BAB 11

Romance Completed 11316

Setelah dua bulan berehat di rumah, aku membuat keputusan untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat master. Hal ini aku berbincang dengan Azrul dan dia turut menyokong keputusanku. Bagiku Azrul seorang yang senang berbincang dan baik kerana apa jua keputusanku dia terima dengan baik.

Terpaksa jugalah aku kembali mengadap muka Adira bila dia turut ingin menyambung ke peringkat master selepas Azrul memberitahunya mengenai keputusan aku.

Tahan hati jelah bila Azrul beria-ia mencarikan kami sebuah bilik untuk disewakan. Hal ini turut menjadi tanya dalam fikiranku mengenai perangai pelik Azrul.

“Nampaknya kita berkongsi bilik lagilah Adda. Terpaksalah aku kena tahan telinga nanti.”

“Eh, boleh je kalu kau nak duduk sorang dalam bilik ni. Aku cari bilik lain. Habis cerita.”

“Eh, kau ni sensitif betul. Aku gurau je.”

Malas nak layan kepalanya aku terus mengemas bilik baru yang kami sewa itu. Bilik itu disediakan katil bujang, meja belajar dan sebuah almari, memang berbaloi jika sebulan hanya perlu bayar sewa sebanyak RM150 termasuklah bil air, elektrik dan internet.

Selepas siap mengemas, aku terus membuka laptopku kerana ingin berchatting skype dengan seseorang yang menggunakan IDnya SDDM. Bila aku pulang dari konvokesyenku dulu, ada seseorang ni telah menambah aku sebagai kawannya di fac dan aku dengannya telah bertukar ID untuk berchatting di dalam skype. Dengannya aku berterus terang akan statusku iaitu kekasih orang. Dan dia hanya membalas niatnya hanya ingin mengenali dan berkawan.

Aku pernah bertanyakannya maksud sebenar SDDM itu, dia hanya membalas IDnya itu hanya ditujukan khas buat yang tersayang, perempuan yang dia suka dalam diam.

Dengannya aku banyak berkongsi rahsia, berkongsi rasa mengenai diriku, Azrul, Adira dan perihal Izzat. Dan aku turut menyimpan rahsianya mengenai cintanya yang agung terhadap seorang perempuan ni.

Petang itu aku keluar pergi membeli makanan seorang diri di medan selera yang bersebelahan dengan I-City. Bila aku mengajak Adira, dia memberikan alasan kerana ingin keluar bersama kekasihnya.

Dan setahu aku, dia dan Nizam telah memutuskan hubungan apabila Nizam telah membuntingkan seorang perempuan sehinggakan ibu bapa perempuan tersebut membuat laporan polis dan Nizam ditangkap dengan dakwaan merogol ke atas perempuan tersebut. Malas nak banyak tanya, aku terus meninggalkannya seorang diri di rumah sewa.

Di medan selera itulah aku terserempak dengan Shukri, sahabat baikku dan Izzat sekali. Asalnya aku hanya buat tak tahu kerana Izzat turut berada di situ tapi bila Shukri dah datang menegur dan mengajak aku untuk makan sekali susah aku nak mengelak. Lagipun aku sorang-sorang jugak.

“Mana kawan baik Adda tu tak makan sekali ke?” Tak tahu aku nak mentafsirkan sebagai sindiran atau rujukan kawan baik tu pada Adira bila Izzat bertanyakan begitu. Lagipun dia mana tahu apa yang terjadi antara aku dengan Adira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience