"Apa? Zul?!"
Rian memandang Hana dengan tatapan tajam apabila mendengar panggilan "Zul" dengan nada yang lembut. Wanita itu terkaku. Cuaca yang cerah pada saat itu terasa gelap seketika.
"Tak! Maksud saya.."
"Tak? Aku dengan jelas dengar apa yang kau cakap tadi."
"Maksud saya.."
"Walaupun kita ni seumuran, tapi kau susah nak bercakap akrab dengan aku. Tapi bila dengan Direktor Zul, boleh pula kau akrab dengan dia."
Wanita itu cuba untuk menjelaskan namun semua itu hanya sia-sia. Rian sempat terdiam lalu bertanya kembali pada Hana.
"Jadi hubungan kita ni takkan dapat akrab lah ye?.. Kau hanya nak akrab dengan Direktor Zul sebab kau perlu dia macam tu?"
Wanita itu sudah tidak selesa dengan pertanyaan pelik itu. Fikiran Hana terasa kosong kerana panik. Dia terus bersuara secara terburu-buru.
"Itu sebab saya memang dah kenal dengan Direktor Zul!"
"Macam mana kau boleh kenal dengan dia?"
"Dia senior saya masa sekolah menengah dulu.."
"Senior?"
Hana hampir-hampir ingin mengatakan kalau Zul ialah cinta pertamanya namun dia berjaya menahan diri.
Rian mesti tidak suka dengan Hana dan syarikatnya. Kalau Rian tahu tentang hubungan Hana dan Zul, lelaki itu dapat menggunakannya untuk menjatuhkan Hana jika hasil kerjasama mereka baik. Wanita itu mengalihkan pandangannya yang terlihat gugup.
"Kecil sangat dunia ni kan. Banyak yang kau kenal kat syarikat. Mula-mula senior.. Lepastu rakan sebidang masa kat U dulu."
Rian menjawab dengan suara mengejek. Dia cuba untuk memahami situasi tapi emosinya belum reda sepenuhnya.
"Err.. Jadi, apa hubungan Direktor Rian dengan Hana?"
CEO Samsuddin yang dari tadi memandang Hana dan Rian, memotong perbualan mereka.
Rian terkejut, Dia tidak perasan dengan kehadiran CEO Samsuddin yang tadi menyapanya. Pandangannya hanya fokus pada Hana.
Lelaki itu ialah pemilik syarikat serta ayah dari cinta pertamanya. Selama Rian belum dapat melupakan Hana, dia perlu menunjukkan sisi baiknya di depan CEO Samsuddin.
Rian meluruskan keningnya yang mengerut itu lalu menunduk hormat 90 darjat.
"Se..Selamat pagi ayah."
"Ayah?"
Kerana tegang, sapaan tersebut membuatkan Rian dan CEO Samsuddin berasa canggung. Raut wajah Rian kaku. Lelaki itu cepat-cepat memulihkan situasi dengan memandang CEO Samsuddin.
"Ehem.. Maksud saya.. Ayah Hana."
"..."
"...CEO Samsuddin?"
Hancur sudah. Nak cakap macam mana sekalipun tetap hancur.
Lelaki itu datang untuk menyelesaikan salah faham, tapi dia malah menciptakan dinding besar dengan membuat Hana dan ayahnya semakin salah faham.
Rian kembali menegakkan badan dan menggigit bibirnya. CEO Samsuddin menyangka lelaki itu sedang marah. Dia berbisik pada Hana.
"Ini ke orang tu? Ketua Direktor Eksekutif yang tak suka dengan produk kita?"
Hana mengangguk. CEO Samsuddin membungkukkan badan dan menyapa dengan sopan.
"Selamat pagi Ketua Direktor Eksekutif Rian.. Terima kasih dah datang jauh-jauh ke sini."
"Oh.. Sama-sama CEO.."
Rian ikut membungkukkan lagi kerana merasa tidak selesa.
Disebabkan ini ialah perjumpaan syarikat, CEO Samsuddin tidak dapat berbuat apa-apa. Kalau ini ialah perjumpaan peribadi, dah lama dia menendang Rian kerana bersikap kasar terhadap anak perempuan kesayangannya.
"Saya.. Saya juga sangat berterima kasih."
Hana yang dari tadi membeku itu mengikut menyapa Rian dengan suara agak bergetar.
Melihat wanita itu menampakkan reaksi yang sama seperti lusa lalu, Rian kemudian berfikir.
'Nampaknya hari ini pun aku gagal lagi.'
Takde gunanya datang sejam lebih awal dari waktu yang dah ditetapkan. Akibat tidak sengaja memarahi Hana, Rian tidak berani mengatakan bahawa lusa lalu dia tidak mempunyai maksud jahat pada wanita ini.
Sekarang dia berfikir macam mana nak mengisi waktu sehingga Zul datang.
"Direktor tak datang bersama dengan Direktor Zul ke?"
"Ah, ye.. Saya datang sendiri."
"Oh mungkin Direktor Zul akan datang tepat jam 2."
"Ah ye betul.."
CEO Samsuddin berasa canggung bila Direktor Rian datang lebih awal.
Brumm!
Sebuah kereta mewah berhenti di hadapan syarikat milik CEO Samsuddin. Semua mata tertuju pada Zul ketika dia turun dari kerusi pemandu. Lelaki itu terlihat bergaya dalam berjas hitam yang kemas.
"Selamat pagi, Hana... Ketua Direktor Eksekutif Rian?"
Zul terlihat senang sesaat melihat Hana. Namun matanya terkejut apabila menyedari sosok yang berada di sebelah Hana ialah Rian.
"Kenapa Direktor Rian datang lebih awal?"
Zul yang sudah menempah tempat makan di sebuah restoran mewah untuk makan tengah hari bersama Hana bertanya dengan nada yang keberatan.
Rian yang otaknya dah kusut itu menjawab dengan wajah kaku.
"Saya salah tengok jam."
Disebabkan lakonan Rian sangat tidak mahir, siapa pun yang berada di situ pasti tidak mempercayai Rian. Oleh kerana Zul tidak mahu ambil peduli, dia tidak terlalu ingin mengetahui alasan Rian yang sebenarnya.
"Kalau dah macam tu, kita makan dahulu sebelum memulakan mesyuarat susulan hari ini."
"Eh apa?"
Mendengar ajakan Zul itu, mata Hana membesar kerana panik.Dia dah boleh bayangkan macam mana situasi akan terjadi. Ye lah, dua-duanya kan bekas teman lelaki Hana. Ditambah lagi dengan Zul yang peramah, Hana yang pemalu dan Rian yang pemarah sangat tidak serasi jika berkumpul.
Di dalam situasi yang janggal itu, perut CEO Samsuddin mula sakit.
"Hana! Ayah nak pergi tandas dulu."
***
Restoran Mewah.
"Malangnya CEO Samsuddin tak dapat nak makan bersama kita."
Zul bersuara setelah membasahkan tekaknya dengan meneguk segelas air. Hana yang duduk tegak dan terlihat tegang itu mengangguk.
"Ayah saya baru-baru ini ka terkena dengan kram usus. Sebab tu kadang-kadang dia sakit perut."
"Kalau macam tu, awak pilih lah makanan yang sesuai untuk beliau makan nanti lepas perutnya tu dah tak sakit."
"Eh tak perlu. Direktor tak perlu susah-susah."
"Ayah mesti sedih sebab tak dapat ikut."
Zul menyebut perkataan 'Ayah' dengan selamba, sedangkan Rian yang tadi sempat mencuba memanggil lelaki tua itu dengan sebutan 'Ayah' membuatnya gelabah.
Hana tidak berasa keberatan mendengar panggilan akrab Zul terhadap ayahnya. Dia tersenyum dengan wajah merah.
Rian memandang 2 orang itu. Dia tidak dapat menahan perasaannya yang sedang bercampuk bauk itu. Hubungan Zul dan Hana yang sudah terjalin sejak sekolah menengah lagi membuatnya merasa sebagai orang luar.
Kerana tidak tahu nak bercakap apa, dia hanya minum air sejuk. Ketika minuman sejuk itu menuruni tekaknya, Rian merasa jauh lebih segar. Kalau terus macam ni, mungkin dia takkan berasa janggal lagi.
"Direktor Rian, silakan pilih menunya."
Zul menghulurkan buku menu dengan ramah. Ketika Rian ingin mencapai buku menu itu, Zul bersuara lagi.
"Saya cuma pesan set menu untuk 2 orang je sebab tak tahu yang Direktor Rian datang secepat ni."
"..."
Mungkin kerana pengaruh suasana hatinya, Rian tidak menyukai perkataan '2 orang' yang diucapkan oleh Zul. Rian memandang Zul. Entah kenapa dia tidak mahu mengambil buku menu yang dihulurkan oleh lelaki itu.
"Saya cuma nak mi bandung satu."
"Awak tak nak tengok-tengok dulu ke menu yang lain?"
"Tak perlu. Saya pesan itu je."
Zul tersenyum pada Rian yang menolak tawarannya lalu menekan lonceng.
"Ye, nak tambah pesanan lagi ke?"
"Saya pesan mi bandung satu."
Rian memalingkan muka dari lelaki itu dan memandang garfu di depannya.
Lelaki itu terlihat tidak selesa berada di sana. Wajahnya kaku dan bibirnya terkatup rapat. Melihat itu, Hana tahu bahawa Rian tidak berasa selesa lalu mengisi gelas kosong Rian dengan air sejuk.
"Ni.. Minum lah lagi."
"Ah, terima kasih."
Percakapannya itu terasa janggal tapi entah kenapa terdengar akrab.
Sebenarnya Zul sangat ingin mendengar Hana bercakap akrab dengannya. Dia bertanya pada Rian dengan muka curiga.
"Korang saling kenal?"
'Kami pernah bercinta tapi sekarang dah putus.'
Ucap Rian dalam hati. Mahu saja Rian mengatakan hubungan mereka dulu. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, Hana memotong.
"Kami satu universiti dulu."
"..."
'Aku pun nak cakap macam tu. Tapi kenapa kau yang cakap dulu. Buat hati aku tak selesa je.'
Tanpa sedar Rian mengerutkan dahinya memandang Zul. Dari mata Zul yang peka, dia tahu kalau ada sesuatu terjadi di antara Hana dan Direktor Rian.
"Oh ye ke.."
Zul berpura-pura tidak peduli.
"Saya dan Manager Hana lepasan sekolah menengah yang sama."
Zul menjelaskan hubungan di antara dia dan Hana dengan suara yang lembut.
"Aku tahu."
Respon yang diberikan oleh Rian tidak terduga. Jawapan tajam itu sempat membuat Zul terkejut.
"Saya yang bagitahu direktor Rian sebab tersasul cakap tadi."
"Tersasul?"
"Masa ada kereta di depan syarikat, saya ingatkan tu kereta direktor jadi saya salah panggil direktor Rian dengan memanggil Zul."
Mendengar penjelasan Hana, Rian menghembus nafas dan tersenyum gembira.
"Awak dah dapat panggil nama saya macam dulu rupanya."
"Ah ye.."
"Terima kasih dah tepati janji awak."
Wajah Zul yang tersenyum malu-malu itu membuatnya terlihat seperti remaja dan bukan lelaki berumur 30 an. Hana yang berdebar setiap kali melihat wajah Zul itu ikut tersenyum.
"Sejak bila korang buat janji macam tu?"
Rian bertanya dengan nada cemburu.
"Dua hari yang lalu, kitorang sempat makan malam bersama. Oleh sebab dah lama tak berjumpa, kitorang sembang kejap."
Zul menjawab dengan hati-hati kerana tidak mahu Rian berasa tidak selesa.
"Direktor Rian masih kerap bertanya khabar dengan Hana?"
Zul melemparkan pertanyaan ringan tanpa ada maksud apa-apa. Itu ialah pertanyaan yang susah bagi Rian disebabkan hubungan dia dengan Hana masih tidak dapat dikatakan baik. Berbeza dengan Zul masih terlihat akrab dengan wanita itu walaupun tak pernah bertanya khabar sebelum ini.
Rian hanya menutup rapat mulutnya dan mengalihkan pandangannya. Hana yang sudah tidak tahan dengan keheningan di situ, menjawab pertanyaan Zul.
"Kitorang pun dah lama tak jumpa."
"Mesti senangkan bila dapat berjumpa lagi macam ni."
"Err ye.. Haha.. Ye senang.."
'Penipu. Padahal dia sama sekali tak senang.'
Rian menahan kata-kata yang hampir diucapkannya. Dia hanya memandang 2 orang itu meneruskan perbualan akrab mereka seolah dia tidak ada di situ.
"Korang lulusan Universiti Teknologi Mara kan? Saya dengar universiti tu ada menanam bunga sakura,betul ke?"
"Ye betul. Bunga tu kalau mekar akan sangat wangi."
"Saya nak pergi tengok bunga tu nanti bila cuaca bagus. Kalau bunga tu mekar, kita pergi tengok sama-sama nak tak? Saya pun nak tengok sekeliling kolej awak."
"Kolej.. Takde pun menarik kat sana selain ada bunga sakura je."
"Kat sana pun ada restoran yang sedap kan."
"Oh ada! Restoran ayam yang paling saya suka!"
"Kita pergi ke sana juga nanti."
"Kalau macam tu, kita pergi tengok bunga sakura dulu, terus makan tengah hari dan seterusnya pergi ke kafe yang selalu saya datang. Dah lama saya tak minum latte kat sana."
Perbualan di antara Hana dan Zul membuatkan perutnya berasa sakit. Mahu saja dia menggagalkan plan mereka tapi Rian sedar dia tidak berhak. Dia juga mahu masuk dalam perbualan mereka namun dia tak berani.
Selain itu walaupun satu universiti, Direktor Rian tidak pernah pergi melihat bunga sakura bersama Hana. Dia juga tidak tahu restoran ayam itu tempat makan wanita itu sukai dan dia tak pernah minum kopi bersama wanita itu di kafe yang sering Hana kunjungi.
Semakin lama mendengar perbualan itu, perasaannya terhadap Hana semakin hilang.
'Betul.Walaupun bertemu kembali dengan kau adalah keajaiban, hubungan kita saat ini tidak lebih dari hubungan 2 orang luar. Kita takde kenangan indah untuk diingat. Waktu aku hanya sia-sia fikirkan tentang kau. Lebih baik aku lupakan kau je.'
"Ini set menu dan semangkuk mi bandung yang encik pesan tadi."
Tepat waktu, pelayan datang membawakan makanan dan meletakkan di atas meja. Pelayan itu meletakkan satu set menu dengan pinggan yan cantik di depan Hana dan Zul. Dia juga meletakkan semangkuk besar mi bandung pesanan Rian tadi.
Rian menyadari bahawa jarak antara dia dengan Hana dan Direktor Zul dah pun terlalu jauh. Dia pun memutuskan untuk tidak memperdulikan perasaannya terhadap Hana. Sekarang dia betul-betul perlu melupakan wanita itu.
***
Waktu keluar dari restoran mewah.
"Terima kasih dah belanja makan direktor. Saya ada gula-gula awak nak?"
Hana menghulurkan gula-gula kepada lelaki itu.
"Terima kasih, Manager Hana."
Setelah Zul mengambil sambil tersenyum, wanita itu memutarkan badannya dan menghulurkan gula-gula pada Rian.
"Ni.. Awak pun ambil lah juga."
"Tak perlu."
Tidak ada keraguan pun dalam suara Rian ketika menolak pemberian itu dengan singkat.
'Rian memang tak suka dengan makanan manis, jadi tak heran kalau dia tak nak gula-gula ni.'
Ucap Hana cuba untuk menghiburkan diri sendiri agar dia tidak tersinggung dengan kata-kata Rian tadi.
Zul membuka pintu restoran untuk merokok.
"Ada pemetik api?"
"Direktor merokok?"
"Ye.. Awak tak suka bau rokok?"
"Ah ye.. Tapi kalau direktor nak merokok takpe, saya boleh kebelakang sikit."
Rian yang mendengar kata-kata Hana itu berfikir untuk menyimpan kembali rokoknya. Dia baru tahu kalau Hana benci dengan bau rokok. Namun bila difikirnya balik untuk apa Rian bertindak demikian. Dia mengeluarkan rokoknya dan mula merokok.
Melakukan sesuatu yang dibenci oleh Hana ialah langkah pertama untuk melupakan cinta pertamanya.
Berbanding dengan Rian, Zul berfikir bahawa pendapat Hana sangat penting baginya. Lelaki itu tersenyum lembut lalu berkata.
"Awak suka dengan wangi perfume saya tak?"
"Apa? Ah ye.. Saya suka dengan wangi perfume awak."
"Kalau macam tu, saya tak merokok. Saya akan jaga wangi ni untuk awak."
Hana tergelak mendengar gurauan Zul. Rian memutar mata. Dia membuka pintu restoran dan bergegas keluar menuruni tangga di pintu depan. Siapa pun yang nampak akan menyangka Rian berusaha melarikan diri dari situasi tersebut.
Hana dan Zul pun keluar setelah Rian menuruni tangga dengan lebih perlahan.
"Hati-hati turun tu. Awakkan mudah terjatuh."
"Sekarang saya dah tak macam dulu lagi."
Suasana 'dunia hanya milik berdua' itu membuatkan Rian semakin merasa meluat dan tak selesa.
"Ah!"
Dari belakang Rian, terdengar teriakan Hana. Rian tanpa sedar menghentikan langkah dan memutar badan untuk melihat ke belakang.
Gadis itu tergelincir. Zul tidak sempat menggapai tangan Hana. Tubuh Hana mendekat ke arah Rian. Kehangatan yang selalu didambakannya datang ke dalam pelukan Rian. Tangan yang selalu menjauhi wanita itu kini memeluk pinggang dengan erat.
Wangi perfume yang membuat hatinya berdebar-debar dapat dihidu dalam-dalam. Nafas lembut yang biasanya terasa jauh itu menghembus ke lehernya.
Rian tidak mahu melepaskan kesempatan ini. Lelaki itu memeluk erat tubuh Hana yang terbang ke arahnya seperti malaikat.
Dug..Dug..Dug..
Jantung Rian berdebar dengan laju seperti ingin meletup. Dug..Dug..Dug!!
"Hana..."
Tanpa sedar lelaki itu menyebut nama yang bahkan dia tak sanggup ucapkan selama ini.
"Aww.."
Suara keluhan yang perlahan itu meresap ke telinganya.
Alamak! Rian yang dah pun bertekad untuk melupakan wanita itu terasa sesak. Sama seperti pada saat Rian pertama kali jatuh cinta kepada Nor Hana Samsuddin.
Share this novel