BAB 5

Romance Completed 6705

Pegangan erat Nina kini semakin lembut dan dia akhirnya merungkaikan tangannya dari muka Fareed. Dia tersenyum puas melihat muka Fareed yang merah menyala. Dia memberanikan diri lagi dengan tidak mengalihkan pandangannya dari wajah Fareed.

Cupp!!

Mata Nina terus membulat. Degupan jantungnya bagai terhenti. Meskipun tidak lama bibir Fareed mendarat di bibirnya, tetapi itu sudah cukup menggetarkan perasaannya.

Kali ini, wajah Fareed pula yang tergaris senyuman kemenangan. Memang dia terkejut dengan tindakan Nina tadi tapi dia lebih bijak mengambil langkah yang seterusnya.

Fareed merapatkan wajahnya dan berbisik perlahan di telinga Nina. “ I can do more than that if you let me…” Ujar Fareed lagi sampil mengecup lembut jemari Nina.

“ Gatal kan! Belum apa – apa, kau dah nak terjah kan…” Nina menarik tangannya dari genggaman Fareed. Sedaya upaya dia berlagak selamba walhal hatinya sudah bergetar dengan hebat.

Fareed membuat muka comel, seolah – olah merayu. Nina tersenyum. Lain betul lelaki yang berada di hadapannya kini dengan lelaki yang dikenalinya lima tahun dahulu. ‘Now, he’s so sweet and romantic!’

“ Sorry to disappoint you, but we have an early flight to catch tomorrow. So, sleep tight, goodnight!”

~~~~~~~

“FAREED!!!!!”

“ Eh ye?! Kenapa? What happened?!” Fareed melompat bangun dari tidur apabila mendengar jeritan Nina.

“ Dah pukul sepuluh ni! Flight kita pukul sebelas! Macam mana ni?!”

“Lah, ingatkan apalah tadi. Biarlah terlepas flight pun. Kita honeymoon dalam bilik aje.” Balas Fareed lemah, sambil menarik semula Nina ke katil. Mereka berdua terus jatuh terhenyak ke atas katil. Nina cuba untuk bangun namun tangan dan kaki Fareed lebih cepat mengunci pergerakannya. Dia tersepit!

“ Fareed! Janganlah macam ni! Papa dah sponsor honeymoon kita tu, takkan kita nak biarkan macam tu aje? Bangunlah… Maybe kita sempat lagi, mana tahu ada delay ke…?”

“ Okey…” Jawab Fareed lambat – lambat, “ Aku bangun tapi aku nak pengerasnya dulu…”

“ Pengeras? Pengeras apa pulak ni?” Tanya Nina lagi sambil cuba mengalihkan tangan Fareed yang membatu di perutnya, sekaligus memaku dirinya di atas katil itu. Namun, apalah sangat dayanya kalau nak dibandingkan dengan kudrat Fareed. Tak terlawan! Dia akhirnya mengalah, membiarkan sahaja selagi tangan Fareed tidak meliar ke tempat yang lain.

“ Give me a good morning kiss first, here…” Pinta Fareed lagi dengan jari dihalakan ke arah pipinya.

Mulut Nina mengherot ke kiri dan kanan, menahan rasa bengang dengan sikap Fareed yang terlebih manja sebaik sahaja selesai majlis perkahwinan mereka.

‘Tapi, just a peck on the cheek won’t do you any harm, kan Nina?’

Nina merapatkan mukanya dan memuncungkan bibir, siap sedia mahu mencium pipi Fareed apabila kedua tangan Fareed menarik mukanya dan Fareed pula yang mencium dia. Tetapi ciumannya sekejap sahaja apabila Fareed menarik dirinya ke dalam pelukannya pula.

“ You fit just nicely in my embrace, kan?” Ujar Fareed lagi sambil mengeratkan lagi pelukannya pada Nina dan Nina pula membiarkan sahaja keadaan mereka sebegitu. Tidak dapat dia menafikan yang dia merasa selesa pula berada dalam dakapan seorang lelaki yang kini bergelar suaminya.

Fareed meleraikan pelukan dan memandang tepat ke muka isterinya itu. Wanita yang sudah lama beraja di dalam hatinya. Banyak usaha dan kerjasama yang diperlukan demi membolehkan dia beristerikan Nina. Kalaulah Nina tahu akan semua hal itu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience