BAB 1

Romance Completed 6705

AKU cakap aku boleh, tapi tak bermaksud yang aku nak…”

Fareed berkisar lagi di tempat duduknya. Hatinya yang sudah tidak berapa tenang semakin kacau.

‘Hish, apa ke susahnya perempuan ni nak fahamkan apa yang aku cakap? Tak sedar ke yang dia pun ada masalah yang sama dengannya sekarang ni? Dulu waktu bagi soalan hypothetical macam tu, kau jawab okey aje tapi bila keadaan sekarang yang betul – betul memerlukan, macam ini pulak kau cakap! Harulah minah sorang ni.’

“ Dah tu, kau nak ke kahwin dengan si Taz tu?”

Nina terus mencebik apabila mendengar nama mamat poyo sedunia itu. Dia sangat tidak berpuas hati apabila mengingatkan yang papanya mahu menjodohkan dia dengan Tengku Azam Zamri yang sangat meloyakan tekaknya itu. Kalau bagi mamat tu free pun, belum tentu lagi dia nak!

“ Hah, samalah dengan aku!”

Nina tiba – tiba tersedak. Mujur tak tersembur iced lemon tea tadi, kalau tak mahu biru muka mamat ni nanti. “ Erk! Papa kau pun suruh kau kahwin dengan Taz ke? Erm..pelik!”

“ Main – main kan kau!”

Terburai tawa Nina melihat muka Fareed merah menahan marah. ‘Sensitiflah pulak dia ni. Orang main – main je pun.’

“ Nina, aku betul – betul ni. Aku tak naklah kahwin dengan si Laila senget tu. Tengok dia jalan pun, aku dah seksa mata tau apatah lagi nak dengar dia bercakap. Seksa telinga aku ni mendengar suara kucing gersang macam dia tu tau. Cuba kau bayangkan kalau aku betul – betul kena kahwin dengan dia, haru nak mengadap dia seumur hidup…”

“ Dah tu, kau nak kita buat apa?” Tanya Nina lagi sambil terus menghirup airnya. ‘Tiba – tiba iced lemon tea dekat kafe ni sedap semacam, rasa macam nak order satu lagi je tapi agak – agaknya Fareed kasi tak? Sebab dia yang belanja hari ni…Erm…’

“ Macam yang aku cakap tadi, kita kahwin…” Jawab Fareed sambil menggulum senyum. Sabar menunggu reaksi seterusnya dari Nina namun Nina tidak mudah melatah seperti yang diharap.

“ Kalau dah kahwin nanti, kita nak buat apa pulak lepas tu?” Dengan penuh cool, Nina bertanya lagi. ‘Nak kahwin? Bukan benda main – main tu woo…Kena fikir betul – betul.’

“ Let’s just take one step at a time…”

“ Erm…” Nina terus bermain – main dengan straw di mulutnya. Sekali – sekala, dia menyedut air di dalam gelasnya. Bermacam – macam benda bermain di benak fikirannya sekarang, cuba memikirkan baik dan buruk jika dia bersetuju dengan idea Fareed itu.

“ Okeylah, let’s us talk about the pros and cons of this idea…” Seakan membaca fikiran Nina, Fareed memberi usul.

“ Okey, shoot the pros first!”

Fareed sudah bersiap sedia dengan hujah – hujahnya. “ Okey, advantage yang pertama kalau kita kahwin…” Fareed mengangkat jari telunjuknya.

“ Aku dengan kau dah kenal lama, five years for that fact and we are BFF, so we know each other inside out.” Terangguk – angguk Nina mendengar kata – kata Fareed itu. Memang betul mereka berdua sudah kenal lama dan kalau nak dikira, Fareed sorang ni ajelah kawan lelakinya yang paling boleh dipercayai. ‘Okey, hujah diterima di situ.’

“ Sebab yang kedua, aku handsome, so tak rugi kau dapat aku…”

Mendengarkan kenyataan yang ini membuatkan mata Nina terus membulat besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience