BAB 3

Romance Completed 11316

Tersirap darah Adira bila mendengarkan kata-kata Addawiyyah itu. Dalam diam dia iri hati dengan kelebihan yang ada pada Addawiyyah kerana kalau nak diikutkan siapa yang lebih cantik, ramai yang mengatakan dia lebih cantik berbanding Addawiyyah.

Kulitnya putih gebu lebih menggoda berbanding Addawiyyah yang hanya berkulitkan cerah kuning langsat itu. Tapi Addawiyyah berkasih dengan seseorang yang belajar di UPM dalam bidang perubatan dan yang lebih Adira dengkikan lagi, lelaki itu seorang anak Datuk.

“Jom sayang, kita tengok wayang.” Kata-kata Nizam menyedarkan Adira kembali ke realiti.

‘Takpe Adda, nanti kau tengoklah. Pakwe kau sendiri yang datang menyembah di lutut aku.’ Berapi dendam di hati Adira. Dia takkan biarkan orang lain melebihi dari dirinya. Dia memandang kekasihnya yang sedang membeli tiket wayang dan cuba membandingkan dengan kekasih Addawiyyah, iaitu Azrul. Memang jauh bezanya ibarat langit dan bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience