BAB 7

Romance Series 3757

Jam dinding menunjukkan waktu pulang pejabat di syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd.

"Apa? Betul ke?!"

Wajah Hana terlihat ceria ketika menerima panggilan di pejabatnya.Dia mendapat berita gembira yang sudah lama ditunggu-tunggu mengenai kerjasama syarikatnya dengan Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd.

Hana menjawab dengan suara bergetar teringat usahanya selama ini.

"Syukurlah. Saya tak berani nak berharap sangat sebab level syarikat kita sangat jauh beza. Saya sangka akan gagal di tahap terakhir."

Pekerja Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd menjawab dengan suara datar.

"Walaupun Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd ini kecil, kami sudah pun membuat beberapa tinjauan dan memastikan bahawa takkan ada masalah dalam projek yang akan dilaksanakan bersama-sama."

"Oh macam tu ke?"

"Ye. Sebenarnya ada je yang menentang tapi Ketua Direktor yang berkeras nak bekerjasama."

Ketua Direktor yang dimaksudkan ialah Zul. Pada mesyuarat pertama, lelaki itu memberi Hana semangat. Kali ini pun dia memberi bantuan besar bagi Hana.

Hana berasa tidak selesa kerana selalu mendapat pertolongan daripada Zul. Namun dia tidak dapat mengawal perasaannya dan tersenyum senang.

"Hehe.. Syukurlah, kalau Ketua Direktor suka dengan produk kami."

Namun pekerja itu memberikan jawapan tak terduga.

"Ye. Tapi keputusan akhir tergantung pada Ketua Direktor Eksekutif."

"Apa?!"

"Dia yang paling berpengaruh kerana direktor yang bertanggungjawab atas semuanya. Bermula dari reka bentuk sampai produk. Tidak ada berani menentang orang begitu keras macam Ketua Direktor Eksekutif."

"Oh macam tu..."

Entah kenapa Hana berasa pekerja itu kurang percaya dengan Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.bhd.

Tapi, Hana lebih hairan mendengar tentang pilihan Rian.

Melihat kelakuan lelaki itu kepadanya ketika mesyuarat pertama, Hana menyangka Rian akan menolak bekerjasama dengan Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd biarpun semua orang setuju untuk berkerjasama dengan syarikatnya.

"Oh, ada satu perkara lagi yang saya sampaikan. Sebelum projek dimulakan, kami menjemput anda untuk briefing. Esok cik ada waktu lapang?"
Ketika Hana sedang memikirkan Rian, pekerja itu bertanya perkara terpenting. Dengan tegas Hana menjawab.

"Baiklah esok saya akan hadir."

"Kalau macam tu kami akan tunggu esok pada jam 10 pagiĀ  di kilang fabrik perabot Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd, tempat kerja Ketua Direktor Eksekutif. Saya akan mengirimkan lokasi kepada anda."

"Direktor...Eksekutif?"

"Ye. Saya dah pun bagi tahu bahawa produk 'Lily' ini berada di bawah tanggungjawab Ketua Direktor Eksekutif."

Kalau orang yang ditemuinya ialah Zul, tentu Hana senang. Tapi kerana besok yang perlu ditemuinya adalah Rian, dia merasa sedih.

Pertemuannya dengan Rian tidak pernah berakhir baik. Wajar jika Hana tidak ingin terlibat terlalu dalam dengan lelaki itu agar projek mereka berjalanan dengan baik.

"Baiklah... Selain esok, saya tak dapat berjumpa dengan Ketua Direktor Eksekutif lagi kan. Oleh sebab beliau yang bertanggungjawab, mesti sangat susah untuk ditemui..."

Dengan hati-hati Hana bertanya. Berharap kerisauannya tidak terdengar jelas. Namun pekerja itu malah menjawab dengan selamba.

"Sebaliknya, korang akan bertemu setiap hari."

"Apa?"

"Bermula sekarang, jadual Manager Hana dan Ketua Direktor Eksekutif akan disamakan.

Waktu itu, Hana merasa ada yang memukul kepalanya sehingga dia susah menutup mulutnya yang masih ternganga.

Lima tahun lalu ketika mereka berdua berpisah, Rian memandang Hana tajam sambil berkata dengan tajam bahawa mereka tidak akan pernah bertemu lagi.

Namun mulai sekarang, mereka bukan sahaja hanya berjumpa, tapi juga harus bersama setiap hari.

Saat itu juga, dada Hana terasa sesak. Dia menarik nafas dalam-dalam.

Pekerja yang tidak mengetahui hubungan Hana dengan Rian itu memberikan informasi lanjutan yang menurut Hana tidak dapat dilakukan.

"Ketua Direktor Eksekutif Rian memnag orang yang sensitif dan sulit. Tapi sebaiknya anda menjaga hubugan baik dengan direktor.

Hubungan baik...

Kalau lah itu dapat dilakukan. Sekurang-kurangnya sekarang Hana tidak bersangka buruk pada department yang dipimpin lelaki itu. Dia menjadi lebih tenang.
"Kalau macam itu,perkara penting lain akan saya sampaikan melalui e-mail. Terima kasih luangkan masa sebentar."

Tuutt...

Pihak Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd mengakhiri panggilan itu dengan mengucapkan salam formal tanpa berbasa-basi.

Hana memang sudah lama menunggu keputusan dari Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd. Tapi setelah menerima panggilan dari mereka, wajahnya malah jadi muram. Seolah-olah dunia sudah kiamat.

CEO Samsuddin yang sedang menatap wajah anak perempuannya dari luar itu membuka pintu pejabatnya perlahan dan dengan hati-hati bertanya.

"Hana, Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd cakap apa?"

"Oh, mereka akan bekerjasama dengan kita untuk projek 'Lily'."

"Hah apa?!"

Ternyata berita yang disampaikan Hana sangat memuaskan. Berbeza dengan wajah yang terlihat di muka anaknya.

CEO Samsuddin terlihat sangat senang. Dia segera bergegas menuju ke kilang fabrik, menemui para pekerjanya.

"Semuanya, Manager Hana berjaya mendapatkan kontrak kerjasama dengan Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd."

"Wah,betul ke CEO Samsuddin?"

Berita seperti mukjizat yang datang dari Hana itu membuat suasana di fabrik itu menjadi meriah. Dah lama tidak terlihat aura bahagia di sana...

Yang Hana risaukan adalah dia perlu menahan diri apabila berhadapan dengan lelaki yang bersikap kasar itu.

Wanita itu perlu memastikan seberapa jauh jarak antara pejabat pusat Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd dan kilang dabrik perabotnya.

***

Kilang Fabrik Perabot Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd.

"Maaf, awak Ketua Direktor Eksekutif Rian ke?"

"Direktor ada janji temu penting hari ini ke?"

Semua mata tertuju pada Rian yang baru datang.

Dia yang biasanya memakai overall, kini terlihat begitu casual dan stylist.

"Kenapa tanda Dilarang Parking di depan pejabat kita jatuh? Waktu orang nak masuk tanda tu mesti nampak tau. Kenapa takde yang betulkan?

Walaupun perubahan penampilannya terlihat agak berlebihan, dia bersikap seolah-olah tidak ada yang menarik.

Semua ahli team eksekutif yang sudah pun tahu tabiat Rian, yang selalu bersikap sesuai suasana hatinya, tidak ada yang mengganggap. Mereka lebih riuh mengatakan keaguman mereka.

"Ketua Direktor Eksekutif Rian, hari ini baju anda betul-betul bagus. Hari ini direktor ada janji temu ke?"

"Janji temu apa pula.."

"Saya hampir-hampir tak kenal dengan direktor sebab tak pakai overall."

"Dah lah. Jangan nak cakap hal yang tak penting. Lebih baik korang betulkan tanda 'Dilarang Parking' di depan pintu bangunan pejabat tu."

Rian berjalan menuju ruangannya sambil melontarkan komen pedas pada ahli team yang riuh itu. Dia tidak mahu mereka melihat telinganya merah.

Namun saat itu...

"Wow, Rian. Hari ini kau nampak lain lah."

Dari belakang Rian, terdengar suara wanita yang menyebut namanya dengan akrab. Wanita yang berjalan mendekati Rian itu adalah Dayang Binti Bahli, Manager Bahagian Reka Bentuk Perabot Syarikat. Wanita yang dua tahun lebih tua dari Rian itu selalu memperlakukan Rian dengan akrab sejak lelaki itu masuk di syarikat tersebut.

"Hari ini ada briefing dengan syarikat lain."

"So, kau sengaja berpakaian bagus untuk tunjukkan yang kau Ketua Direktor Eksekutif?"

"Jangan mengada-ada. Buang fikiran pelik kau tu."

Sudah pasti Rian yang tidak mudah bersosial itu selalu membalas dengan kata-kata yang tidak ramah. Namun jelas terlihat dia berasa sangat selesa berbual dengan Dayang.

Buktinya, dia menggunakan bahasa yang tidak formal dengan wanita itu. Padahal selama ini dia selalu menggunakan bahasa formal dengan atasan mahupun bawahannya.

"Syarikat yang kau maksudkan tu Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd kan? Aku dengar-dengar Ketua Direktor Syarikat Pusat yang pilih syarikat tu...Kau rasa syarikat tu ada apa-apa hubungan dengan Ketua Direktor ke?"

Dengan mata bersinar-sinar ingin tahu, Dayang bertanya tentang Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd.

"Takde apa-apa hubungan pun."

Sambil mengerutkan dahi, Rian menjawab dengan suara tajam.

Setibanya di ruang kilang, Rian membuka pintu kaca bilik pejabatnya sambil mengatakan pada Dayang yang sedang berbalik pergi.

"Kalau ada yang sebarkan khabar angin pelik-pelik tentang Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd, aku akan paksa mereka untuk tutup mulut."

"Eh, tak perlu lah sampai macam tu sekali."

"Tak elok kalau kita buat rumor tak bagus tentang rakan kongsi syarikat kita."

Ketika mengatakan kata-kata itu, tatapan Rian terlihat berbeza.

Dayang yang mendengar kata-kata Rian itu mengelipkan matanya dan memandang wajah Rian. Tapi Rian malah pergi begitu saja. Dia tidak pun memberikan kesempatan untuk Dayang menatapnya.

DUK!

Sesuai dengan sikapnya, Rian langsung menutup pintu kaca. Dayang yang berdiri di depan pintu pejabatĀ  lelaki itu hanya dapat menghela nafas.

Disebabkan beberapa hari ini sangat sibuk, Rian tidak sempat makan dengan teratur. Sebenarnya Dayang ingin mengajak Rian untuk minum kopi bersama namun Rian sudah sedia untuk mula bekerja.

Melihat keadaan saat ini, sepertinya Rian tidak dapat makan tengah hari di luar. Paling tidak pun Dayang akan membelikan Rian makanan tengah hari.Sebagai satu-satunya rakan Rian di pejabat, Dayang berasa tanggunggjawab atas makan minum Rian.

Saat itu...

KRAK!

Terdengar bunyi papan kayu retak dari tempat perletakan kereta. Dayang panik dan segera memeriksaĀ  keadaan di luar melalui tingkap kaca besar. Dia melihat detik-detik ketika papan tanda 'dilarang parking' jatuh terkena pintu Matiz Pink lalu terhembab.

"Kenapa? Kenapa?"

"Alamak, papan tanda kita!"

Pintu Matiz Pink itu tidak pun bergerak sama sekali kerana pekerja kilang mengerubunginya.

Kemudian Hana , Manager Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd, keluar dari pintu Matiz pink itu dengan wajah panik.

Hana yang mendapat tatapan tajam dari para pekerja kilang berasa sangat malu. Bukannya menyapa, wanita itu malah meminta maaf.

"Ma..Maaf... Saya akan ganti rugi."

Dayang terkejut apabila melihat Hana yang sudah seperti arnab kecil itu ketakutan. Sudah dapat dipastikan wanita itu ialah wakil yang datang untuk bertemu dengan Ketua Direktor Eksekutif Rian. Namun Dayang tahu bahawa Rian tidak akan menyambut kedatangannya dengan baik.

Jadi sebagai ganti, Dayang yang akan mewakili Rian untuk menyambut tetamu itu.

"Kenapa? Cik Hana dah datang?"

Pintu pejabat Rian yang jarang sekali terbuka apabila sudah ditutup itu tiba-tiba terbuka. Tidak lama dari itu, Rian berjalan melimpasi Dayang yang berdiri di depan pejabatnya.

"Baru je datang dah buat masalah.."

Walaupun kata-katanya mengandungi nada tidak suka, lelaki itu segera berjalan sambil mengemaskan rambutnya. Sorot mata lelaki itu bersinar-sinar.

***

"Kopi...?"

Kau nak?
Dia ingin mengatakan seperti biasa. Tapi apabila bersuara, tiba-tiba pandangannya tajam memandang Hana.

Ketika itu, hanya mereka berdua sahaja di dalam pejabat Rian.

Rian lupa apa yang ingin dia katakan pada Hana kerana terlalu gugup. Dari bibirnya itu terdengar desahan. Dia hanya dapat mengatakan setengah dari kata-kata yang ingin dia katakan.

"Kau nak aku buatkan kau kopi ke?"

Hana bertanya sambil mengerlipkan mata. Rian tahu sepatutnya dia menggelengkan kepalanya.Namun disebabkan terlalu gugup, dia malah mengangguk.

"Aku baru je datang, dah suruh aku buat kopi.."

Hana mengeluarkan kata-kata pedas tanpa tahu isi hati Rian yang sebenarnya. Walaupun begitu, Hana tetap berjalan ke arah mesin kopi di ruang tersebut.

Situasi tersebut betul-betul membuat Rian malu dan menyesal. Sayangnya dia hanya dapat memandang wanita itu dan menghembuskan nafas berat.

Mungkin lebih baik jika dia tidak gugup. Tapi entah mengapa, kehadiran wanita itu selalu membuatnya gelisah sehingga otaknya lumpuh, tidak dapat berfikir dengan baik.

"Oleh sebab kita tak perlu saling sapa lagi, kita langsung mulakan briefing hari ini."

"Aku belum pun sempat tekan tombol untuk buat kopi."

Hana yang sedang jalankan tugas membuat kopi untuk Rian itu mengatakan keluhannya. Wanita itu sama sekali tidak tahu apa yang Rian rasakan. Namun dia sama sekali tidak suka dengan tindakan yang dilakukan lelaki itu.

Rian hanya dapat menghela nafas.

"Kalau macam tu cepat lah tekan. Kita tak banyak masa ni."

Rian malah mengeluarkan kata-kata tajam.

Saat itu, Rian berasa lebih tenang jika Hana tidak mengetahui perasaannya. Hana yang tidak tahu situasi sebenar tidak dapat menahan rasa marahnya pada Rian.

Walaupun dia tahu bahawa sebagai wakil syarikat, dia perlu menahan rasa marahnya. Rian yang tidak sedar akan kemarahan Hana itu dengan santai dia menarik kerusi lalu duduk. Mulutnya terkatup rapat. Wajah lelaki itu kelihatan jelas dari cermin di depan mesin kopi.

"Bagus. Lebih baik kau tetap diam macam tu."

Kata Hana dalam hati. Hana menekan tombol latte...

"Eh?"

Bersamaan dengan bunyi bising, yang keluar hanyalah air panas. Hana memukul-pukul mesin pembuat kopi itu namun tidak pun keluar kopi tersebut.

"Saya rasa kopi kat dalam mesin ni dah habis lah."

Hana bersuara sambil menoleh ke arah Rian. Rian yang tidak tahu menguruskan mesin kopi itu segera berdiri dan menjawab Hana.

"Sekejap. Aku akan minta seseorang untuk mengisi kopi."

"Tak perlu, aku tahu cara isi mesin ni. Kat syarikat aku, aku yang bertanggungjawab mengurus mesin kopi."

Hana membuka tempat penyimpanan kopi untuk mengisikan kopi yang sudah habis itu. Rian yang melihat Hana langsung mendekati Hana.

"Hati-hati...!"

Namun, setelah wanita itu memasukkan tangannya, jarinya tertusuk. Hana berasa jarinya seperti terkena paku.

"Ah!"

Hana berteriak.Rian yang terkejut segera memegang tangan Hana yang kesakitan itu.

"Kau tak apa-apa ke? Sini, bagi aku tengok."

Tanpa sedar,Rian meraih dan memegang tangan wanita itu dengan lembut. Itu ialah perkara yang tidak pernah dia lakukan selama mereka menjalinkan hubungan dulu. Itu tindakan refleks nya apabila melihat darah mengalir dari jari putih Hana.

'Jari dia berdarah, aduh.. Macam mana ni? Apa yang perlu aku buat..'

Otak Rian yang sudah buntuh itu tanpa sedar dia meletakkan jari Hana di bibirnya.

Cuuup!

Dia mengucup jari Hana yang berdarah.

"Ah..."

Ketika mendengar suara canggung dari Hana dan merasakan darah di hujung lidahnya, Rian tersedar.

'Apa yang aku buat ni..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience