BAB 1

Romance Series 3757

"Maaf saya terlambat."

Suara dingin bagaikan ais di Kutub Utara itu membekukan suasana bilik mesyuarat itu. Hana mengenali pemilik suara tersebut. Perlahan, dirinya memandang ke arah pintu bilik mesyuarat dengan gugup. Gambaran wajah muncul di kepalanya saat mendengar suara itu sekaligus seseorang yang sangat dia tak mahu jumpa. Di dalam hatinya, berharap tekaannya salah dan itu hanyalah orang yang kebetulan mempunyai suara yang sama.

"Selamat pagi."

Orang itu menyapa dengan suara yang tak ingin Hana dengar lagi.

"Saya Rian Shah Bin Khairul, Direktor Eksekutif Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd."

Nama yang menakutkan itu meluncur dari mulutnya.

"Mampus aku.."

Spontan,kata-kata itu terlontar dari mulut Hana. Hana cepat-cepat menutup mulutnya. Ucapan jujur Hana membuatkan lelaki tadi menatap Hana dengan tatapan yang sinis. Hana yang tak dapat nak larikan diri itu hanya duduk diam dan hanya dapat menggigit bibir. Dia berharap ingin berpura-pura pengsan sahaja.

Sepuluh minit sebelum Hana jatuh ke lubang neraka itu...
Nor Hana Samsuddin,Manager My Door & Lock Trading Sdn.Bhd. Dia mengelap kad nama yang dipakai di leher itu dengan lengan bajunya berkali-kali walaupun kad namanya tidak kotor. Dia mengelap berkali-kali hanya untuk mengurangkan rasa gugupnya.

Cadangan perjanjian kerjasama yang sudah tergeletak di atas meja dan terlihat lusuh kerana sering dibaca. Hana sudah berlatih pembentangannya dengan sempurna. Bahkan, masa tidur pun dia masih boleh bermimpi dirinya sedang membentangkan lamaran tersebut.Hana ialah seorang yang mudah gugup dan gementar. Oleh sebab itu, dia makan 2 biji butir ubat penenang.

"Fuh.."

Hana menanggalkan kad namanya lalu menghela nafas. Dia mengangkat kepala. Pandangannya menerawang ke arah depan. Dia berada di dalam ruang bilik mesyuarat, lebih tepatnya di Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd. Syarikat kilang pintu no 1 di Malaysia.

Dia datang untuk mendapatkan projek demi menyelamatkan Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd yang sedang melanda masalah kewangan yang teruk.

Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd ini adalah syarikat tersebar dan sama hebatnya dengan Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd. Hari ini Hana bertekad untuk mendapatkan kerjasama bersama syarikat tersebut. Pesanan penguncian pintu itu ialah projek besar yang dijalankan oleh Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd.

Semua ini bermula daripada peritiwa di mana CEO syarikat, Samsuddin Abdullah telah dihantar ke hospital kerana kram usus akibat terlalu banyak berfikir dan kegugupan yang melampau menjelang mesyuarat pagi ini.

"Hana, Papa hanya ada Hana seorang je yang dapat gantikan papa pergi ke mesyuarat pagi ni. Hanya Hana je yang dapat selamatkan syarikat kita. Papa yakin Hana dapat buat yang terbaik bila membentang nanti. Semangat Hana."

Hana sangat mengingati pesan terakhir ayahnya sebelum dimasukkan ke dalam ambulans. Walaupun sekarang Hana berasa sangat terpaksa menemui petinggi syarikat besar itu seorang diri, dia dengan penuh semangat akan memenuhi permintaan ayahnya.

Dalam mesyuarat hari ini, Hana perlu berjumpa dengan Ketua Direktor Syarikat Pusat dan Direktor Eksekutif. 2 orang berjawatan tinggi di syarikat tersebut.

Kerana kepandaian dalam perniagaan, Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd tidak memberikan sebarang maklumat tentang kedua-dua direktor itu. Tak heran mengapa Hana tidak ada sedikit gambaran tentang kedua-dua direktor tersebut. Namun, mendengar info daripada pegawai syarikat lain yang pernah berurusan dengan syarikat Hana, Direktor-direktor tersebut digambarkan sebagai orang yang sangat keras kepala dan cerewet.

Mereka juga mengatakan wajah direktor syarikat itu nampak tenang tapi boleh berubah menjadi sangat kejam dan seperti akan menikam dari belakang seperti lebah.

"Ketua Direktor Syarikat Pusat sudah datang.."

Pekerja di luar pintu memberitahukan kedatangan 'pemimpin' yang pertama. Hana terburu-buru menggantikan cadangan yang sudah lusuh itu kepada yang baru.

"Tuan silakan, sebelah sini."

"Terima kasih,cik Mona."

Suara direktor yang konon-kononnya gosip mengatakan orang yang keras kepala dan cerewet itu kedengaran sangat ramah dan lembut. Kehangatan daripada suaranya mengingatkan Hana pada seseorang.

"Hana.."

Suara yang selalu membuatkan hatinya berdebar laju, suatu ketika dulu... Ops... sekarang bukan waktu untuk ingat cinta pertamaku. fikir Hana. Hana kembali fokus dan segera berdiri untuk menyambut kedatangan Ketua Direktor Syarikat Pusat itu.

"Nor Hana Samsuddin?"

Kulit sawo matang, rambut coklat muda yang halus,tahi lalat di bawah mata kanan yang menarik. Dialah cinta pertama dan satu-satunya cinta yang kukira takkan bertemu lagi. Kenangan tentang dirinya kusimpan bak permata dalam hatiku.

"Zul?"

"Awak Nor Hana Samsuddin kan?.."

Hana mengelipkan matanya beberapa kali. Menatapi wajah di hadapannya. Lelaki itu ialah Mohd Syahzulfadli Mokhtar. Detik-detik sekolah menengah mereka mula terimbau.

"Saya perlu tinggalkan Malaysia dan pindah ke New York, Hana.."

Dia ialah orang yang mengajarkan pahitnya perpisahan terhadap Hana ketika di umurnya masih 17 tahun. Orang yang lebih bersinar dibandingkan matahari dan lebih istimewa dibandingkan berlian dan juga cinta abadi yang datang pertama kali serta meninggalkan kenangan yang tak terlupakan.

"Dah 5 tahun kita tak berjumpa..Saya tak sangka akan jumpa dengan awak lagi dalam situasi macam ni.."

"..."

"Apa khabar?"

Zul yang begitu matang dan jelas berbeza dari sosok 5 tahun lalu, bertanya dengan suara yang dulu manis tapi sekarang lebih berwibawa.

"Oh, hmmm...Saya.."

Hana hanya mampu menjawab dengan tergagap-gagap di hadapan lelaki itu. Rasanya seperti nak pengsan saja. Walaupun selama ini Hana tak pernah lagi memikirkan Zul, namun pertemuan secara mendadak ini membuatkannya seolah-olah seperti mimpi.

Perasaan yang dia simpan selama 5 tahun memang tak sama lagi seperti dulu, tapi hatinya tetap berdegup kencang. Ini kerana Zul ialah lelaki yang meninggalkan kenangan indah.

"Rupanya awak bekerja kat Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd ye.. Tak sangka kita bekerja dalam bidang yang sama."

"Hah ah. Ni syarikat ayah saya...Erm,terima kasih sebab dah luangkan masa berjumpa dengan saya."

Zul tersedar bahawa perempuan muda di hadapannya itu datang untuk mendapatkan kontrak dengan syarikatnya, sementara dia juga hadir sebagai ketua direktor di sebuah syarikat besar.

Hana mengalihkan pandangannya yang terpinga-pinga kerana lelaki itu menuju ke arah meja panjang bilik mesyuarat. Dia sedar kalau-kalau terbawa perasaannya boleh mengancam kegagalan menjual produk pengunci pintu ayahnya.

'Ingat! Aku datang kat sini untuk mendapatkan kontrak! Aku tak boleh lepaskan peluang emas ini hanya gara-gara perasaanku!'

Dengan tekadnya Hana mengangkat kepala. Dia menyapa dengan kaku, seolah-olah mereka baru kenal untuk pertama kali.

"Selamat pagi Encik Mohd Syahzulfadli Mokhtar,Ketua Direktor Syarikat Pusat! Saya Nor Hana Samsuddin, Manager Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd!"

Hana membungkukkan badan tampak begitu canggung membuatkan Zul tertawa melihatnya.

"Hahaha.. Awak tak perlulah nak kekok sangat. Cuba santai je. Lagipun baru je kita dua ada dalam bilik mesyuarat ni. Takpe-takpe.. Tenangkan diri awak tu dulu.. Buat macam biasa je."

"Tak boleh encik! Ini kan pejabat, bukannya sekolah. Saya tak boleh bercakap santai dengan encik.Kita dua bertemu sebagai wakil kedua buah syarikat.

Hana berikan sedikit penekanan kata 'wakil kedua buah syarikat.' Secara tidak langsung, Hana mahu Zul bersikap profesional dan tidak mempengaruhi hubungan mereka dulu.

"Hmm..Macam tu ke.."

Zul memandang Hana sambil berpura-pura berfikir. Tangannya berada di posisi atas perut menahan ketawa. Kemudian dia membungkukkan badan. Menyapa dengan sopan.

"Selamat pagi Cik Manager Nor Hana Samsuddin, saya Mohd Syahzulfadli Mokhtar, Ketua Direktor Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd. Senang berjumpa dengan awak cik Hana."

Kata-katanya sangat sopan. Diiringi lagi dengan gerak geri tahi lalatnya yang seolah-olah mengikuti tersenyum bersama mata empunya wajah.

"Ah, ye.. Senang berjumpa dengan awak juga encik Zul."

Habislah aku.. Dia cakap sopan tapi kenapa hati aku yang berdebar ni.

"Kalau tak silap, rumah awak dulu kat belakang sekolah kan.."

"Awak masih ingat rupanya."

"Awak tinggal kat mana sekarang? Jauh dari sini ke?"

Sambil bertanya, Zul mengambil tempat di salah satu kerusi di meja panjang bilik mesyuarat itu. Hana perlahan duduk mengikuti Zul lalu menjawab dengan suara bergetar.

"Ye.. Saya masih tinggal kat sana."

"Oh macam tu.. Daerah tu memang sepi dan sesuai untuk besarkan anak-anak."

"A..Anak?"

"Oh, by the way..CEO pergi mana? Saya nak jumpa. Dah lama tak bertanya khabar tentang dia."

"Ayah saya ada kat hospital sekarang sebab tadi pagi dia kena dengan kram usus. Sebab tu dia tak dapat hadir sama-sama dalam perjumpaan hari ini. Maaf..."

Kening lelaki itu mengerut ke bawah dengan manisnya.

"Betul ke?..Kalau macam tu, kenapa awak tak temankan ayah awak kat hospital sekarang?"

"Dia kena pun sebab gementar. Lagipun keadaan dia tak lah teruk sangat. Dia tak apa-apa."

"Syukurlah kalau tak teruk.. Oh ya, cik Hana, awak dah sarapan?"

"Dah. Saya dah pun sarapan tadi sebelum ke sini."

Hana menjawab dengan pantas walaupun jiwanya tengah melayang entah ke mana. Berbual dengan Zul seperti berasa kembali ke zaman sekolah menengah.

Mesyuarat yang akan bermula tak lama lagi membuatkan dia gementar, malah membuatkan hatinya berdebar-debar seperti saat bercinta 10 tahun lalu.

"Oh ye ke.. Saya baru nak ajak awak sarapan lepas mesyuarat ni."

"Sarapan?"

"Banyak yang saya nak tanya kat awak. Awak apa khabar, apa yang awak buat sekarang.."

"..."

"Dan sekarang kau mesti dah bahagia dengan lelaki tu kan.."

Lelaki tu? Sekarang? Selama ini hanya ada seorang lelaki dalam hidup Hana iaitu Zul. Dia bingung mendengar kata-kata Zul tentang 'lelaki itu' sedangkan dia sendiri tak tahu.

"Apa maksud awak dengan 'lelaki tu'?"

Jawapan yang tak disangka oleh Zul. Dia tersenyum pahit membuatkan Hana bertambah bingung.

"Bukan awak dah kahwin ke?"

'Kahwin?! Selama ini hanya ada kau je dalam hati aku. Tapi kau kata aku dah kahwin?!'

"Belum!.. Aku belum berkahwin!.."

Hana yang terkejut tidak sedar meninggikan suaranya membuatkan Zul tersentak. Namun belum sempat Hana bersuara...

"Maaf saya terlambat."

Suara dingin itu terdengar memenuhi ruang bilik mesyuarat. Mata Zul yang tadi tersentak menatap Hana itu kini beralih ke arah orang itu. Hana malah terpaku dan terkaku.Tak berani nak menengok ke belakang. Bukan sebab merasa kesal kerana dituduh dah kahwin.Tapi suara tadi terdengar sangat familiar.

"Hana, kau selalu hidup macam ni ke?"

"Jangan pernah muncul di depan aku lagi!"

Suara itu mengingatkan pada musuh yang tak ingin Hana jumpa lagi. Kemunculan sosok tubuh yang dah lama Hana kubur dalam-dalam di hatinya membuatkan jantungnya jatuh ke lantai. Nafas Hana tiba-tiba terasa sesak. Hana berusaha untuk tetap tenang.

Selama 27 tahun ini, hanya ada 2 lelaki yang pernah Hana jadikan teman lelaki. Perjumpaan dengan cinta pertama walaupun ingatannya hanya terasa samar-samar adalah satu kebetulan. Tapi dia tak sangka kalau secara bersamaan dia akan berjumpa dengan orang yang memberi kenangan buruk padanya.

'Tak mungkin. Lelaki yang baru masuk tadi bukanlah si tak guna tu.'

Hana mengambil nafas panjang lalu menoleh ke arah pintu. Ketika dia nak senyum dan mengapa lelaki itu..

"Selamat pagi, saya Rian Shah Bin Khairul, Ketua Direktor Eksekutif Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd."

Orang itu memperkenalkan diri terlebih dahulu. Wajah sangat familiar berbanding dengan suaranya. kulit hitam manis, rambut gelap dan mata terlihat tajam sekaligus lembut.

"Hana, kau ada boyfriend tak?"

"Tak.. Takde."

"Kalau macam tu, jadi girlfriend aku."

"Apa?"

"Sebagai balasan, ni untuk kau."

Waktu masih jadi pelajar U, Hana mengambil keputusan untuk menjadi kekasih Rian. Alasan sebab lelaki tu berikan susu kotak dengan malu-malu. Comel.. Tak sesuai dengan penampilannya yang nampak garang macam haiwan buas.

"Hana, kenapa kau tak cakap jujur je? Kau nak terus dipermainkan orang lain ke?"

"Bukan aku tak nak cakap, dia yang sendiri tak nak percaya nak buat macam mana lagi?"

"Kau tu pun tegaslah sikit. Jangan asyik nak mengalah je."

"Tegas macam mana? Macam kau? Sikit-sikit nak pukul orang macam tu?"

"Apa?!"

Rian yang berapi-api dan Hana yang pemalu sangat tak serasi. Mereka pun berpisah setelah 3 bulan bercinta. Itu ialah akhir cerita mereka dan lelaki tu adalah bekas teman lelaki terburuk bagi Hana. Bahkan dulu, Rian digelar sebagai harimau gila masa masih bersekolah di universiti.

"Mampus aku."

Tanpa sedar Hana bersuara. Tatapan mata Rian yang tajam langsung tertuju padanya.Hana terus menutup mulutnya dan menelan air liur. Sesaat, kesunyian di bilik mesyuarat terasa begitu mencengkam.

"Kau Cik Nor Hana Samsuddin, Manager Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd kan?"

Rian menyatakan pertanyakan pertama. Sikapnya menunjukkan seolah-olah mereka tidak pernah bertemu sebelumnya.

"Apa?"

"Senang berjumpa dengan kau cik Hana. Perkenalannya sampai sini dulu."

"Ah..Baik."

Rian mengakhiri sesi perkenalan diri dan berjalan ke arah meja mesyuarat. Hana menatapnya, takut tekaannya benar. Tapi dari pandangannya tidak menunjukkan sebarang tanda dia mengenali Hana.

'Kalau dia kenal dengan aku, tak mungkin dia bersikap tenang bila nampak muka aku..'

Walaupun pernah menjalinkan hubungan dulu, tak mustahil Rian tak mengenali Hana. Sejak awal pun mereka tak pernah mesra dan hubungan mereka hanya berlangsung selama 3 bulan sahaja. Bila keluar bersamapun hanya sekali. Bahkan berpegangan tangan pun mereka tak pernah lakukan.

Tapi Hana bersyukur kerana orang yang ada hubungan buruk dengannya itu tidak menyenali dia. Hubungan mereka seperti baru pertama kali bertemu. Ini dapat membantu Hana dalam urusan perniagaan.

Hana berusaha menyapa dengan suara yang tenang. Dia takut kalau-kalau lelaki itu kenal akan dirinya.

"Senang berjumpa dengan awak juga untuk pertama kali."

Mendengar ucapan itu, Rian tersenyum seakan-akan mengejek.

"Aku rasa 'senang berjumpa' itu agak berlebihanlah."

'Agak berlebihan dia kata? Eh, dia betul-betul tak kenal dengan aku ke apa?'

"Aku ingat orang yang bertanggungjawab atas segala urusan di Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd ni dah cukup berumur.. Rupa masih muda."

Wajah Rian yang menyeramkan itu membuat orang susah nak teka kalau-kalau dia ada menyimpan kebencian atau tidak.

"Baiklah,oleh sebab Ketua Direktor Eksekutif dah ada kat sini, kita mulakan sesi mesyuarat kita."

"Silakan pembentangannya.."

"Ah,baiklah.."

Cinta pertama di sekolah menengah dan kenangan buruk di universiti secara bersamaan memandang Hana. 2 lelaki itu membuatkan nafas Hana tak tenang. Dia rasa macam nak pengsan je kat situ. Hana berusaha untuk mula fokus dan mulai membentang isi projek di lembaran cadangan yang dibawanya itu.

"Ini ialah rancangan produk dan cadangan kerjasama yang ditawarkan oleh Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd."

Rian menyelak lembaran cadangan secepat mungkin untuk mencari halaman yang menjelaskan biodata Hana.

"Nor Hana Samsuddin, alumni bidang Design Funiture di Universiti Teknologi MARA.."

Dalam banyak-banyak maklumat, hanya halaman itu yang dibacanya dengan suara yang lantang. Hana terkejut dan memandang Rian.

"...Ye?.."

"Kau lulus dari universiti yang terbaik rupanya.."

"Ah.. Terima kasih.."

'Sebenarnya kau ni kenal dengan aku ke tidak?!'

Hana menahan rasa ingin teriak. Dia melirik Rian yang sedang menyelak halaman seterusnya dengan profesional. Baru suasana hati Hana berasa lega.

Drrrt,Drrrt... Telefon dalam saku jas Zul bergetar. Dia melihat layar kaca telefonnya lalu bangkit dari tempat duduknya dengan muka bersalah.

"Sorry, this is important call. Cik Hana boleh tunggu seminit tak?"

'Tidak!! Jangankan seminit, sesaat pun aku tak ingin berduaan dengan harimau gila ni,' Kerana tak berani menolak, Hana hanya mampu mengangguk.

Zul keluar dari bilik mesyuarat bersamaan dengan suara pintu yang dibuka lalu ditutup, memenuhi keheningan yang sangat canggung. Hana berpura-pura membaca cadangan dan sesekali melirik Rian. Sementara itu Rian masih membaca cadangan dengan muka datar.

Kalau lah dia kenal dengan aku, dia tentu akan tunjukkan eksresi yang menyeramkan tu. Tengok dia senyap macam ni, aku rasa dia betul-betul tak kenal dengan aku. Hana semakin yakin bahawa lelaki itu tidak kenal dengannya. Tapi tiba-tiba...

"Kau kata apa tadi? Mampus aku? Di depan aku lagi."

Suara Rian memecahkan keheningan membuatkan Hana tergamam.

"..Mulut kau tak berubah masih kasar macam dulu.."

Tatapan yang mengikuti perkataan itu sangat menyeramkan dan membuat Hana ketakutan.

"Apa?"

Mata Hana tertuju menatap Rian. Jantungnya mulai tak tenang. Fikirannya dah mula kusut. Rian menatap Hana dan bersuara..

"Kau ingat aku tak kenal dengan kau ke?.. Kau cuba nak remehkan aku dengan perkataan tu?"

Rian menyindir Hana. Hana hanya dapat menelan jawapan yang hampir-hampir keluar dari mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience