BAB 6

Romance Completed 11316

“Adda, sorry pasal Izzat tadi tu. Dia bulan mengambang sikit. Ingatkan perempuan je yang datang bulan.” Terus Izzat menampar bahunya.

“Takde papelah. Aku nak ronda-ronda dulu cari baju. Bye.” Aku cuba melarikan anak mata dari bertentangan dengannya.

“Tak reti bagi salam?” Terus aku berpaling pada suara yang menyindir aku itu.

“Jat, kau ni kan. Boleh tak jangan kat sini, orang ramai ni.” Pohon Shukri agar kami berdua berdamai dengan baik. Kawan-kawan dia yang lain hanya menganggukkan kepala sahaja bila shukri berkata begitu.

“Jom kitorang temankan Adda shopping. Untung-untung boleh Shuk angkat barang Adda, baru tangan Adda tak sakit kan… hahaha.” Aku hanya tergelak bila Shukri sedaya yang mungkin mencuba memujukku, tidak seperti seseorang itu kata maaf pun tak diucapkan walaupun telah mengguriskan hatiku tadi.

Seronok aku berjalan dalam kumpulan lelaki yang boleh dikatakan kacak dan sedap mata memandang itu. Dalam diam aku akui dalam ramai-ramai kumpulan itu, Izzatlah yang paling kacak dan pakwe aku pun belum tentu mampu tandinginya.

Keseronokan aku di seret entah mana pergi bila kami terserempak dengan Adira dan pakwenya. Tambah menyakitkan hati lagi bila Adira menyindir aku dalam diam menyatakan bahawa aku menyimpan jantan di belakang pakwe aku dan kebetulan Shukri mendengar hal demikian walaupun Adira bercakap tersangatlah perlahan. Mujurlah Shukri bijak meredakan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.

‘Apa kes pulak, Nizam ni senyum sinis kat aku.’ Nizam kekasih hati Adira itu berjabat tangan dengan kawan-kawan Shukri. Terkejut aku dalam diam bila Izzat memberitahu yang dia sedang belajar di Jordan University of Science and Technology (JUST) dalam bidang pergigian. Berbangga aku sekejap di hadapan Adira bila semua kawan-kawan Izzat menyatakan perkara yang sama. Tapi aku terperasan juga, Adira hanya memerhati Izzat dalam diam.

‘Apa kes kau tengok Izzat yang putih kacak macam tu. Tengoklah pakwe kau yang tak hensem hitam legam tu. Berlagak!!!’ Bentak lagi hati aku tanpa aku sedari.

Sebelum kami balik di senja hari dan berpecah di Berjaya Times Square itu, tanpa aku sedari ada seseorang meletakkan sesuatu dalam beg galasku. Aku hanya menyepikan diri dari berborak dengan Adira. Sibuk dia bertanyakan apa hubungan aku dengan kumpulan lelaki tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience