Sumpahan Mimpi

Horror & Thriller Series 22635

SUMPAHAN MIMPI

Hihihihihihihihii...

Suara perempuan mengilai di bawah pohon di sebuah rumah lama di hujung kampung.
Rumah itu dikatakan berhantu kerana ada kes bunuh diri seorang wanita indonesia yang bekerja sebagai orang gaji dirumah tersebut. Malangnya dia telah dirogol dan mengambil keputusan membunuh diri akibat malu.
Mayatnya ditemui oleh isteri tuan rumah, namun bergitu untuk menutup malu keluarga si isteri bertindak menanam mayat wanita tersebut di bawah pohon tersebut.
Tidak lama kemudian gangguan demi gangguan berlaku dan mengakibatkan mereka sekeluarga berpindah keluar dan mengeluarkan notis "Untuk Disewa".

27/4/2010-sabtu-17:27pm

Sekumpulan remaja lingkungan umur 20an datang memasuki kampung dengan tujuan membuat video pendek atas arahan lecture masing masing (assignment) .
Iskandar, muiz, Haziq, Siti, dan Maisarah. Lima sekawan sejak semester 1, yang menjadi perhatian ramai lecture disebabkan kenakalan mereka.

....................

Rumah mane kite nak berteduh ni geng? Dah nak malam ni.. Muiz bertanya.

Iskandar dan Haziq hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Siti dan Maisarah pula tertidur di bahagian belakang van yang mereka bawa akibat kepenatan.
Selang beberapa minit, van yang mereka naiki ditahan oleh seorang nenek tua yang bertongkat seperti akar pokok. Brek emergency ditekan kuat sehinggakan mereka berlima terhembuk kedepan. Siti dan Maisarah menjerit kesakitan.
Muiz hanya terdiam kaku.
Iskandar bersuara, makcik nak pergi mana ni? Hari dah nak senja, bahaya makcik jalan sorang sorang.
Makcik tua hanya membisu didepan van.
Aku rasa makcik ni tak dengar la Is...Haziq membisik
Ishh, kau ni..dah kata orang tua mestilah pendengaran kurang! Nada suara Iskandar menjadi tinggi. Haziq hanya diam terkedu akibat dimarahi.

Muiz dibahagian hadapan masih diam membisu dan tiba tiba Maisarah menjerit.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Iskandar dan Haziq toleh kebelakang melihat Maisarah yang menjerit ketakutan, manakala Siti pula hanya diam dan termenung seperti orang bodoh.

Iskandar kebinggunggan dan dengan pantas Haziq mencapai Iphonenya dan membuka surah Yassin dengan volume yang paling kuat.
Mereka memejamkan mata dan mengikut sama alunan surah tersebut dan mengharapkan ALLAH akan membantu mereka ketika itu.
Tiba tiba suasana menjadi senyap. Iskandar dan Haziq membuka mata dan mereka melihat Muiz,Siti dan Maisarah memasuki rumah lama didalam semak hutan tidak jauh dari van yang mereka naiki.
Iskandar lari sambil memanggil tetapi hasratnya terbatal setelah Haziq menariknya ke tepi untuk menyorok disebalik pohon besar dan rendang.
Apehal kau tarik aku!? Aku nak kejar dorang la ngok! Marah Is pada Haziq.

Cuba kau tengok dulu kiri kanan kau, bodoh! Jangan nak marah marah boleh tak? Sekarang ni keadaan darurat weyh... muiz membalas sambil menggigil.

Darurat kepale hotak kau! Iskandar menolak kepala Haziq dengan kuat dan mengendahkan kata katanya kerana Is mengganggap Haziq memang seorang yang penakut sejak dibangku sekolah.
Iskandar berlari anak masuk kedalam rumah lama tersebut untuk mencari rakan rakannya di ikuti Haziq dibelakangnya sambil memegang powerbank yang mempunyai lampu suluh kecil. Iskandar menoleh ke kiri dan kanan namun bayang rakan rakannya masih tidak kelihatan.. tiba tiba bahunya seperti dipegang oleh seseorang dan kedengaran seperti nafas orang menghela dicorong telinganya. Iskandar tidak berani menoleh... bulu romanya meremang, kakinya kaku, seluruh badannya menggigil seperti orang menahan kencing.
Nafas dihela semakin kuat di corong telinganya..

Haaaaaaaaaaa~.....

Degupan jantung Iskandar semakin laju.. tiba tiba dia merasa ada sesuatu menjerut lehernya, seperti tali yang tebal dan kasar. Dia merengek menahan sakit dan jatuh terduduk seperti orang tercekik.
Tidak lama kemudian, Haziq tiba dan terkejut dengan tindak tanduk rakannya itu.
Is, kau kenape ni?
Iskandar masih terduduk menahan sakit.
Issss! Aku cakap dengan kau ni. Dah la tadi kau tinggal kan aku kat luar, sekarang ni acah acah tercekik pulak. Haziq bersuara tanda annoying.

Iskandar meletakkan kedua tangannya dileher menunjukkan tanda dia dicekik. Haziq memahami signal tersebut dan dia menjadi kalut kerana tidak tahu untuk membuat apa apa.
Iskandar cuba untuk bersuara tetapi suaranya tersekat sekat kerana dicekik.. Haziq menggigil seluruh badan dan hampir 60% bajunya sudah dibasahi peluh jantan. Iskandar semakin lemah, matanya seakan akan mahu tertutup dan rakan rakannya masih tidak dapat ditemui. Haziq semakin buntu.. lalu dia memejamkan mata dan menjerit sekuat hati sambil melaungkan Azan..
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,Ash hadu an la ilaha illal lah, ash hadu an la ilaha illal lah,

Ash hadu an-na Muhammadar resulul-lah, Ash hadu an-na Muhammadar rasulul-lah, hayya 'alas, salah, hayya 'alas salah,

hayya 'alal falah, hayya 'alal-falah Allahu Akbar; Allahu Akbar, La ilaha illal lah.'

Mata masih dipejamkan kerana ketakutan, nafas seakan tersekat dikerongkong akibat menjerit, tangan dan kaki menggigil seperti mahu terkencing dan peluhnya deras seperti air terjun mengalir.
Suasana kembali sepi..
Tiba tiba pipinya ditampar seseorang, bisanya Masyallah! Pedih yang amat dan terasa nyeri hingga ke gigi geraham. Haziq membuka matanya serta merta dan melihat empat rakannya di hadapa muka dengan mata bewarna putih, mulut berdarah dan kelihatan pucat lesu seperti mayat baru ditanam, diikuti suara perempuan mengilai menggegarkan seluruh rumah usang tersebut.

Hihihihihihihihihihiii~

Haziq menjerit ketakutan sehinggakan air mata jantannya mengalir ke pipi. Dia mencuba untuk melarikan diri tapi malangnya, kakinya entah macam mana telah terikat kemas di tiang tengah rumah. Haziq meronta dan menjerit meminta pertolongan..
Malang sekali tiada siapa yang dengar akan jeritanya itu. Empat rakannya semakin mendekati, kedengaran darah menitis ke lantai disertai dengan jeritan wanita mengilai.. nafas Haziq menjadi makin laju dan sesak. Haziq pengsan di situ serta merta

.................

Beberapa jam kemudian Haziq tersedar kerana bunyi bising radio dan nyanyian rakan rakannya di dalam van. Haziq terkedu dan matanya digosok kuat..

Kau kenape haziq? Maisarah menegur.. Haziq hanya mendiamkan diri.
Tu lah kau, tido petang lagi.. ni mesti mimpi bukan bukan... Muiz dan Siti mencelah dengan senyuman sinis. Haziq masih membisu..Iskandar melihatnya dengan pelik dan sangsi. Kau kenape ni? Mimpi ape sampai lencun baju kau aku tengok? Meh cite kat aku... Iskandar bersuara sambil senyum kambing kearah Haziq..

Haziq hanya membisu dan menarik nafas panjang seakan dia hidup semula...

1 jam kemudian, kepala nya terhantuk ke kerusi depan seperti cicak dihempuk pintu... mereka menjerit

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Haziq mendongakan kepala dan dia melihat seorang wanita tua bertongkat akar kayu di hadapan van yang mereka naiki.Wanita itu melihatnya dengan jelingan mata yang tajam dan senyuman yang menakutkan..

Haziq menjerit bagai orang histeria...

Tiiidddaaaaakkkkkkkkkk!!

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience