BAB 6

Romance Completed 6705

“ Awak siap – siap dulu, then saya akan bawa awak to somewhere nice, okey?”

Bagaikan dipukau dengan nada lembut yang dituturkan Fareed, Nina terus sahaja menganggukkan kepala.

Fareed tersenyum seorang diri di atas katil sementara Nina menggunakan bilik air. Malam ini, ada special mission yang harus dilaksanakan.

~~~~~~~

“ AWAK, kita nak pergi mana ni? Bukan nak pergi airport ke?”

“ Sedap dengar awak panggil saya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang, sejuk hati saya ni mendengarnya…”

Ada kemajuanlah tu. Dari ber’aku’ ‘kau’ ke ‘awak’ ‘saya’ pulak. Lepas malam ni, baru kita proceed dengan abang, sayang atau yang sewaktu dengannya.

Nina menjeling ke arah Fareed. “ Ada – ada aje kan awak ni! Awak dah jadi suami saya, mestilah saya kena hormatkan awak, sayangkan awak kan? Walaupun kita ni tak pernah bercinta, tapi kita tetap nak jayakan perkahwinan ni kan? So, saya pun kenalah berusaha ke arah itu jugak kan?”

Fareed terangguk – angguk. “ Betul , betul apa yang awak cakap tu tapi awak pasti yang kita ni tak pernah bercinta?”

“ Dah tu, bila masa pulak kita bercinta? Cuba cerita sikit macam mana kisah cinta kita sebelum ni?”

“ Erm, bagi awaklah, apa yang pasangan bercinta selalu buat?” Fareed bertanya semula kepada Nina.

Nina berfikir sejenak sebelum menjawab. “ Usually, orang bercinta ni, selalu keluar sama – sama, dating, tengok wayang ke, makan – makan, shopping sama – sama where the boyfriend always paid for the girlfriend…”

“ And mana antara semua tu yang kita tak pernah buat?” Fareed cepat – cepat menyampuk yang terus membuatkan Nina berfikir seketika.

‘A’ahlah, semua tu kita orang dah pernah buat. Bukan setakat pernah tapi selalu pulak tu! Macam dah tak ada bezanya dengan orang yang bercinta.’ Nina mengiakan di dalam hati.

Fareed membiarkan sahaja Nina dengan fikirannya sementara dia meneruskan pemanduan ke Genting Highlands.

~~~~~~~

“ NAK tahu satu rahsia tak?”

Nina menjungkitkan keningnya. Apa pulak yang mahu dikatakan Fareed ni? Rahsia apa pulak ni?

“ Tapi sekejap!” Nina menyampuk dahulu. “ Cuba beritahu saya, kenapa kita aje yang dalam kafe ni?” Nina melihat sekelilling lagi. Memang mereka berdua sahaja di dalam kafe itu, tiada pelanggan lain. Peliklah jugak kan!

Fareed tersenyum. “ Kita ajelah yang ada, because I booked the whole place for tonight!”

“ You what?!” Nina sudah separuh menjerit.

“ Tapi kenapa awak nak buat macam tu pulak?” Tanya Nina lagi.

“ Hah, itulah rahsia yang saya nak beritahu awak ni…”

Nina semakin ingin tahu. ‘Apa sebenarnya yang dirancangkan oleh Fareed ni?’

Fareed mengambil tangan Nina di atas meja dan menggenggam erat. “ Tahu tak bila saya dapat tahu yang awak nak dijodohkan Taz, saya jadi panik habis?”

“ Well, saya pun panik…” Nina tersenyum sinis. ‘Siapalah yang sanggup nak dikahwinkan dengan Taz tu? Seram!’

“ No, I’m serious! Saya tak boleh tidur, tak lalu nak makan and langsung tak senang hati…”

“Okey…” Nina sudah tidak tahu mahu berkata apa. ‘Aku yang nak dikahwinkan dengan si Taz tu, kenapa dia pulak yang beria – ia tak senang hati pulak?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience