BAB 4

Romance Completed 6705

“ Sayang, cepatlah!” Fareed mengetuk – ngetuk pintu bilik air itu untuk entah ke berapa kali. Lama betul isterinya itu di dalam. Bertapa ke apa?

“ Sayang? Euwww…Geli aku!” Omel Nina sendirian sambil membelek mukanya di cermin. Sekejap – sekejap dia menekan perutnya yang memulas semacam. Senggugut. Mujur juga dia memakai alas tadi. Jika tidak, mampu sahaja baju pengantinnya yang berwarna putih tiba – tiba bertompok merah. Haru!

“ Hish! Kacaulah!” Nina sudah hilang sabar mendengar paluan Fareed di pintu. Dia membuka pintu dan membiarkan Fareed masuk. Dia segera mencapai berus gigi dan dioles sedikit ubat gigi di atasnya. Terus dia memberus gigi sambil melihat lagi wajahnya di cermin.

Fareed tidak habis – habis tersenyum apabila Nina membenarkan dia masuk sekali. Kini mereka berdua berada di bilik air bersama. Terasa intim begitu. Laju sahaja tangannya mencapai berus giginya dan mengikut perbuatan isterinya. Sama – sama dia melihat bayang mereka di cermin.

Nina sudah siap memberus dan berkumur namun Fareed di sebelahnya masih kaku berdiri tetapi tidak bergerak pula berus di giginya itu.

“ Oit!” Nina mencucuk pinggang Fareed.

“ God! Pendeknya kau!”

‘Eh? Apakah mamat ni?!’ “ Apa hal pulak ni tiba – tiba cakap pasal tinggi?! Sengaja kan nak kutuk aku. Tahulah aku ni rendah.” Nina mula memuncung. Memang Fareed sengaja. ‘Bukannya dia tidak tahu yang aku memang tak suka bila orang cakap pasal ketinggian ni.’

“ Tinggi kau berapa sebenarnya? Tadi waktu majlis, tak nampak kau pendek sangat tapi sekarang…” Fareed bertanya lagi, sengaja membakar hati Nina.

“ Seratus lima puluh lima, standardlah tu. Kau tu yang terlebih tinggi!”

“ Pergh! Kalau gitu, kita beza dua puluh lebihlah. Wah, memang kau pendek! See, I can see right pass you. Luas pemandangan gitu.” Fareed menggawang – gawangkan tangannya melepasi kepala Nina.

“ Papelah kau! Malas nak layan!” Nina menolak dada Fareed dan mula melangkah keluar dengan hati yang sebal. Tetapi tangan Fareed lebih cepat menahan.

“ Sayang, marah ke?” Nina tidak menjawab, dia terus menepis tangan Fareed di bahunya. Fareed terpaksa menggunakan cara lain. Terus sahaja dia mencempung Nina dan membawa Nina ke katil. Perlahan – lahan dan penuh berhati – hati dia meletakkan Nina.

“ Oh, thank you for saving me all the troubles to walk here, now good night and sleep well,” Sedikit pun Nina tidak menoleh melihat Fareed. Terus sahaja dia menarik duvet dan menutup seluruh tubuhnya dari atas hingga bawah. Berdebar hati dibuatnya bila Fareed tiba – tiba mengangkatnya tadi. Malu!

Fareed terus melompat ke atas katil. Dia menarik duvet yang menutupi muka Nina. “ But I’m not planning to sleep tonight…”

“ Then, pergi main jauh – jauh, jangan kacau orang nak tidur.”

Tangan Fareed tiba – tiba memeluk Nina dari belakang. Nina keras, terkejut yang amat. Terasa tubuh Fareed berada dekat dengannya. Jantung Nina terus berdegup kencang tetapi dia tidak berani untuk bersuara apatah lagi cuba untuk berpaling ke belakang.

Fareed menopang kepalanya dengan tangan kirinya. Dia melihat Nina yang masih tidak memberi reaksi walaupun dia sesuka hati meletakkan tangannya di mana – mana sahaja. Dia tersenyum nakal. “ Tak baik tau membelakangkan suami macam ni…” Ujarnya semula.

Nina mengetap bibir. ‘Melampau. Memang mamat ni melampau. Nak kena penampar laju – laju ke?’

Nina memegang tangan Fareed yang melekap di perutnya. Fareed lebih terkejut dibuatnya bila Nina tiba – tiba berpusing dan mengadapnya. Gulp!

Nina merapatkan mukanya dengan muka Fareed tetapi Fareed membelakangkan lagi mukanya. Nina ke depan lagi, dan Fareed ke belakang lagi. Nina terus memegang kuat muka Fareed dan mereka saling berpandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience