Pemujaan

Horror & Thriller Series 22635

PENGENALAN DIRI

Assalammualaikum semua..

Cerita hantu ni di tulis atas sebab pengalaman sendiri dan cerita daripada kawan kawan. Ada juga yang direka tetapi tiada kena mengena antara hidup dan mati.

10% hilang tak dijumpai

5% Tidak waras / trauma

70% normal

5% meninggal dunia

10% Normal & Mencari entiti

.................................................

Kalau suka bagi tau, kalau tak suka pun komen la ye.hehehehe...

Semoga Allah melindungi diri kita semua daripada syaitan dan iblis yang direjam.. Amiinn.

PEMUJAAN

Walaupun dunia maju tetapi manusia tidak pernah lari dari adat pemujaan. Dilakukan untuk mendapat bahagia, kaya, result exam gempak, dapat jodoh, anak, dan sebagainya.

Fatin. Wanita ayu berkulit putih mulus menjadi kegilaan orang ramai walaupun statusnya kini sebagai janda. Gayanya seperti anak dara, lenggokkan tubuhnya mengiurkan. Membuatkan lelaki yang memandang tidak keruan. Disebalik kecantikan yang ditonjolkan, mempunyai seribu satu kisah yang tersembunyi.

Setiap malam keliwon. Tepat jam 1200 tengah malam. Fatin akan memulakan aktiviti pemujaan dirumahnya. Bilik khas disediakan, kain kuning menjadi pilihan. Oleh kerana dia sudah 3 tahun menjanda dan tidak mempunyai anak, ia memudahkan lagi pergerakan fatin untuk melakukan permujaan syirik. Rambut disanggul tinggi, badan disarung baju kebaya dan berkain batik, tangan kanan digenggam limau nipis dan tangan kiri memegang pisau keramat.

Bahan – bahan :

5 Biji telur rebus

1 dulang pulut kuning

1 mangkuk bertih neras

3 batang lilin

1 ikat pisang emas

3 sireh dulang

Asap kemenyan

Bahan tersedia, kemenyan dibakar. Asap berkepul menambahkan lagi perasaan seram didalam diri fatin. Tetapi diendah mati matian demi kecantikan dan kehidupan masa depan yang dipuja. Setelah asap kemenyan memenuhi setiap sudut bilik dan melingkar ke kuar, fatin meneruskan dengan membaca mantera..

"Rarakan Nyi Pohaci

Hihid kekeper iman

Nyiru tamprak ning iman

Dulang ketuk ning iman

Parako bengker ning iman

Hawu dungkuk ning iman

Suluh solosod ning iman

Seeng kukus ning iman"

Sebutan demi sebutan diperkatakan dengan jelas. Diulang sebanyak yang mungkin,sambil menitiskan 3 titik darahnya dari jari keringking ke atas limau nipis. Limau di puja diatas asap kemenyan dan disapu rapi keseluruh badan. Perlakuannya diulang sehingga dia puas. Kulit yang berkedut kembali anjal. Berubah menjadi putih kemerahan. Rambut beruban putih kembali hitam. Badan lembik dan gelebeh menjadi lansing. Fatin puas. Puas dengan segalanya. Jelmaan demi jelmaan syaitan dihadapannya menjadikan nafsu kecantikannya membuak. Kerjanya menjadi, hasilnya membuah. Fatin ketawa mengilai. Setiap minggu berubah menjadi setiap bulan dan melarat hingga bertahun. Perlakuannya tidak diketahui orang lain.

....................................................................

10 tahun kemudian. Fatin telah berkahwin dengan seorang jejaka bernama Hisham Mansor Bin Kamarul. Seorang perniaga makanan ringan yang berjaya. Hisham mempunyai 3 buah kilang disekitar Shah Alam, Ulu Klang dan Sabah. Kemajuan business hisham sebenarnya hasil daripada aktiviti pemujaan fatin dan hisham tidak mengetahuinya. Keliling rumah ditanam tulang kucing jantan berwarna hitam, dibalut kain kuning dan dibaca mentera. Bergitu juga di kawasan kilang hisham. Fatin mengambil kesempatan semasa dia datang menjenguk keadaan kilang bersama hisham. Fatin dan hisham juga dikurniakan seorang puteri yang kini berumur 4 tahun. Amira nama diberi. Tetapi kelakuan anaknya aneh kerana mira lebih gemar menyendiri dan bermain berseorangan. Bila ditanya, mira menjawab yang dia mempunyai kawan tetapi kawannya hodoh. Fatin menjadi tidak selesa dengan jawapan mira.

27 sept 2010 - 0830PM

Fatin berasa panas satu badan. Terasa rumahnya bagai digegar. Ibu jari kakinya pula membengkak dan menjadi besar. Sakit yang tidak tahu penyebabnya. Klinik dan hospital dijenguk berulang kali, doktor masih tidak tahu akan penyebabnya dan hisham menjadi tidak keruan. Setiap malam juga akan kedengaran seperti orang berjalan di atap rumah. Bunyi wanita dan kanak kanak ketawa, bunyi guli bertaburan dan sebagainya. Gangguan demi gangguan yang terjadi.

Suatu malam, fatin memulakan pemujaannya kerana tidak tahan diganggu. Dia berasa marah dan keliru. Setelah jampi serapah disebut, kelibat susuk tubuh seorang perempuan menjelma. Kain putih lusuh menutupi badan. Rambut panjang mengurai kusut dihadapan muka. Tapi jelas kelihatan matanya yang merah menyala. Dihujung sudut rumahnya pula timbul jelmaan seekor binatang seperti monyet tetapi mempunyai rupa seperti serigala. Manakala di sebelahnya pula muncul seorang kanak kanak lelaki dengan muka yang hampir 80% terbakar dan baunya busuk. Tiga jelmaan itu memberikan pandangan yang sangat tajam pada fatin.

Nafas fatin bagai tersekat, tidak tahu mengapa kali ini dia berasa ketakutan. Jelmaan yang dulu adalah hambanya kini menjadi puaka haram jadah yang mengerikan. Peluh menitik dari dahinya. Dadanya berombak. Pikiranya bagai terhenti. Jelmaan semakin menghampiri. Kuku yang tajam di seret ke dinding bilik sehingga menghasilkan bunyi ngilu. Fatin menekup telinganya. Ngilu. Sakit. Lelah. Lesu. Perutnya ditusuk dengan kuku syaitan yang menggila. Darah mengalir laju. Rupa fatin berubah pucat. Jelmaan monyet melompat lompat di sekitar fatin sambil menggigit dan meninggalkan tanda lebam dibadannya. Kanak kanak lelaki itu pula hanya memandang dengan rupa yang mengerikan sambil ketawa puas kearah fatin. Fatin menjerit kesakitan dan kewarasannya hilang. Dia seakan gila. Menjerit dan melolong seperti dirogol dan ditikam berulang kali. Jeritan kedengaran hingga membuat hisham berlari ke bilik yang diduduki oleh fatin. Mata hisham membulat dan mulutnya ternganga.

ALLAH!!!!

Hisham menjerit. Sepasang matanya melihat susuk tubuh fatin ditengah bilik sambil mengeliat kesakitan, menjerit bagai orang gila, berguling disini sana, badannya berasap, dan berdarah. Mata fatin terbeliak seperti ingin terkeluar sambil tangannya dihulur ke hisham. Hisham cuba untuk mencapai tapi sayang fatin di seret oleh benda yang hisham tidak boleh lihat dengan mata kasar. Fatin dilambung ke atas dan bawah, badannya dihentak dan rambutnya ditarik. Hisham menangis sambil menjerit.

ALLAHU AKHBAR!! FATIN!!!

Air mata jantannya tertumpah bagai air terjun. Hisham mengejar fatin dan mencapainya, tangan fatin di genggam kuat. Dicuba tarik dan tiba tiba tangan isterinya putus! Hisham menjerit, terkejut hingga jatuh terduduk. Air matanya masih deras dan jeritan fatin masing kuat di gegendang telinganya. Hisham mencuba untuk melaungkan azan. Tetapi mulutnya seakan ditutup. Lehernya seperti dijerut. Hisham kaku dan terseksa. Disaat suaranya tersekat, hisham sempat menjerit

Kau nak apa syaitan!

Itu sahaja ayat yang terlintas di kepala otak hisham sewaktu masanya datang menjemput. Dan tiba tiba matanya tertangkap pada susuk tubuh anaknya disebalik pintu...AMIRA

MIRAAAAAA....LARIII!!!

Jerit hisham pada anaknya. Tetapi amira sedikitpun tidak berganjak. Beberapa saat kemudian muncul jelmaan di kiri dan kanan anaknya. Hisham terkedu, dan 3 jelmaan syaitan itu berkata

Fatin berhutang dengan aku dan kini aku sudah menemui tuan yang baru...

Diikuti suara mengilai yang amat menakutkan. Hisham masih tidak bergerak. Badannya seakan dikaren dan diikat. Tiba tiba terasa sakit di perutnya. Bila ditundukkan kepala, hisham melihat seorang kanak kanak lelaki sedang menikam perutnya dan mengeluarkan isi perutnya sambil ketawa.

Kematian hisham dan fatin menjadi tanda tanya dan heboh di setiap mulut penduduk dikawasan tersebut. Rumahnya pula tidak berpenghuni dan dibiar tidak berjaga sehingga kini.

Anaknya pula...

AMIRA

HILANG TIDAK DIJUMPAI

TAMAT

Firman Allah s.w.t.:

"Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah maha Esa)" Surah Al Baqarah : Ayat 22

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience