BAB 5

Romance Completed 11316

“Aku teman kawan aku dating dengan pakwe dia. Mana nak campur dengan diorang aku lari…. Bla… bla… bla…”

Dia tersenyum sahaja padaku. Dan mengalihkan topik lain sampailah kita orang berjumpa kembali dengan kawan-kawan yang seusianya dengannya. Salah seorangnya juga adalah kenalanku tapi hubungan kami tidak begitu rapat kerana kami selalu bertengkar dan bergaduh setiap kali berjumpa.

“Izzat, kau kenal tak sape ni?” Tegur Shukri padanya kerana Addawiyyah gelisah bila Izzat memandangnya dengan pandangan yang tiada siapa tahu apa ertinya melainkan seorang sahaja iaitu Shukri.

“Mestilah aku kenal, bitch of the year kan. Kenapalah kau selalu ada kat depan mata aku?” Terkedu aku bila Izzat berkata begitu dan kawan-kawannya hanya tergelak termasuklah Shukri. Aku tak tahu kenapa Izzat begitu membenci aku sehinggakan setiap perbuatannya turut mengundang kebencianku pada dirinya.

“Apa kau dajal laknatullah.” Lagi power aku bagi kat dia. Padan muka, terus terdiam dari ketawa tadi. Last-last aku mengangkat thumbs up padanya dan bersembunyi di belakang Shukri.

“Dah-dah-dah. Apa ni, bitch lah, dajal lah. Tak baiklah korang ni. Immature betul.” Mengetap bibir kami berdua memandang Shukri. Tidak sedar dengan itu terus aku mencubitnya dari belakang.

“Eh, kau ni perempuan tak tau ke yang kau ni tak boleh sentuh lelaki, HARAM!!! Kalu tak habis belajar agama masuk sekolah balik.” Dia meninggikan suaranya bila Shukri mengaduh sakit kerana aku mencubitnya, tak kira tempat dan tak kira dengan mata-mata yang memandang kami berdua. Dia menarik tubuh Shukri agar menjauhkan diri dari aku.

Aku yang sememangnya seorang yang sangat sensitif itu segera meminta diri dari kumpulan lelaki itu. Hati aku menangis perlahan. Terus aku barjalan dan menuju ke tandas. Dalam tandas aku membasuh muka dan cuba menghapuskan bekas-bekas airmata yang mengalir. Bila aku keluar, sekumpulan lelaki itu berkumpul di hadapan tandas perempuan pula tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience