Patung

Horror & Thriller Series 22635

PATUNG

Kanak kanak gemar bermain patungkan? Bergitu juga dengan mia.

Kisah: kematian sekeluarga

........................

Mia, kanak kanak berumur 7 tahun. Anak tunggal. Kegemaran mia adalah mengumpul koleksi anak patung seperti gambar diatas. Bilik tidurnya dipenuhi dengan patung patung tersebut. Besar. Kecil. Lelaki. Perempuan. Setiap malam. Sebelum mia melelapkan mata. Mia akan mula bercerita bersama patung patungnya. Mungkin sudah jadi kebiasaan. Sehinggakan,lisa dan hamdi juga tidak kisah akan kelakuan mia. (Ibu bapa) Semakin hari kelakuan mia bertambah pelik dan lemah. Mia seperti tiada tenaga dan kurang tidur. Matanya lebam. Lesu. Pucat. Lisa menghantar mia ke klinik. Tetapi, dokter hanya mengatakan mia normal cuma keletihan akibat kurang rehat. Yang paling peliknya, bila mia masuk ke dalam biliknya. Kedengaran suasana gembira dan riuh. Mia bercakap seorang diri dan ketawa seperti nak tercabut isi perut.

.......................

Khamis/Malam/1200AM

Malam sunyi. Hanya kedengaran bunyi angin diluar tingkap. Lisa dan hamdi masih belum tidur kerana menyiapkan kerja dan tander masing masing. Tiba tiba terdengar bunyi suara kanak kanak bercakap. Seakan akan makin dekat dengan bilik utama dimana lisa dan hamdi berada. Mata mereka berdua memerhati pintu bilik. Tiada bayang bayang kelihatan. Tetapi suara jelas kedengaran. Dada berombak. Pintu terbuka sedikit. Kelihatan mia berdiri didepan pintu dan bajunya berlumuran darah. Ibu menjerit. Hamdi berlari ke arah mia. Tetapi langkahnya terbatal setelah melihat kelibat anak patung dibelakang mia sambil memegang pisau. Mukanya berubah . Ngeri dan kejam. Menakutkan. Mia terkulai depan pintu bilik. Patung itu menuju ke arah ayahnya. Lisa memeluk mia seeratnya sambil menangis seperti orang gila. Digendong dan menuju ke pintu utama. Tetapi gagal. Patung lain mengepungnya. Setiap patung memegang pisau dan gunting. Tangisan lisa makin kuat dan nyaring.

Hamdi pula masih bergelut dengan patung dihadapannya. Sofia, nama diberi. Patung kesayangan mia. Patung yang paling besar (4 kaki) pernah diperoleh daripada pemberi misteri semasa hari jadinya sebulan yang lalu. Cuba ditolak. Tak berhasil. Hamdi ditoreh dibeberapa bahagian badannya. Jeritan demi jeritan. Akhirnya, pisau menusuk di dada kanannya. Mengakibatkan pendarahan yang teruk.

Lisa pula dijumpai mati sambil berpelukan bersama anaknya. Mia. Pisau diperut. Gunting di tusuk ke mata kiri. Lidah dan telinga dipotong. Roh mereka melayang sekelip mata.

Mayat mereka dijumpai selepas seminggu oleh jiran tetangga. Kerana bau busuk dan lalat yang banyak. Lokasi di kuala lumpur.

Yang paling menyeramkan. Semasa penjumpaan mayat mayat tersebut. Polis mengesahkan. Berlaku pergelutan tetapi tiada cap jari. Dan mereka menjumpai patung sebanyak 32 buah dikeliling mayat tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience