Tamat Tanah

Horror & Thriller Series 22635

TAMAT TANAH

Hujan lebat membasahi bumi, kau berlari anak dengan hanya berlindungkan fail kerja diatas kepala. Sampai didepan rumah tiba tiba kau terlihat ada tanah betul betul depan pintu rumah kau..

"Ishh..budak mane la yang main main depan umah aku ni, habis dah kotor" -mengomel kau seorang diri.

Kau melangkah ke dalam rumah dengan perasaan yang letih dan terus menuju ke bilik untuk membersihkan diri.. lepas selesai mandi, kau duduk di ruang tamu sambil melayan drama dikaca tv.

Tiba tiba tingkap terbukak kerana angin terlalu kencang, kau pun bangun dan pergi ke arah tingkap. Masa kau berjalan tu tiba tiba ada sepihan tanah didepan tingkap kau. Macam tapak kaki seseorang..

kau melihat ke kanan dan kiri, tiada sesiapa.. dan tiba tiba ada sepasang kaki disebelah kau dipenuhi dengan tanah merah yang basah sambil berkata..

Aku nak tumpang rumah kau boleh?

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience