Minat Dan Sayang

Horror & Thriller Series 22635

MINAT DAN SAYANG

Aku ada minat dekat sorang mamat ni.. nama dia firdaus, tinggi 176cm, berat 63 kg, rambut kerinting di sikat belakang, berkemeja sentiasa dan beg di tangan setia menemani..

setiap hari aku akan usha dia masuk class and time balik.. tapi susah aku nak dekat dengan firdaus ni sebab dia selalu sorang sorang dan tak ada kawan..
Bila tanya budak kelasnya semua cakap tak tahu..
Elehh, kedekut la tu nk bg tau.. ye lah, firdaus ni handsome! Muka mix la katakan...

Satu hari tu, aku terserempak dengannya di lorong koperasi.. Masyallah mukanya manis dan tulang rusuk aku bergetar! Hahahhaha... sumpah aku dah jatuh cinta dekat mamat ni.. aku menegur

Hai awak - dengan senyuman

Hai - firdaus membalas

Masa tu aku rasa macam nak pengsan.. ye lah, crush kite kot!! Hahaha

Aku tanya lagi

Awak nak pergi mana?

Tak de mane, jalan sini sini je..

Ouh... nak join saya tak makan dkt kantin? Perghh, gile tak malu muka aku ni tapi tak apa lah, bukan selalu aku mcm ni..Heeee

Boleh juga

Senyuman firdaus menikam nikam jantung aku, arghhhhh... ase mcm nak cubit cubit je pipi ni.
Harap harap ini bukan mimpi..senyum aku sendiri

Berborak dan meluangkan masa bersama.. sumpah aku happy dan bahagia..

..................

pejam celik pejam celik sudah 3 minggu aku bersama firdaus. Makan bersama, pergi class bersama, balik pun jalan bersama..

Suatu hari tu, class tuisyen tamat jam 5.30 petang.. aku menunggu firdaus diluar pagar sekolah, yasmin dan syahira menegur aku..

Eh" tak balik lagi kau? Tunggu siapa?

Aku tunggu firdaus- jawab aku tanpa segan silu

Firdaus mane? Kau tak ade cite pon kat kami? Yasmin mencelah.

Alah, budak class 5 wira tu la... yang handsome tu

Senyuman gedik aku lontarkan

Yasmin dan syahira membuat muka blur dan terlihat kerutan pada dahi mereka..

Firdaus? Setahu aku tak ada senior kite name firdaus dalam class 5 wira.. biar betul kau ni, kau salah class ni... kata syahira

Aku hanya diamkan diri setelah mereka tidak mempercayai aku..

Dah la korang, kalau tak percaya pergi la main jauh jauh.. aku menghalau

Yasmin dan syahira pon berlalu pergi sambil mencebik kan mulut..

5 minit kemudian, firdaus muncul

Awak, sory saya lambat.. saya pergi jumpa cikgu tadi

Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya

Haihh..nasib baik lah kau hensome firdaus..untung sape dapat kau -kata aku dalam hati

Aku dan firdaus pon berlalu pergi...

Seminggu kemudian, kecoh satu sekolah dengan cerita pelajar class akaun berlegar legar di sekolah waktu petang.. aku hanya memasang telinga tanpa kata apa apa.. tiba tiba hati aku terdetik ingin bertanya siapa nama budak yang digelar hantu berlegar tu..

Mereka menjawab "FIRDAUS"

Aku terdiam, tersentap dan terpaku.. yasmin dan syahirah memandangku dengan pandangan terkejut dicampur dengan perasaan seram.

Aku tanya lagi..

Eleh kau ni penipu la, tak kan la...Korang ade bukti ke? Meh sini aku nak tengok..! Suare aku tinggi dan hati ku bagai tidak percaya..

Kalau kau tak caya meh tengok gambar ni, aku dapat tangkap hari tu.. kata osman sambil menghulurkan aku sekeping gambar yang telah dicuci..

Gambar tersebut samar tapi aku masih dapat lihat..susuk tubuhnya, rambut kerintingnya, kemeja kemas dan beg bimbitnya.

Sama!!! Hati aku berkata

Air mata sudah bertakung di kelopak mata..

Apa semua ni?? Kenapa dia??? Aku menangis...

Yasmin dan syahira memeluk ku erat, dan budak budak yang lain hanya melihat dengan penuh tanda tanya.

...................

0300 petang

Aku duduk di taman sekolah, menunggu kelibat si dia..

Takk...aku tidak takut padanya..aku sayang kan dia.. tapi tidak mungkin sebab dia dari dunia yang lain.. dia tidak patut ada disini.. kata aku dalam hati, tanpa aku sedar air mata mengalir di pipi..

Firdaus tiba disisi dan menyapu lembut pipi ku..

Kenapa awak menangis? Dia bertanya

Tak ada apa apa lah awak..saya rindu awak je.. hehehehe

Ketawanya memecah sunyi.. tangan aku diraih dan digenggam erat.. aku terpaku..

Awakkk... firdaus memanggil

Aku hanya diam membisu dan melihatnya dengan mata yang sayu..

Aku kesian dengan keadaan kau firdaus.. aku nak kau pergi dengan aman.. tapi aku takut kehilangan kau!

Hati aku berasa berat dan hampa..

Awak kenapa ni? Ada masalah ke? Firdaus bertanya lagi.

Ada! Saya dah tahu pasal awak - aku membalas

Kata kata ku memeranjatkan firdaus.. tangan aku dilepas, muka dipalingkan kearah lain..

Jadi awak dah tahu siapa saya?

Ya, saya tahu firdaus..

Awak tak takut?

Tak, sebab saya sayang kan awak..

Firdaus menoleh ke arah ku dan dia menangis..

Aku turut menangis..

Firdaus..awak pergi la ketempat awak, saya nak awak hidup dengan tenang disana.. buat apa awak tunggu di dunia manusia ini lagi?

Tapi saya tak mahu tinggalkan awak sorang sorang -balas Firdaus dalam nada perlahan

Saya dah mula sayangkan awk tapi saya lepaskan awak sebab saya tak mahu awak terseksa diantara dua dunia..

aku menangis...

Aku tunduk memeluk lutut dan menangis bagai dirasuk hantu..

Awak pergi lah!! Pergiii!!!! Saya nak awak pergi!!!! Aku menjerit kearahnya

Baiklah, saya pergi tapi awak kena janji dengan saya yang awak tak akan nangis dengan pemergian saya.. saya sayang awak walaupun kita dari dunia yang berbeza.. saya harap awak tak akan lupakan saya..

Bayang firdaus semakin kabur dan sebelum dia hilang, tangannya sempat memegang ku dan menghulurkan sekeping gambar...

Dia dah hilang, dia dah pergi..

Air mataku deras bagai air terjun di Gunung Ledang.. aku sedih tapi terpaksa kuat kan diri demi kebaikan..

Gambar yang dihulur sebentar tadi aku lihat..

Ianya gambar kami

Ya! Gambar aku bersama firdaus yang dah aku cuci tempoh hari.. aku dan dia..tapi gambarnya sedikit kabur mungkin sebab dia bukan manusia..

Aku tersenyum dan mengucap syukur.. aku harap kau tenang disana firdaus.

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience