BAB 10

Romance Completed 11316

Akhirnya usaha aku di UiTM selama tiga tahun berbuah hasilnya. Dengan CGPA yang cemerlang, membuatkan kedudukanku berada di kelas pertama. Memang itu yang aku idam-idamkan kerana tak perlu bayar PTPTN. Hehehe.

Azrul datang pada hari konvokesyenku sekaligus berjumpa dengan kedua orang tuaku. Dia menghadiahkan sejambang bunga ros merah padaku sebagai tanda tahniah. Adira datang dengan muka tak malu meminta agar Azrul turut memberinya sejambangan.

Dengan nada bergurau dan sinis aku bagi kat dia, “ Kau suruhlah pakwe kau belikan. Takkan dia datang sini dengan tangan kosong? Setakat sekuntum tu pun tak mampu ke?”

“Apalah Adda ni, dengan Dira pun nak berkira ke?” Tanya Azrul padaku. Bukannya dia tak tahu, padahal banyak kali dah aku memberitahunya bahawa Adira selalu cemburukan hubungan mereka. Tersenyum Adira bila Azrul memihak kepadanya.

“Takdelah, sampaikan pakwe orang dimintanya bunga.” Terus aku berpaling bila adikku Sumayyah mencuit bahuku dan menghulurkan sekeping kad. Katanya ada orang mengirim ke alamat rumah. Kad itu, aku terus masukkan ke dalam handbag. Kat hotel nanti barulah aku membaca dan bila aku dah berpaling kembali ke arah kekasihku, Adira sudah menerima sejambang bunga dari Azrul.

“Eh, baiknya pakwe aku bagi kau bunga.” Sindir aku.

Nizam hanya memerhati dengan wajah yang kelat. Bila Adira berbual dengan Azrul aku malas nak turut serta. Ramai kawan-kawan yang satu bidang dan satu kelas datang mengucapkan tahniah kepadaku.

“Kau tak reti jaga pakwe ke hah. Tengok tu mesti nak goda Adira.” Tiba-tiba telingaku menangkap setiap butiran percakapan Nizam.

“Apa pulak aku, kau tu yang tak reti ambik hati perempuan. Datang dengan tangan kosong sampai makwe kau tu mintak bunga dari pakwe aku. Tak malu betul makwe kau tu, apa kau simpan duit tak nak beli bunga sebab nak bermalam kat hotel ke malam ni?” sindir aku pedas hingga wajahnya yang hitam manis itupun aku masih boleh nampak memerah.

“Yang kau nak kurang ajar sangat kenapa? Kau jeles ke kalu itu yang kau tak dapat.”

“Buat apa aku nak jelesnya, sebab aku tau dosanya orang berzina ni. Hina tau tak. Ni aku nak pesan, jangan sampai Adira tu mengandung anak luar nikah sudah.”

“Adira!!! Jomlah kita balik.” Jeritnya memanggil Adira. Mungkin dah tewas lawan kata dengan aku mungkin.

Azrul turut mengajak aku balik bersamanya tapi tidak mungkinlah aku hendak meninggalkan keluargaku yang turut berada di situ. Dengan baik aku menolah pelawaannya yang ingin keluar berdua untuk meraikan kejayaanku.

Sampai di hotel penginapan keluargaku, aku terus membuka dan membaca kad yang diberikan oleh Sumayyah tadi.

“Assalamualaikum. Tahniah di atas kejayaan saudari. Segala usaha dan doa yang dicurahkan telah mendapat tilik pandangan dari Illahi. Sayangnya saya tak dapat hadir untuk turut serta bersama saudari untuk berkongsi kegembiraan pada hari itu. Tapi ingatlah saya selalu di depan mata walaupun saudari tidak melihatnya. Wassalam.”

Terkedu aku bila membaca ayat yang terakhir, sekali lagi ayat ‘selalu di depan mata’ itu aku baca. Aku memandang kepada adikku Sumayyah yang sedang mengemas beg pakaiannya keran pagi esok kami akan berangkat pulang. Ragu-ragu aku untuk bertanyakan hal ini padanya. Akhirnya aku hanya membiarkan sahaja persoalan yang berlegar dalam fikiran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience