Jangan Tegur

Horror & Thriller Series 22635

JANGAN TEGUR

Ini kisah sebenar daripada seorang budak perempuan. Identiti terpaksa dirasiakan
........................

Suatu malam yang dingin. Ditemani cahaya bulan dan bintang, serta lampu jalan yang malap. Siti (bukan nama sebenar) dan kawannya roza meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah. (Dari mana ke mana aku tak sure)

Sampai kat satu simpang, siti menoleh ke kiri. Kelihatan sebuah rumah kayu yang cantik. Walaupun samar tapi tetap cantik. Seakan ade suatu yang jadi sebagai penyeri. Siti menegur, Cantik rumah tu. Dengan suara yang teruja. Roza memanlingkan muka dan tidak semena dia naik berang dan memarahi siti kerana memuji muji rumah tersebut. Siti jadi pelik dan annoying dengan sikap roza yang tiba tiba.

Semasa siti membawa kereta dan menunggu di lampu isyarat merah. Dia melihat seorang nenek tua yang sedang memegang bakul berjalan sendirian di kaki lima. Terbongkok bongkok. Siti pelik, dan sekali lagi dia menegur.

Kenapa la nenek tu jalan sorang2 tengah malam buta ni. Mana la anak cucu dia.. haihh, kesian!

Roza terkejut dengan kata kata siti, dengan cepat dia menoleh dan sekali lagi dia memarahi siti.

Kau tolong jangan membebel boleh tak. Jangan tegur ape2 bende yang kau nampak, drive safe je la!

Roza melenting macam siti buat kesalahan besar. Siti hanya mendiamkan diri, ditemani bunyi surah surah Al Quran yang dibuka oleh roza. Siti jadi pelik dan masih mendiamkan diri.

Beberapa jam perjalanan, mereka pun tiba dirumah. Sebelum masuk rumah roza menghalang siti daripada terus masuk. Malah dia membacakan surah AlFatihah, Ayat kursi dan selawat 11 kali sambil menghembus ke kanan, kiri, atas, bawah, depan dan belakang. Setelah itu dia berkata, kami tak kacau kau jadi kau jangan kacau kami. Sambil kakinya melangkah masuk kedalam rumah dengan memberi salam. Bulu roma siti masa tu menegak lurus. Tak tahu la kenapa tapi terasa seram sejuk.

Tidak lama kemudian, siti bertanya ada roza. Kenapa? Apa? Dll..dan roza pun buka lah cerita.

1. Rumah yang dikatakan cantik tadi adalah kubur lama dan terdapat pocong di sisi pokok besar.

2. Nenek tua yang bawa bakul itu adalah pontianak

3. Semasa dia memasang surah dalam kereta tu, dia bau bebda busuk dalam kereta dan syak. Benda tu ikut mereka.

4. Sampai depan pintu rumah, benda tu masih dibelakang mereka dan ingin masuk ke dalam.

Roza hanya tersenyum dan menyuruh siti sepaya kuat semangat. Tapi malangnya, siti tu lemah semangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience