BAB 7

Romance Completed 11316

Sampai sahaja di rumah sewa kami, Adira berpesan supaya aku memberitahu Azrul tentang hal petang tadi kerana dia takutkan Azrul menuduhnya kalau aku berlaku curang. Berkerut dahi aku menahan perasaan begini. Nampak gayanya dia lebih kenal kekasihku berbanding diriku. Nyampah…

“Azrul kau tahu tak yang kau keluar dengan lelaki-lelaki tu tadi. Nanti dia kata kau curang pulak. Pastu nanti dia tuduh aku kononnya mesti aku yang ajar kau.”

“Takde sebab aku nak curang pada Azrul. Dia lelaki yang sempurna untuk aku, kenapa pulak aku nak curang? Azrul tu dahlah kaya, bijak, kacak, baik takkan aku nak lepaskan macam tu aje. Logik akallah kau ni sikit boleh tak.” Saja aku nak tambah minyak dalam apinya. Aku tahu dalam diam Adira mencemburui hubungan aku dan Azrul. Tapi bukanlah semua perkara itu yang menyebabkan aku bercinta dengan Azrul dan menerimanya sebagai pasangan kekasih, tetapi keikhlasannya dan kebaikannya mencuri hatiku dari zaman matrik lagi.

“Eh, Adda. Kau ni kan pakai minyak senyoyong ke sampai semua lelaki nak kat kau. Kalu ikutkan kau ni tak cantik mana pun. Muka kau pun biasa-biasa saja.”

“Kau ingat aku ni jahil sangat pasal agama. Sebab aku berwudhuk selalulah jadi camni. Wajah aku mesti berseri-seri selalu. Tu yang orang lelaki duk pandang tu.” Bidas aku bila dia selalu kaitkan aku dengan benda-benda kurafat begitu. Malas nak layan karenahnya itu, aku terus mencapai tuala dan pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.

Bila aku dah siap dan masuk bilik, aku melihat Adira hanya memakai singlet putih yang jarang dan bagi aku teramat seksi hinggakan aku malu untuk melihatnya sedang skype dengan pakwenya. Perangai yang ni aku tidak suka mengenai Adira, terlalu murah untuk menayangkan segalanya terhadap pakwenya. Segera aku menutup kepala dan lenganku dengan tuala dari pandangan Nizam. Walaupun hanya skype, aurat aku hanyalah untuk insan lelaki yang bergelar suami sahaja.

“Boleh tak kau skype dengan pakwe kau pakai sopan sikit, pastu kau pergi skype kat tepi dinding biar pakwe kau nampak kau dengan dinding je.”

“Eh, sibuklah kau ni. Aku bayar sewa jugakkan bilik ni so aku ada hak nak guna macam mana pun. Kau tak payah nak berlagak alim boleh tak. Ke kau jeles tengok tubuh aku lebih gebu dari kau.” Adira mencebikkan bibirnya.

Membara hati aku bila dia berkata begitu. “At least aku ni suci lagi, anak dara lagi. Bukan sisa orang pun. Gebu-gebu ni aku tak heran langsung.” Aku ni kalau dah panas hati terus jadi mulut laser, tak ada insurans.

Terus dia bangun membawa laptopnya keluar dari bilik dengan hati membara.

‘Kan dah buat aku marah ni. Rasalah kalu diri tu senang sangat serah tubuh kat jantan.’ Perkara ni aku tahu ketika aku pulang dari kampung dan terkejut bila aku masuk ke bilik sewa, Adira dan Nizam sedang nyenyak tidur bersama dalam keadaan yang memalukan itu, tambah lagi dengan botol arak yang bergelimpangan.

Bila aku membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut barulah dia meminta maaf dan berjanji untuk insaf dan berubah. Aku terima hati terbuka dan ingatkan dia betul-betul ingin berubah tapi tindakannya hanyalah untuk memujuk aku supaya tidak meninggalnya seorang diri. Kerana dia takutkan aku mengamuk lagi membawa lelaki masuk ke bilik tidur kami, dia dan Nizam telah menyewa hotel setiap kali untuk melakukan perkara terkutuk itu. Aku sendiri tak tahu apalah hikmah di sebaliknya bila aku berkawan dengan dia. Mungkin ujian tuhan terhadap diriku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience