BAB 12

Romance Completed 11316

“Mari Ijat agak, mesti kawan baik Adda tu tengah sedap menjamu selera dengan pakwe kesayangan Adda tu kan.” Kata Izzat lagi membuatkan jantung aku berdegup kencang.

“Jat, kau ni selalu nak cari pasal dengan Adda. Takdelah Adda, jangan dengar sangat si Izzat ni.” Aku hanya mengangguk perlahan, mana Izzat tahu pasal Azrul sedangkan Shukri sendiri pernah berjanji pada aku dulu yang dia takkan memberitahu kepada Izzat sewaktu Azrul bergaduh besar dengannya dulu.

“Kalu Ijat berani bersumpah yang Ijat tidak bohong kat Adda sekarang ni, Adda percaya kat Ijat tak yang kawan baik Adda tengah makan bersama dengan pakwe Adda.” Sebaik sahaja Izzat menuturkan kata-kata itu, Shukri menarik bajunya dan membawanya ke kereta. Aku yang melihat tindakan Shukri sudah tentulah terkejut dan sedikit tergamam dengan kata-kata Izzat itu.

Aku mengekori mereka dalam diam dan terdengar semua perkara yang sedang mereka bincangkan.

“Aku tau kau nak marah bila aku bagitau kau yang aku nampak sendiri Azrul main kayu tiga. Tapi cara kau tu tak kena Ijat.”

“Dah tu kau nak tengok sampai bila Adda tu kena tipu dengan jantan tak guna tu. Bukan kau sorang yang nampak masa tu ok. Aku pun ada sekali kan.”

“Kau faham tak, lama diorang ni couple. Takkan Adda nak percaya kat kita 100%.” Aku lagi terkejut bila Shukri mencurigai nilai persahabatan antara kami. Serta-merta aku teringatkan kata-kataku dulu padanya, antara kekasih dan sahabat yang mana satu keutamaanku, mestilah aku memilih sahabatku.

Tak tahan nak dengar umpatan mereka berdua, akhirnya aku mencelah. “Andai kebenaran di depan mata manusia gila je tak nak terima. Cerita jelah kat Adda perkara sebenar.” Terdiam kedua-duanya.

“Adda…” bukan Shukri yang menyebut namaku tapi Izzat yang menyebutnya. Sedikit rasa pelik datang menyinggah di hati lalu aku biarkan.

Di medan selera itulah, Izzat dan Shukri menceritakan segalanya kepadaku kerana mereka nampak lama dulu lagi Azrul dan Adira berdua tanpa aku ada sekali. Mereka dah lama balik ke Malaysia selepas tamat pengajian di Jordan dan kini sedang bertugas di klinik kesihatan Shah Alam bahagian klinik gigi. Kalau mengikut pengiraan Shukri dan Izzat, Adira dan Azrul mula menjalinkan hubungan di belakangku selepas majlis konvokesyenku dulu.

Sampai sahaja aku di rumah sewa terus aku menunggu Adira balik yang dari berjumpa dengan siapa entah gerangannya. Aku takut silap-silap haribulan, penampar aku makan pipinya baru tak perlu pakai blusher.

Dah memang aku agak, dia masuk sahaja ke dalam bilik terus aku menamparnya. Siapa kata perempuan lembut macam aku ni tak ada baran, sekali marah baru tahu langit tu tinggi atau rendah. Aku menamparnya sekuat hati bukan kerana dia merampas Azrul dariku tapi kerana dia mengajar Azrul untuk membuat perkara terkutuk itu dengannya.

“Kau memang hina, jijik kat mata aku. Sampai pakwe kawan kau sendiri kau sanggup ajak berzina.” Memang tak dapat dinafikan betapa kuatnya suara aku ketika itu.

Dia memegang pipinya baru aku tampar tadi. “Pakwe kau tu yang goda aku. Pakwe kau yang desak aku.” Suaranya turut meninggi.

“Kau tu perempuan tak tahu malu, perempuan sundal tak ada dara. Hina babi, kau hina lagi dari babi. Kau tau tak.” Aku dah tak ambil pusing lagi bila kakak yang turut menyewa bilik sebelah datang menjenguk kami berdua.

“Eh, kenapa ni Adira, Adda? Kenapa ni?”

“Dia ni kak, tak malu. Rampas pakwe orang pastu ajak zina. Eh, Adira aku tak marahlah kalu kau nak kat Azrul tu aku boleh bagi tapi bila kau dah terlanjur dengan Azrul memang kau nak mati kat tangan aku kan. Apa kau ingat aku tak tahu, kau nak buat Azrul tu jadi pak sanggup je sebab kau tu dah tak suci lagi. Kenapa kau tak panggil je bekas kekasih yang dalam lokap tu biar bertanggungjawab.” Terkejut kakak tu bila aku membongkarkan segalanya.

“Eh, kau ingat kau tu baik sangat ke? Malang mak bapak kau ada anak hodoh macam kau tau tak.” Lagi aku berang bila dia kaitkan mak ayah aku. Sebelum ni memang aku banyak menyindirnya dengan tujuan ingin mengajarnya erti keinsafan tapi tak pernah sekali pun aku membabitkan orang tuanya kerana aku tahu dalam hal ini Adira yang bersalah kerana tidak menjaga maruah diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience