BAB 7

Romance Completed 6705

“ Lepas tu, baru saya realize yang saya sebenarnya sukakan awak… No…” Fareed menggelengkan kepala. “ …actually, I’m in love with you…”

‘Now, it’s getting interesting.’ Getus Nina di dalam hati.

“ So, I did something…” Ujar Fareed lagi.

Nina merenung tajam lelaki di hadapannya itu. “ Awak buat apa?” Tanya Nina lagi kepada fareed.

“ I planned the whole thing…” Balas Fareed semula.

“ Saya buat cerita yang kononnya papa nak kahwinkan saya dengan orang lain.”

“ Okey…” Nina menunggu cerita yang seterusnya.

Fareed seakan teragak – agak tetapi dia tidak mahu berahsia lagi.

“ I made up the story and I told you that day, remember?” Tanya Fareed kepada Nina, mengingatkan semula perbualan mereka di kafe pada bulan lepas dan laju Nina mengangguk.

“… and I came up with the idea of us to get married untuk elakkan the arranged marriage.”

“ Oh… Okey.” Nina masih berusaha mencerna maklumat yang baru diterimanya itu.

“ But the fact was, I dah suruh mama I merisik you awal – awal lagi. And sebenarnya persiapan semua dah siap.”

“ Sebab tulah semuanya lancar aje and parents saya tak cakap apa pun bila saya beritahu yang saya nak kahwin dengan awak.” Nina sudah dapat menangkap sedikit –demi sedikit

Fareed mengangguk – angguk lagi.

“ Tapi.. tapi… why go through all the trouble of making up stories, hidden planning and all? Kenapa awak tak terus – terang aje dengan I?” Tanya Nina lagi.

“ Segan…”

Erk! Rasa seperti ada sesuatu tersekat di tekak Nina!

“ Segan? Dah lima tahun kita kawan and awak kata awak segan?! Segan dengan saya?!” Suara Nina mula melengking.

‘Aik?! Marah ke?’ Getus Fareed di dalam hati. ‘ Kenapa tiba – tiba tinggi je suara tu?’

Nina menarik tangannya dari genggaman Fareed.

“ You owe me a proposal, an engagement and everything tau!” Balas Nina semula.

“ Sebab ingatkan yang kita berdua sama – sama dapat elakkan masalah, saya tak minta semua tu dari awak tau! Saya pun berangan tau nak ada romantik dinner, lepas tu ada proposal ke tapi… tapi sebab awak…” Nina tidak mampu meneruskan kata – katanya lagi. Sedih pula rasanya. Rasa seperti dipemainkan pula. Dia bangun dan terus berjalan ke arah balkoni kafe itu.

Fareed bingkas bangun. Dia merapati isterinya itu dan memeluknya dari belakang. Erat!

“ That’s why saya bawa awak ke sini malam ni…” Lembut bisikan Fareed mennyapa pendengaran Nina.

Fareed tiba – tiba melutut di hadapan Nina. “ Nina Kamilla Rashid, will you do the honour of becoming my wife?”

Nina terkebil – kebil melihat apa yang sedang berlaku di hadapannya. Dia melihat juga cincin yang dihulurkan Fareed. Serta – merta dia mengangguk. After all, dia memang sudah bergelar isteri kepada lelaki itu.

Fareed bangun setelah menyarungkan cincin di jari manis Nina. Erat dia memeluk Nina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience