BAB 8

Romance Completed 6705

“ Abang suka sangat just how you fit nicely in my embrace…”

Nina tersenyum. ‘Nak kena panggil abanglah sekarang ni?’ Tanya Nina sendirian.

`~~~~~~~

TERLOPONG mulut Nina apabila membuka pintu suite hotel mereka.

“ Bila abang buat semua ni?” Nina bertanya kepada Fareed apabila melihat bilik mereka dipenuhi dengan bunga ros, pelbagai warna.

Fareed hanya mengangkat bahunya. Dia lantas memeluk Nina. Perlahan – lahan mereka melangkah, beriringan sehingga ke birai katil. Kedua – dua mereka menghempaskan badan ke atas katil.

“ Eh! Jangan nak naughty – naughty ye…” Nina segera menghentikan tangan dan bibir Fareed yang semakin liar menjalar.

“ Red flag, remember?”

“ But, I can still hug you right?”

Fareed mencium ubun – ubun isteriya itu. “ Tomorrow we’ll go to airport…”

“ I thought ini tempat honeymoon kita.” Balas Nina semula. Bukankah mereka telah terlepas pesawat mereka pagi tadi?

” Kata papa dah sponsor honeymoon kita, takkan nak miss pulak?” Ujar Fareed lagi sambil menunjukkan kening double jerknya.

Dahi Nina berkerut lagi. ‘Apa sebenarnya ni?’ Dia tidak faham.

“ Dah tu, yang pagi tadi tu…”

“ Abang dah tukar our flying date sebab abang nak bawa sayang ke sini dulu…”

“ Hish! Pandai tau, rancang senyap – senyap macam tu!” Nina mencubit lembut dada Fareed.

“ I love you!” Ucap Fareed tiba – tiba. Itulah kali pertama dia mengucapkan kata – kata itu and he really meant it!

Mata Nina mula bergenang. Siap sangka, sahabat baiknya selama lima tahun bertukar menjadi suaminya pula. Dan sesungguhnya dia bertuah mempunyai suami yang boleh menjadi kawannya nanti.

“ Lucky I’m in love with my best friends…” Nina menyanyikan bait – bait lagu Lucky, nyanyian Jason Mraz dan Colbie Callait

“ They don’t know how long it takes,

Waiting for a love like this…”

“ Hey, lambat lagilah part tu… banyak skip…” Nina menepuk dada Fareed.

“ Hentam jelah sayang! Yang penting, I love you sooooo much!” Fareed menarik lagi Nina ke dalam pelukannya. Tidak puas rasanya! Sampai mati pun, dia tetap akan mencintai Nina Kamilla!

Nina tersenyum. “ I love you too Encik Fareed Redzuan! Love you dunia akhirat!” Dia mencium pipi Fareed sepenuh hati!

‘Ya Allah, kekalkan jodoh kami untuk selamanya.’ Nina berdoa meminta kebahagiaannya itu akan berkekalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience