BAB 14

Romance Completed 11316

“Erm, tunggu sini. Ijat nak pergi bayar parking jap.” Terus dia meninggal aku seorang diri di situ seperti orang kebingungan. Dahlah hari tu, aku terima kejutan banyak sangat. Dengan berita kecurangan kekasihku Azrul dan keterlanjurannya dengan Adira, ditambah pula dengan kejutan ‘selalu di depan mata’ yang memang aku tunggu siapa orangnya.

Nak pengsan aku rasa tika itu, dia sampai selapas membayar parking di kaunter yang ada terus membuka pintu keretanya memberi isyarat agar aku masuk.

“Adda selesai elok-elok dengan Azrul pastu fikirlah nak terima dia balik ke tak kalu dia pujuk Adda. Jangan terus menghakimi dia dan buang dia. Kalu memang tak ada jodoh antara korang baru Ijat boleh bertindak masuk meminang Adda.”

“Hah, masuk pinang Adda? Keje gila, keje gila.” Tergeleng-geleng kepala aku.

“Kenapa pulak, Ijat suka Adda dari tingkatan satu lagi.”

“Dah tu kenapa tak ngaku dari dulu, kalu tak, takyah susah-susah gini.”

“Allah nak uji Adda mungkin dengan menghantar orang yang salah sebelum Adda jumpa orang yang betul. Dan Allah bagi Ijat masa untuk putuskan mana yang terbaik untuk diri Ijat.” Terdiam aku bila dia berkata begitu. Tapi jika semudah itu aku terimanya selepas aku memutuskan hubunganku dengan Azrul, tidakkah orang sekeliling aku akan mengumpat bahawa aku ni perempuan yang jenis mudah.

“Kalu Adda terima Azrul balik camne?” aku ingin menduganya lagi. Betapa selama ini dia hanya ingin menduga aku rupanya.

“Ijat terima dengan hati terbuka macam Ijat terima kenyataan yang Adda sudah ada teman dari Shukri.”

Terus aku teringatkan Shukri, “Nanti sebelum pergi tasik, pergi ambik Shukri dulu. Adira tu bukannya boleh percaya sangat. Nanti dia buat Adda pulak nampak jahat. Erm, kita nak solat maghrib kat mana ni?”

“Kat surau sebelah medan lah, dekat sikit dengan rumah sewa Shukri. Nanti inform ke dia, kita pergi ambik dia. Adda, jangan fikir yang buruk-buruk pasal orang. Pernah dengar tak, kita takkan mati selagi kita tidak kerjakan apa yang kita pernah kata pada orang lain dulu.”

“Erm, pernah. Masa degree dulu. Tapi dah geram sangat ni mulut pun takleh nak kontrol.”

“Lepas sembahyang nanti, doa banyak-banyak agar Allah beri ketenangan pada Adda dan keinsafan pada Azrul dan Adira. Hidayah dan taubat ni bukan dalam urusan kita yang hanya manusia lemah ni. Ingat tu Adda.”

Aku hanya memerhati belakang tubuhnya yang meninggalkan aku dan menuju ke ruangan solat lelaki. Tak lama lepas tu, azan maghrib berkumandang untuk kawasan itu. Segera aku beristighfar dan mengucap panjang. Aku segera pergi ke ruangan muslimah untuk berjemaah sekali.

Selepas usai solat maghrib berjemaah, aku terus menunaikan solat hajat sperti pintanya agar aku memohon dari Illahi sedikit ketenangan dengan ujian yang diturunkan ke atas diriku hari ini.

Bila aku siap bertudung dan menuju ke kereta, aku melihatnya sudah siap menghidupkan enjin kereta dan di sebelah pemandu Shukri turut sedang menunggu aku.

‘Eh, bila pulak Shuk mari?’ Dan bila aku melihat Izzat di sebelah Shukri, hatiku berkata lagi dnegan perlahan, ‘Terkadang yang jelas pun aku masih buta untuk menilainya…’

Malam itu, aku, Adira dan Azrul telah bersemuka dan berbincang dari hati ke hati. Azrul, dia memohon maaf di atas keterlanjurannya itu tapi dia turut menjelaskan keadaan sebenarnya. Katanya dia sendiri tidak menyedari dia telah melakukan perkara terkutuk itu. Manakala Adira pula telah mengaku yang dia telah mengambil kesempatan ke atas diri Azrul yang kesunyian apabila aku pulang ke kampung.

Di hadapan mereka berdua aku hanya mengangguk perlahan dan cuba menerima setiap alasan dan penjelasan yang diberikan kepadaku. Aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kami berdua agar dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Adira.

Izzat dan Shukri menjadi saksi antara kami bertiga. Aku berasa sungguh lega walaupun sedikit sedih dengan hubungan cinta aku cuba bina bersama Azrul tidak bertahan lama. Cuma aku berharap Adira tidak mempersiakan peluang yang telah aku bagi pada dirinya.

“Jom kita pergi makan KFC.”Ajak aku kepada dua jejaka yang bertindak menjadi bodyguardku pada malam itu.

“Dah sekarang ni, korang berdua macam mana pulak?” Tanya Shukri yang inginkan kepastian. Buat masa sekarang aku mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran masterku yang bakal bermula tak lama lagi.

“Sekarang ni, Adda nak cari rumah sewa lain dulu, pastu fokus ke master. Lepas habis semua tu baru nak fikir step seterusnya. Biar jodoh tu datang tepat pada masanya.” Kata aku sambil bersandar di tempat duduk belakang.

“Nak cari rumah sewa lain ke? Rumah Ijat kosong tu. pergi sewa kat sana. Hahaha.” Usik Shukri. Memang tak makan saman betul kawan aku yang satu ni. Dah aku cakap aku nak fokus kat study aku dulu.

Izzat tersenyum sahaja bila Shukri mengusik begitu, dan bagi aku itulah kut kali pertama aku melihatnya tersenyum kacak kepadaku. Dan dia terus memandu ke KFC Seksyen 7 yang dibuka 24 jam.

Dia memandang cermin belakang dan matanya bertentang dengan mataku, seakan telepati yang cuba disampaikan seperti, ‘Jangan bimbang, saya selalu berada di sini… Di hadapan awak…’ aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum kembali kepdanya.

Yang sebenarnya, kau dan aku pun tahu bahawa orang yang bercinta bagai nak rak tu tak semuanya akan berakhir ke jinjang pelamin kan. Dah namanya jodoh itu rahsia Allah. Bila kita belum bertemu lagi dengan sang jodoh, jangan berputus asa, teruskan berdoan kerana yang sebenarnya, di satu sudut dunia ini dia juga seperti kita berdoa dan menanti, menunggu waktu yang tepat untuk dipertemukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience