BAB 2

Romance Completed 6705

Fareed tersenyum, “ And kau pun okeylah jugak, kira aku tak rugi apa – apa sangatlah kalau kahwin dengan kau pun…”

Nina memekakkan telinga, malas melayan orang yang kuat perasan macam tu. Memudaratkan kesihatan aje nanti. Duh…

“ And parents kita pun masing – masing dah kenal kan, so…”

“ Hah, itu problem!” Nina tiba – tiba memotong sambil tangannya menepuk meja. Menyeringai kesakitan sekejap tapi Nina cepat – cepat control ayu semula. Fareed hanya membiarkan sahaja tetapi sempat juga dia mentertawakan Nina di dalam hati.

“ Kau ingat parents kita nak percaya ke kalau kita tiba – tiba cakap yang kita nak kahwin? Dia orang tahulah kita dua macam mana. Mesti dia orang syak something nanti… Hish, tak boleh! Tak boleh! Mati kita kalau dia orang tahu yang kita nak kahwin semata – mata nak elakkan jodoh yang dia orang tetapkan…”

Fareed tidak berkutik di tempat duduknya. “ Alah, apa susahnya? Kalau kita cakap kita nak kahwin, dia orang boleh buat apa – apa ke? Biarlah kalau dia orang nak syak ke apa tapi kalau kita berjaya yakinkan dia orang, tak mungkin dia orang akan tahu sebab sebenar kita nak kahwin. Lagipun, it is possible kan kalau kita betul – betul nak kahwin?”

Nina menjungkit kening. “ Meaning?”

Fareed mengangkat kedua belah tangannya sambil menjongketkan bahu. “ Just saying…”

“ How about the cons then?”

“ I can’t even think one, dear…”

Nina terus tersengih. Rasa macam nak terbang sekejap. “ I am that good huh?”

“ Well, you can say that. At least kau tak tergedik or miang keladi macam si Laila tu…”

Hidung Nina kembang kempis. ‘Sengaja nak condem aku! Ceh! Susah sangat ke kalau nak puji aku sekali – sekala?’

“ Okay, I’m on then. Kita kahwin. Besides, in my opinion, kau pun okey jugak.” Nina juga sudah bulat keputusan. Baik kahwin dengan orang yang kita kenal hati budinya dari kahwin dengan orang yang tak tentu hala macam si Taz tu. Sekurang – kurangnya, dia boleh juga bergantung harap dengan Fareed nanti. A friend with benefits. Dia tidak akan rugi apa, hopefully.

“ I am that good huh?” Fareed sengaja menggunakan ayat Nina tadi.

“ Whatever! No comment!” Nina malas melayan. Buat apa mahu menangkan ego lelaki itu sedangkan dia asyik – asyik dicondem sahaja. Tak ada hasil.

“ Okay, it’s a deal then. Kita kahwin.”

“ Kita kahwin…” Nina mengulang kata – kata Fareed sambil mengangguk – angguk. Rasa macam tak percaya pulak nak kahwin dengan best friend sendiri. Surreal!

“ Tapi, this is not a marriage contract ke apa. Promise that we’ll try to make this marriage works no matter what it takes. If only dah tak boleh nak serasi sangat, baru kita bawa haluan masing – masing, okey?”

“ I couldn’t agree more…”

“ Friends with benefits. That’s us after this.” Ujar Fareed lagi, memecahkan sepi yang tiba – tiba menyelubungi mereka.

“ Hey, aku pun terfikir macam tu jugak!”

“ Haha…Maybe we are meant for each other after all….” Tutur Fareed lagi yang menyebabkan mereka berdua terus terdiam.

Fareed tiba – tiba mengeluarkan dompetnya dan meninggalkan not RM 50 di atas meja. Dia mencapai telefon dan kunci keretanya.

“ Come, we got a marriage to plan!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience