BAB 3

Romance Completed 6705

Nina terus terjelir lidah, spontan. “ Erk, so cliché Encik Fareed Amir. Geli aku sekejap. Cakap macam kau dalam movie aje…Poyo!” Sengaja dia mengata Fareed sambil dia mencapai beg tangannya dan melangkah seiringan dengan Fareed.

“ Jealous lah tu!”

“ Huh? Please…Tak kuasa, okey!”

“ Whatever!”

Nina menggeleng kepala sahaja melihat Fareed. Hish, entah macam manalah dia boleh bersetuju dengan idea kurang sihat si Fareed ni. Boleh ke dia nak duduk sebumbung dengan lelaki itu? Sekatil dengan lelaki itu? Dan berkongsi hati dan perasaan dengan lelaki itu? Erk!

‘Tapi Nina, boleh ke nak back out sekarang? Tapi kalau nak back out, nanti papa suruh kahwin dengan Taz, erk! Itu lagi teruk! Tak nak aku! Fareed pun Fareedlah Nina. Hentam aje!’

“ SEE, tak susah kan kita kahwin…” Gemersik bisikan Fareed menyapa pendengaran Nina.

“ Ada aku cakap susah?!” Balas Nina semula sambil menggetap bibir. Geram kerana tangan Fareed sewenang – wenangnya menjalar liar di tubuhnya. Puas dia menjeling namun Fareed terus berlagak selamba, buat tak tahu aje.

Nina sudah hilang sabar. Tak puas hati! Memang si Fareed ni nak kena!

Perlahan – lahan Nina merapatkan tubuhnya dengan Fareed. Kini dia betul – betul berdiri di hadapan Fareed dan tanpa mempedulikan tetamu yang masih belum habis meninggalkan dewan resepsi majlis perkahwinan mereka, Nina memijak kaki Fareed dengan tumit kasutnya.

“ Aduh!” Muka Fareed berkerut merah menahan sakit namun dia terpaksa cepat – cepat memaniskan muka apabila sahabat papanya, Dato’ Salim datang mengucapkan tahniah kepada dia dan juga Nina.

Nina tersenyum puas. “ Itulah, tak menyabar lagi…Tangan tu tak senonoh!”

Fareed serta merta tersengih. “ Oh, maknanya. Puan Nina Kamilla, kau tak marahlah aku pegang kau, cuma kau marah sebab aku tak menyabar ye…Gitu ek? Maknanya, lepas ni bolehlah aku pegang kat mana – mana and bila – bila masa sahaja ek?”

Nina menggamit rasa. ‘Pandai aje mamat ni duk pusing apa yang aku cakap. Takpe, nak main – main kan? Okey, kita main jugak!’ Dia melihat kiri dan kanan, memastikan tidak banyak mata yang memerhati.

Terus dia memalingkan tubuhnya supaya mengadap Fareed. Dia meletakkan tangannya di pinggang Fareed dan dia dapat merasakan yang Fareed tiba – tiba kaku, mengeras dengan sentuhannya, diam tidak berkata apa. Dia merapatkan wajahnya dengan wajah Fareed dan dengan lembut dia menyapu rinik – rinik peluh di dahi Fareed dengan hujung lengan bajunya. Nina sengaja lagi menggulum senyuman menggoda dan dengan sengaja juga dia mendesah nafas pada leher Fareed sebelum menjarakkan dirinya semula. Sekilas dia melihat Fareed di sebelahnya.

Fareed menarik nafas panjang sambil merasa sendiri degupan jantungnya yang menggila laju sebentar tadi. Dia melonggarkan bow tie dilehernya. Dia memandang susuk tubuh kecil isterinya yang begitu handal menduga naluri lelakinya.

“ Boy…Aren’t you good at stirring man’s heart?”

Dengan riak wajah yang penuh lagak, Nina membalas, “ Itu baru sikit…”

“ Oh, so I can expect more?” Laju Fareed memotong sebelum sempat Nina habis berkata – kata.

“ Well, I’m sure one hell of a lucky guy…Memang tak rugi kahwin dengan kau, kan?!” Fareed tersenyum nakal. Kata – katanya tadi penuh dengan makna yang tersirat. They are friends with benefits after all, kan?

Nina diam, malas mahu melayan. ‘Bertekak dengan tuan peguam ni susah! Pandai aje dia membelit nanti. Baik diam aje…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience