"Hah? Apa?! Zul?! Senior yang aku kenal dulu tu?!"
Dua orang itu bertemu di sebuah restoran steambout berdekatan dengan rumah Hana.
Farah Umaira Binti Adam, sahabat Hana sejak sekolah menengah. Terbeliak matanya apabila mendengar cerita tentang pertemuan yang dramatik itu dari Hana.
Hana membalas respon heboh dari sahabatnya itu sambil membalikkan daging yang dibakarnya.
"Ye betul. Itu Zul yang kau kenal dulu."
"Orang yang selalu ceria tu?"
"Ha ah dia.."
"Cinta pertama yang curi hati kau selama ribuan tahun ni?!"
"Tak lah sampai ribu-ribu."
"Ya Allah. Selama ni aku tertanya-tanya macam mana kehidupan dia. Rupanya dah jadi Ketua Direktor Syarikat besar."
Berita tentang Zul membuat Farah sangat senang kerana dah lama tak mendengar khabar dari lelaki itu. Berbanding dengan orang lain, Farah lah yang sangat tahu bahawa Hana sangat susah untuk melupakan Zul.
Dengan rasa ingin tahu, Farah bertanya.
"Dia cam kau tak?"
"Dia masih cam aku."
"Dia cakap apa bila jumpa dengan kau? Dia rindu ke? Ajak keluar ke?"
"Erm.. Kira-kira macam tu lah."
Hanya itu jawapan yang dapat Hana berikan untuk menjawab semua pertanyaan Farah. Hana tidak mengatakan lebih lanjut. Dia tidak mahu terlalu berharap.
Zul memang dah pun mengajaknya untuk keluar makan, tapi Hana menyangka lelaki itu hanya bergurau. Seingatnya, Zul yang dia kenal memang selalu mengatakan sesuatu tanpa berfikir lebih panjang membuatkan hati Hana berdebar-debar.
Janji untuk selalu berada di sisinya,janji untuk menikah dengannya dan janji akan selalu mencintainya membuatkan Hana hanya dapat menganggap itu sebagai gurauan. Dia tidak mahu mempercayai lagi kata-kata Zul sebagai mana kata-kata dulu. Hana tidak mahu mengulangi kesilapannya lagi.
"Kami berjumpa pun sebab urusan syarikat. Takde pun maksud lain."
Hana menjelaskan sambil meletakkan beberapa potong daging ke pinggan Farah. Farah menghentakkan gelas yang dah kosong itu di meja. Tak!
"Takde maksud lain macam mana? Hana, bertemu kembali dengan cinta pertama adalah hal yang sulit tau."
"Tapi..."
"Dia kan dah muncul depan rumah kau. Kalau dah macam tu, kau perlu ambil kesempatan ni. Disebabkan lelaki tu, kau tak dapat nak jalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki kan?"
Dengan mudah Farah mengatakan perkara tersebut, namun pandangan Hana berbeza dengannya.
Zul yang bertemu lagi dengannya itu dah pun terlihat dewasa berbanding dengan 10 tahun lalu. Itu yang membuat Hana merasa janggal.
"Hana dengar sini. Setiap kali kau mabuk, kau selalu sebut nama dia tau tak."
"Kenapa nak bahas benda tu pula.."
"Habistu, janganlah nak keras kepala sangat. Selagi ada peluang tu,cubalah. Kau perlu cuba pelbagai cara untuk dapatkan Zul balik, lelaki yang kau tak dapat nak lupakan hingga sekarang."
Kata-kata sahabatnya itu membuat Hana berfikir bahawa dia perlu melakukan sesuatu. Namun otaknya kosong. Tidak ada satupun rencana yang terlintas di benak fikirannya.
Sebenarnya masih susah untuk Hana percaya bahawa dia masih dapat berjumpa dengan Zul. Dia selalu tertanya-tanya adakah ini hanyalah sebuah mimpi.
"Aku memang tak dapat lupakan dia. Tapi macam mana kalau dia tak rasa apa yang aku rasa? Macam mana kalau cuma aku yang..."
Suara Hana semakin lama semakin kecil. Farah menatap Hana lalu tergelak kecil.
"Haha. Kau kan tahu betul macam mana perasaan Zul."
"Aku?"
"Dia kan pernah jadi teman lelaki kau. Jadi, dah tentulah kau tahu perasaan dia kat kau."
Kata-kata itu membuatkan Hana sedar.Dia memandang Farah dengan mata yang bersinar-sinar.
"Maksud kau?"
"Maksud aku, kau tak beri harapan pada orang yang betul-betul peduli tentang kau. Jadi, selagi ada kesempatan jangan nak sia-siakan."
Ucapan semangat yang Farah katakan itu mengingatkan Hana pada kejadian yang dia lalui bersama Zul beberapa hari ini.
Setiap kali melihat Hana, Zul selalu tersenyum ceria. Bahkan, kemarin lelaki itu mengatakan sesuatu yang membuat Hana berdebar-debar.
"Saya nak bawa awak keluar makan weekend ni."
"Macam waktu tu, waktu kita mula-mula bercinta dulu."
"Syukurlah kita masih dapat berjumpa lagi."
Jujur, Hana tidak dapat membezakan adakah kata-kata Zul saat itu bukan gurauan, berbanding dengan kata-kata lelaki itu ketika mencintai Hana 10 tahun lalu.
Tanpa sedar, Hana terbius oleh perkataan dan tatapan Zul menjadikan dia lebih bersemangat. Dia seolah-olah mendapat peluang untuk memulakan hubungannya dengan Si Cinta Pertamanya.
"Tengok pipi kau tu dah merah. Ketara sangat, tahu tak."
Farah ketawa terbahak-bahak melihat Hana yang terlihat malu-malu itu.
Farah senang melihat Hana ceria dan gembira kerana Zul. Dia ingat lagi dulu bahawa Hana memasang sebuah dinding pelindung di hatinya membuatkan para lelaki susah untuk mendekati Hana. Namun, Hana hanya memberikan respond terhadap Zul.
"Kalau aku yang bertemu dengan cinta pertama aku, dah lama aku belasah dia... Hana kau beruntung tau ada cinta pertama yang baik."
"Itu sebab aku tak dapat lupakan dia. Padahal dah 10 tahun berlalu."
Hana mengucapkan kata-kata itu dengan mata yang masih memancarkan sisa-sisa cinta untuk cinta pertamanya. Perasaan yang muncul di hatinya bukanlah rasa sedih.
Setelah sekian lama, akhirnya dia dapat mengatakan tentang Zul tanpa menangis.
Hana seolah kembali ke masa sekolah menengah 10 tahun lalu. Dia sangat menantikan hari ketika dia dan Zul akan bertemu bersama dengan rasa gembira yang meluap-luap.
***
Waktu malam di apartment.
Zul membuka jendela depan. Dia berasa sangat penat setelah mengikuti mesyuarat yang lama sepanjang hari ini.
Dimana setiap bahagian memanfaatkan pengaruh masing-masing agar dapat menguasai produk baru bernama Lily yang sedang dijalankan oleh Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd ini.
Banyak pelanggan yang minat dengan pasar perabot membuat beberapa syarikat outstation bersaing sengit.
"Saya nak bekerjasama dengan Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd kali ini."
Semua staff yang hadir dalam meeting hari ini hairan ketika mendengar pernyataan Zul itu. Alasannya, mereka belum pernah mendengar tentang Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd dalam industri perabot.
"Direktor, kalau kita bekerjasama dengan syarikat kurang pengalaman, tu bukannya berisiko ke?"
"Macam mana kalau kita teruskan kerjasama dengan Syarikat CS Points Sdn.Bhd? Sebelum ni pun mereka menjalankan produk dengan kita."
Semua orang di dalam syarikat menentang keputusannya, tapi Zul tetap dengan pilihannya.
"Tak. Saya suka dengan produk Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd. Saya dah pun pastikan kalau syarikat ni mampu hasilkan produk yang sesuai dengan jumlah yang diperlukan untuk projek ni."
"Tapi keputusan Direktor Zul sangat lah bahaya.."
"Macam yang saya cakap sebelum ni, banyak laporan negatif yang kita dapat setelah bekerjasama dengan syarikat itu."
Dengan tenang Zul membalas pendapat yang dilontarkan oleh para staff yang terlibat dalam projek tersebut.
Secara tidak langsung, gosip tentang dia dinaikkan pangkat atas bantuan 'orang dalam' semakin buruk. Namun, Zul sama sekali tidak pedulikan perkara tersebut.
Ketua Bahagia Chin Siew yang dari tadi hanya melihat pendebatan itu, mula mengakukan pertanyaan tajam.
"Dari saya, keputusan ini tak masuk akal langsung. Ada alasan khusus ke yang membuatkan Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd ni dipilih?"
Alasan kenapa mereka perlu bekerjasama dengan Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd...
Zul tidak dapat mengatakan alasan utama kenapa mereka perlu bekerjasama dengan syarikat tersebut. Jadi,lelaki itu mencuba meyakinkan para staff dengan perkara-perkara kecil.
"Saya suka dengan rekaannya. Daya tahan pun bagus."
Akhirnya, dia berjaya memenangi pendebatan itu dan dapat bekerjasama dengan Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd.
Zul menjadi semangat ketika teringat bahawa dia akan memberitahukan berita baik itu pada Hana. Membayangkan senyuman wanita itu membuatkan semua stress dan rasa penatnya seolah-olah hilang tanpa bekas.
Kenapa kau tak pernah berubah walaupun dah 10 tahun berlalu?
"Hah..."
Setiap kali mengingat wanita itu, Zul menarik nafas panjang dan tersenyum. Lalu, dia menyandarkan badan di sofa ruang tamu.
"...Aku nak hubungi dia lah.."
Seperti dahulu, sembang santai tanpa tujuan.
"Aku nak hubungi dia, tanya apa yang dia buat sekarang."
Zul tidak dapat mengungkapkan keinginannya kerana Hana masih bersikap janggal terhadapnya.
Walaupun sedih telah membuang masa dengan sia-sia, dia membuat keputusan untuk tidak bazirkan masa lagi.
Drrttt, Drrttt
Tiba-tiba telefon yang ada di poket kamejanya bergetar.
Zul mengambil telefonnya,berharap yang menghubunginya adalah wanita itu. Namun, nama yang muncul di kaca depan telefonnya ialah orang yang tidak diharapkan.
Dia menjawab panggilan tersebut dengan raut wajah yang dingin.
"Apa? Kenapa mama telefon saya malam-malam?"
"Sebenarnya apa yang bagus dengan Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd?"
Terdengar suara Sarah Lisa, ibu Zul yang selalu membuat lelaki itu tidak selesa. Zul memejamkan mata, menjaga suaranya agar tetap terdengar tenang.
"Bukannya mama dah cakap tak nak masuk campur dengan urusan syarikat ke? Itu kan syarat saya sebelum mengambil alih dalam urusan pejabat pusat di selangor?"
"Rupanya Nor Hana Samsuddin yang jadi Manager syarikat rendah tu ye? Dia Hana yang mama kenal tu kan?"
"Mama masih berani nak sebut nama dia lepas mama tipu saya yang dia dah kahwin?"
Zul marah.
Setelah Zul tiba di Malaysia, Zul terus mencari keberadaan Hana seperti orang gila.Namun, kad jemputan perkahwinan yang diberikan ibunya membuatkan dia menyerah.
Gara-gara tipu muslihat ibunya, dia kehilangan waktu 5 tahun.
Zul ingin menyelesaikan semuanya dengan segala kemampuan bermula dari sekarang. Jadi, dia berusaha membuat batas agar CEO Sarah tidak dapat mengganggunya mahupun dalam pekerjaan atau urusan peribadi.
"Mama, saya ada berita baik dan berita buruk nak bagi tahu."
"Apa dia?"
"Berita baik saya dah tak sendiri lagi. Saya akan berkahwin macam yang mama nak selama ini."
Zul berkata dengan suara tenang.
Berita itu tak disangka-sangka dari seorang Zul yang selalu mengatakan tidak mahu berkahwin.
"Rupanya kau sedar ye. Baguslah. Abang kau pasti akan bangga bila dengar berita ni."
CEO Sarah yang selalu pening dengan masalah percintaan Zul berasa sangat senang dengan keputusan yang dibuat anaknya itu.
Akhirnya dengan ceria sang ibu mengatakan sesuatu kepada Zul yang sudah faham tujuannya menghubungi Zul.
"Jadi Zul.."
"Jadi sekarang saya nak bagi tahu berita buruk pula."
Zul terus memotong kata-kata CEO Sarah.
"Saya yang akan tentukan dengan siapa saya akan berkahwin. Jadi mama tak perlu nak aturkan perjodohan yang tak guna tu setiap ahad."
Perkataan itu kembali menyakiti perasaan ibunya. CEO Sarah terus mengatakan kata-kata tajam agar Zul berfikir lebih logik.
"Kalau kau nak teruskan cinta monyet kau tu, tak perlu nak tergesa-gesa. Bila atok kau dah sedar nanti, dia yang akan singkirkan wanita itu terlebih dahulu."
Zul hanya membalas perkataan itu dengan senyuman sinis.
"Kalau macam tu baik serahkan syarikat yang atok sayang sangat ni kat orang lain je."
"Apa?! Kenapa pula nak serahkan pada orang lain pula?"
"Kalau mama buat perkara macam dulu lagi, saya akan berhenti dari syarikat ni."
Berbanding dengan orang lain, Zul yang paling tahu cara melawan CEO Sarah.
CEO Sarah hanya berdengus. Dia tidak membantah kata-kata Zul.
"Dah lah mama. Selamat malam."
Zul mengucapkan salam penutup, lalu menutup panggilan tanpa ragu. Dia melemparkan telefonnya jauh-jauh. Setiap kali berurusan dengan ibunya, kepala Zul selalu berdenyut-denyut kerana kesal.
Dia selalu inginkan ada orang lain yang dapat menenangkannya saat ini.
Keinginan yang hampir tak terbendung itu bangkit kembali. Zul ingin pergi menemui Hana saat ini.
Namun, dia tidak dapat memaksa wanita itu untuk meneruskan kembali hubungan mereka yang terkandas 10 tahun lalu.
Aku akan tetap menunggu sampai dia datang kat aku. Aku tak nak kehilangan dia lagi.
"Kenapa Direktor Rian datang lebih awal?"
"...Salah tengok jam."
Dia teringat kebohongan yang diucapkan oleh Ketua Direktor Eksekutif Rian beberapa hari lalu.
"Direktor Rian masih sering bertanya khabar dengan Hana?"
"Kami dah lama tak berjumpa."
"Mesti senangkan dapat berjumpa dengan teman lama lagi."
"Oh..Haha ye..Senang..."
Jawapan dingin dari Hana itu menandakan dia tidak perlu peduli dengan Rian. Tapi Zul tidak tahu kenapa kejadian itu tersimpan kuat di kepalanya.
Adakah dia salah faham?
***
Di bilik mesyuarat tingkat 15, Syarikat Pusat Raliance Home Sdn.Bhd.
Mesyuarat akhir untuk membahaskan syarikat yang akan bekerjasama dengan produk 'Lily' sudah berakhir. Perdebatan tentang Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd masih belum selesai. Namun Zul sudah membuat keputusan secara sepihak itu sesuai keinginannya.
Berbanding dengan para staff lain, keputusan Zul tidak membuat Rian kecewa. Dia hanya risau kerana perlu berhadapan dengan Hana selama beberapa bulan.
"Direktor Rian tak keluar lagi dari bilik mesyuarat ni?"
Rian menatapnya sejenak lalu memalingkan muka dan bangun dari tempat duduknya.
"Saya dah nak keluar."
"Awak akan ke kilang kan?"
"Ye, hari ini ada kerja yang perlu saya selesaikan."
"Awak masih agak tak selesa dengan staff kat syarikat pusat ni kan?"
"Takde masalah pun bagi saya."
Zul menatap Rian. Rian yang terasa terganggu itu menghentikan langkahnya untuk memandang Zul.
"Awak ada nak cakap apa-apa lagi?"
"Takde. Takde hal yang saya nak cakapkan."
"Kalau macam tu saya minta diri dulu.."
"Saya ada nak tanya.."
Zul segera bersuara. Rian menyangka itu pertanyaan tentang kerja.
"Awak dan Hana ada hubungan apa?"
Setelah nama wanita itu disebut, tatapan lelaki itu terus berubah tajam. Reaksinya datang secepat kilat.
"Kenapa tiba-tiba nak tanya pasal Hana?"
"Saya cuma nak tahu je .Seberapa dekat korang berdua."
"..."
"Kita kan nanti akan bekerjasama dengan Hana."
Kata-kata itu tidak mempunyai maksud tertentu tapi sudah seperti umpan yang dilayangkan Zul untuk Rian.
Rian tidak mahu menjawab pertanyaan itu dengan jujur kerana dia tidak mahu membahaskan tentang kehidupan peribadinya. Tapi lelaki itu tidak dapat menyembunyikan perasaannya biarpun hanya sekejap.
Rian mengambil nafas pendek dan menelan air liur di depan Zul.
Setelah berusaha mengambil waktu agar dapat bersuara, dia mula berkata dengan nada setenang mungkin.
"Kami pernah bercinta."
"oh.."
"Tapi perasaan saya dekat dia dah lama hilang dan tidak akan kembali."
Jika Zul bertanya pada Hana, dengan mudah dia tahu bahawa apa yang dikatakan Rian itu adalah tidak benar. Namun, Rian mahu lelaki itu percaya padanya walaupun hanya sekejap.
Biasanya Rian tidak peduli pada orang lain. Tapi entah kenapa,Zul membuatnya menjengkelkan.
Pertama, dia tidak suka tahi lalat di bawah mata lelaki itu.
Zul sempat terlihat terkejut ketika mendengar jawapan Rian,tapi dia kemudiannya tersenyum.
"Ternyata korang berdua akrab ye."
Apakah ini hanya perasaannya atau Zul sengaja memberi penekanan pada perkataan 'akrab'.
Suasana hati Rian kembali menjadi sangat buruk.
Suasana hatinya itu tampak tatapan ingin menerkam. Tapi, Zul melanjutkan kata-katanya dengan tenang seolah-olah dia tidak membuat sebarang kesalahan apa pun.
"Kalau macam tu awak kenal sangat dengan Hana kan. Disebabkan saya dah lama tak jumpa dengan Hana, saya dah tak tahu apa yang dia suka sekarang. Padahal saya nak keluar janji temu dengan dia."
"..."
"Oleh kerana keadaan bandar pada waktu sabtu sangat sibuk, saya nak buat tempahan dulu di restoran. Walaupun dah ada restoran yang saya tempah lebih awal, saya bingung nak tengok wayang apa?"
Kedua hujung bibir Zul terangkat, dia tersenyum. Mendengar tiada respon dari Rian, Zul bersuara kembali.
"Ah, maaf dah ganggu jadual Direktor Rian yang penuh."
Bagi Rian, senyuman Zul yang malu-malu dan gugup itu malah terlihat seperti sengaja ingin membuatnya cemburu.
Tidak tahan dengan Zul, Rian terus mengambil begnya. Perbualan tentang keluar berjanji temu itu berputar-putar dia kepalanya membuatkan dia muak.
"Saya sibuk. Saya minta diri."
Dia sebenarnya ingin langsung lari. Tapi dia memilih untuk berjalan perlahan-lahan agar tidak terlihat seperti ingin melarikan diri.
Jaraknya dengan Zul semakin jauh. Wangi minyak wangi lelaki itu membuat hidungnya gatal. Semakin jauh dia melangkah,dia teringat sesuatu.
"Korang lulusan Universiti Teknologi MARA kan? Saya dengar-dengar ada pokok bunga sakura ditanam kat sana."
"Betul.Haruman dia pun wangi."
"Saya nak pergi sana kalau-kalau cuaca bagus. Kalau pokok bunga sakura tu dah mekar, jom kita pergi sama-sama. Saya pun nak tengok keliling kolej awak.
"Kat sana pun ada restoran yang sedap kan?"
"Oh ada! Restoran ayam yang paling saya suka."
"Kita pergi sana juga."
"Kalau macam tu,nanti kita akan pergi tengok bunga pokok sakura. Selepas tu makan tengah hari dan seterusnya pergi ke cafe yang selalu saya pergi dulu."
Hana tersenyum sangat lebar dan terlihat ceria ketika berada di samping Zul.
Rian menghentikan langkahnya secara mendadak ketika mahu keluar dari bilik mesyuarat. Tangannya menggenggam tombol pintu lalu menoleh secara perlahan.
Ketika itu Zul sedang duduk bersandar di meja bilik mesyuarat sambil menatap Rian.
Rian melontarkan senyum yang sangat dingin. Dia melontarkan kalimat yang sudah dirangkainya dengan sempurna.
"Macam mana kalau awak beli tiket untuk menonton film seram yang baru ditayang kemarin? Penilaiannya pun sangat tinggi."
"Film seram?"
"Ye. Dari dulu Hana memang suka dengan film seram."
Rian hanya pernah keluar 2 kali dengan Hana. Dari 2 kali berjanji temu itu, mereka pernah menonton film di panggung wayang. Sudah semestinya Rian tidak tahu genre apa yang Hana minat lalu Rian memikirkan cara untuk merosakkan janji temu antara Zul dan Hana.
"Sebagai kawan lama Hana, ini saranan yang bagus untuk direktor. Hana sangat minat dengan film seram."
Jika Zul akan membeli tiket untuk film seram yang sangat Hana benci itu, janji temu mereka pasti gagal menurut Rian.
Share this novel