ni..

Lampu tangga aku buka biar terang sedikit, kaki aku terjongket jongket seperti pencuri masuk rumah.

Arghhhhh...tak tahan dah ni! Aku gelisah

Tiba didepan tandas, aku menolak daun pintu

Kreeeekkkkkkkk~

Bunyi yang terhasil cukup membuat bulu roma aku menegak..

Arhh, biarlah.. aku dah tak tahan ni.. lantak la ape nak jadi..

Aku masuk, kunci pintu dan melepaskan hajat yang sepatutunya..

Aaaaaahhhhhhh... aku lega

Selesai membuang hajat, aku melangkah kaki untuk naik ke tangga atas..tiba tiba taku terasa tiupan angin menampar pipi, aku endahkan dengan pikiran positif. Tiba di depan pintu bilik, aku pun melangkah masuk.

Terkejut!

Lantai bilik aku bertuka menjadi lantai di tandas.. aku mengangkat kepala dengan perlahan..

Ya! Benar! Ini tandas tadi!

Aku gelisah. Peluh membasahi dahi dan mengalih hingga ke leher..

Aku berlari keluar...turun tangga..dan sampai dipintu keluar, aku capai tombol dan buka

Tidak!!!

Mata aku masih ternampak bahagian dalam tandas..

Apa dah jadi ni?

Aku bertanya pada diri..

Tak mungkin! Ini semua mimpi...

Pipi merah gebu ku cubit kuat

Arghhhh... sakit! Jadi ini bukan mimpi

Mata aku terbeliak, cuak, menggigil dan berpeluh.

Aku sesat...aku kat mana ni!!!????? Tolong aku!!!

Setelah beberapa bulan, tuan rumah membuat laporan polis tentang kehilangan aku secara tiba tiba.Sebenarnya dia cuak aku lari tak bayar duit sewa rumah.. tapi setelah disiasat, semua barang aku masih lengkap di rumah tersebut.. cuma jasad aku sahaja yang hilang..

Hilang kerana aku sesat...

Sesat dalam rumah aku sendiri

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience