Rian meletakkan salinan lembaran pembentangan tersebut di atas meja. Walaupun banyak perkara yang tak dikatakan,Hana faham maksud di sebalik ucapan lelaki itu.
Hana berasa sangat malu sehingga badannya bergetar dan hanya dapat menggigit bibir.
"Sebab.. Kita kan cuma 3 bulan je bercinta..."
Tanpa berfikir panjang, Hana tersasul. Lirikkan mata Rian berubah tajam seakan-akan nak makan orang.
"Maksud kau, dari banyak-banyak orang, kenapa kau perlu berjumpa dengan aku semula..Macam tu?"
"Tak, saya tak fikir macam tu... Mungkin awak je yang fikir macam tu."
"Betul."
"Hah,apa?"
"Kalau kau tak letakkan nama universiti kat biodata kau, mungkin sampai meeting ni habis, aku takkan kenal dengan kau."
Sekali lagi Hana menahan daripada mengeluarkan kata-kata kesat dari mulutnya kerana di tempat itu Rian ialah seorang yang berjawatan tinggi. Jadi Hana tak boleh melakukan apa pun yang dapat merosakkan nama baiknya juga nama syarikat. Sejak awal, Rian bukanlah orang yang dapat dilawan oleh Hana.
"Saya ingat awak tak kenal lagi dengan saya."
Hana menjawab dengan ramah. Rian masih memandang Hana dengan tajam dan bercakap dengan nada sinis.
"Nak buat macam mana eh, rasanya mesyuarat ni akan gagal."
"Hah gagal?! Gagal macam mana? Maksud awak apa?"
"Sebab aku yang meeting dengan kau. Kau rasa tak selesa kan sejak aku sampai tadi hinggalah sekarang."
Kata-kata lelaki itu membawa maksud tersirat bahawa mesyuarat yang belum pun dimulakan itu tidak akan diteruskan. Hana menarik nafas dan membela diri.
"Tu kan kata-kata yang tak masuk akal. Takde kaitan pun dengan hubungan kita dulu. Ini semua tentang perniagaan antara syarikat. Saya pun belum lagi bentangkan cadangan saya. Kalau awak kata akan gagal.."
"Itu kan kata-kata yang keluar dari mulut kau sendiri.."
"Apa?"
"Lepas kau cam muka aku tadi, kau sendiri fikir kalau-kalau meeting ni akan gagal kan.."
'Lelaki licik! Tak sangka ucapan aku tadi membekas kat hati dia.'
Hana menahan kata-katanya agar tidak keluar lalu memutar mata ketika memandang Rian. Jelas terpancar sedikit kebencian di mata lelaki itu.
"Pasal tu.. Saya minta maaf."
Akhirnya hanya kata maaf sahaja yang terucap. Walaupun menyakitkan, Hana memilih untuk mengalah dan membuat lelaki itu berasa sangat puas.
"Kau pilih syarikat kami sebab apa?"
"...Supaya aku dapat bertahan hidup.."
Hana menjawab dengan jujur. Salah satu sudut bibir Rian terangkat. Terlihat senyuman mengejek pada Hana.
"Aku..."
"Maaf buat korang tunggu lama."
Baru sahaja Rian ingin bersuara, Zul yang kembali ke bilik mesyuarat itu membuatkan Hana berasa senang. Zul duduk semula di kerusinya. Hana mengeluarkan sampel produk di dalam kotak yang dibawanya bersama. Hana menarik nafas panjang lalu mula membentangkan produknya itu.
Hana menjelaskan isi projeknya yang tebal tanpa henti. Pada masa yang sama, wanita itu teringat kembali pada kenangan bersama Zul. Detik-detik ketika Zul selalu berada di samping Hana.
"Zul, saya betul-betul tak tahu nak kayuh basikal lah."
"Tenang Hana, relax. Jangan nak takut, saya pegang kat belakang ni."
"Jangan lepaskan tangan awak tau! Saya tak boleh nak imbangkan badan kalau awak tak pegang kat belakang."
Masa tu, Hana mudah takut pada hal yang remeh-temeh.
"Kalau saya tak pegang pun awak akan boleh. Yakin Hana!"
Setelah mendengar kata-kata Zul, semua rasa takut pun hilang.
"Wah awak!! Saya dapat lah!"
"Teruskan kayuh Hana! Pelan-pelan!"
"Haha.. Saya dah boleh kayuh basikal. Terima kasih Zul."
Kenangan-kenangan itu sangat membawa makna padanya.
"Sebagai penutup, sekian pembentangan cadangan kerjasama dari Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd yang selalu mengutamakan produk yang berkualiti."
Hari ini Hana merasakan suasana yang sama seperti waktu dulu.
***
Masa rehat, Rian berada di sebuah tempat yang selalu dimasuki oleh para pekerja setelah penat bekerja untuk berehat. Lelaki itu bersandar di dinding pembatas lalu menghembuskan asap rokok yang tadi disedutnya. Dia mengingati semula wajah wanita yang dia temui ketika di akhir mesyuarat tadi.
Saat menyelesaikan mesyuarat yang berlangsung selama 1 jam, ucapan terakhir wanita itu terkesan sangat formal.
"Saya sangat berharap pandangan yang positif pada projek ni."
Setelah memberikan senyuman pada Ketua Direktor Syarikat Pusat,wanita itu membalikkan badan pada Rian.
"Senang dapat bekerjasama dengan awak."
Melihat reaksi Hana, Rian tahu wanita itu tidak bersungguh-sungguh mengatakan ucapan tersebut. Wanita itu menatapnya dengan tajam dan penuh kewaspadaan.
'Perempuan penipu!. Sebenarnya kau tak senang pun berjumpa dengan aku. Saat-saat terakhir ni pun kau tetap cakap buruk kat aku. Perkataan mampus aku tu pun dilontarkan pada saat aku masuk dalam bilik mesyuarat.'
Sebenarnya dari seminggu lalu lagi Rian dah tahu orang yang akan mesyuarat dengannya ialah Nor Hana Samsuddin. Lelaki itu bukan cuma hanya tahu, sejak dari itu sampai sekarang dia selalu menghitung hari. Rian sangat menantikan hari berjumpa dengan wanita itu lagi.
"Err..Maaf.."
"Apa?"
"Tu.."
"Apa? Ish, menganggu je lah."
Wanita itu terserempak dengan Rian.
"Beg awak..Terbuka."
"..."
"Sini saya tolongkan zip."
Lelaki yang bertemu semula dengan Hana, wanita yang seperti Rama-rama. Rian bertepuk sebelah tangan dengan wanita itu dah 4 tahun sejak dia berumur 20 sampailah 24 tahun.
Pada akhirnya,perasaannya dibalas. Tapi Rian hanya mampu menjaga hubungan mereka selama 3 bulan sahaja. Wanita itu seperti tak dapat nak imbangkan perasaan Rian yang dah lama bertahan selama 4 tahun. Cinta bertepuk sebelah tangan selama 4 tahun dan cinta pertama yang tak dapat dilupakannya selama 5 tahun.
Setelah 9 tahun berlalu,pada hari Hana muncul kembali di hadapan Rian. Dia ingin menjabat tangan namun itu ialah perkara yang dia tak dapat lakukan.
"Mampus aku.."
Reaksi wanita itu ketika melihat Rian sangatlah buruk. Sampaikan lelaki itu berharap agar lebih baik mereka tidak perlu berjumpa semula selama-lamanya.
Ketika mendengar kata pertama yang keluar dari mulut Hana, terasa sangat menyakitkan. Tanpa sedari, Rian berulah membuatkan hubungan mereka semakin menjauh.
Walaubagaimanapun, Rian berasa bersalah telah membuat Hana takut menyebabkan dia teringat kelakuannya yang dahulu. Sebenarnya Rian tak tahu nak bagi jawapan yang macam mana bila wanita itu melemparkan kata-kata tajam. Pada ketika pertemuan mereka setelah 9 tahun berlalu, ada terselit sedikit rasa menyesalnya.
Rian menghembuskan nafas panjang serta dengan asap rokok yang tadi disedutnya. Saat asap melewati leher, keningnya berkerut semakin dalam.
"Sesuai apa yang kau cakap, hari ni memang serabut."
Rian teringat kembali Hana yang terlihat lebih senang terhadap Ketua Direktor Syarikat Pusat Zul yang baru dikenalnya berbanding dengan dirinya yang dah lama wanita itu kenal.
"Aku tak nak ada rasa benci pun dengan kau."
Itu lah kata-kata yang tadi ingin dia ucapkan pada Hana. Tapi belum sempat dia bersuara, Ketua Direktor Syarikat Pusat,Zul masuk ke dalam bilik mesyuarat sehingga Rian tidak dapat menyelesaikan salah faham antara dia dan Hana.
"Perempuan jahat. Susah sangat ke nak sapa aku baik-baik?"
Gumam Rian seorang diri. Rian sedar bahawa Hana sangat jahat. Walaupun semua perkataan yang diucapkan wanita itu membuatnya kesal, dia tetap nampak cantik. Ketika wanita itu bersikap kaku tapi sudut matanya yang memandang ke bawah masih terasa lembut dan manis semanis dulu.
"Direktor Rian, saya suka dengan produk pengunci pintu dari Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd. Saya rasa nak bekerjasama dengan mereka. Kau pula macam mana?"
Setelah Hana meninggalkan bilik mesyuarat, Zul bertanya tentang pendapat Rian. Sebenarnya Rian pun setuju dengan penilaian Zul. Tapi masalahnya, dia tak yakin dengan perasaannya. Kalau kedua syarikat ini menjalinkan kerjasama, Rian perlu berhadapan dengan wanita itu. Lelaki itu risau dia tak dapat nak tahan perasaannya itu. Hari ini, hanya kerana wanita itu mengatakan 'mampus aku' di depannya, perasaan Rian dah hancur sebelah.
Rian mematikan rokoknya di dinding pembatas dan berbalik badan dengan malas. Lelaki itu telah meninggalkan kerja yang terkumpul agar dapat mengikuti mesyuarat. Sekarang dia tak boleh berasa sedih dan dia segera keluar menuju ke pejabatnya.
Biasanya, dia sangat benci dengan kerja lebih masa. Tapi dia sangat berterima kasih kerana dapat berkerja sepanjang malam tanpa memikirkan apa pun. Rian berfikir kalau dia mungkin dapat melupakan wajah wanita yang ditemuinya tadi.
***
BIlik Hana dipenuhi oleh patung-patung comel.
"Hana, pesan lah food panda. Ayah nak makan nasi ayam."
Kata ayah Hana,CEO Samsuddin Abdullah yang dah seperti mayat hidup setelah dirawat setengah hari di hospital kerana sakit perut.
Hana tahu kalau ayahnya disuruh unuk berpuasa sehari. Dia menggelengkan kepala mendengar ucapan ayahnya yang keras kepala.
"Ayah, hari ni kan ayah kena kram usus besar."
"Itu sebab ayah gugup. Tapi oleh sebab Hana ada, ayah terus sembuh."
"Tak boleh. Sekarang ayah cuma boleh minum air putih je."
CEO Samsuddin Abdullah memandang anak perempuan kesayangannya itu. Tidak lama itu,CEO Samsuddin bertanya tentang keputusan mesyuarat pagi tadi.
"Jadi, macam mana dengan keputusan mesyuarat kali ini?"
"Hmmm.."
CEO Samsuddin duduk di katil anaknya dengan wajah yang sudah risau. Dia menunggu jawapan daripada anaknya.
"Kenapa? Keputusan diorang macam mana?"
"Hmm.. Macam mana nak cakap eh.."
"Gagal ke?"
"Tak. Bukan macam tu ayah."
"Habis tu, apa?"
CEO Samsuddin sudah tidak sabar mendengar jawapan daripada Hana.
"Kalau ada nasib kita menang, tapi kalau takde kita akan bersedih."
"Maksudnya apa? Cuba jelaskan kat ayah."
"Yang hadir dalam mesyuarat tu ialah Ketua Direktor Syarikat Pusat dan Ketua Direktor Eksekutif. Pandangan diorang masing-masing berbeza."
Setelah mendengar penjelasan Hana, CEO Samsuddin mula berfikir sejenak.
"Pandangan positif ada pada Ketua Direktor Syarikat Pusat atau Ketua Direktor Eksekutif?"
"Ketua Direktor Syarikat Pusat."
"Fuh.. Kalau macam tu, berjaya lah tu."
"Ye ke?"
"Ye lah, pasti. Berbanding dengan ketua Direktor Eksekutif, Ketua Direktor Syarikat Pusat lebih besar pengaruh dia dalam syarikat."
CEO Samsuddin berasa sangat yakin. Namun Hana hanya mengangkat bahu. Walaupun pengaruh Ketua Direktor Syarikat Pusat lebih besar dalam syarikat, Hana tak dapat mengawal perasaannya apabila perlu berhadapan dengan Ketua Direktor Eksekutif, Rian Shah Bin Khairul yang pemarah.
Waktu masih bergelar pelajar U pun dia selalu marah-marah tak tentu pasal.
"Profesor, kalau nak buat laporan perlu guna mata. Nak tulis guna kaki atau lidah pun kitorang mesti akan dapat A+ kan?"
"Jadi kenapa kalau kau lebih tua dari aku? Nak gaduh dengan aku kat padang ke?"
"Dah 5 kali aku cakap, aku tak nak minum alkohol. Kau ni pekak ke apa?"
Profesor, kawan sebidang atau senior dia akan tetap lawan kalau rasa terganggu.
"Kita cuma dapat tunggu. Mereka tentu akan hubungi kita nanti biarpun itu berita baik ataupun buruk."
Hana menenangkan ayahnya yang sudah percaya diri itu. Sebenarnya Hana takut kalau dia akan kecewakan ayahnya. Lagi-lagi ada Rian yang mempunyai kesan besar terhadap perasaan Hana.
CEO Samsuddin yang terlalu percaya diri itu meregangkan bahunya lalu menuju je pintu bilik anaknya. Dia menoleh.
"Kalau macam tu, esok kita akan buat party kat pejabat."
"Apa? Party?! Keputusan pun belum keluar lagi lah ayah."
"Besok kalau dah sampai office, ayah akan bagitahu semua ahli pejabat."
"Kan Hana dah cakap, kita belum tahu kalau kita dapat kerjasama dengan Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd."
Hana berteriak di belakang punggung lelaki tua itu. Ayah Hana keluar dari bilik tanpa menghiraukan teriakan anaknya.
Pada saat itu, bunyi telefon tiba-tiba memenuhi bilik Hana. Suaranya mengalahkan volume teriakan wanita itu. Pandangan Hana yang terkejut itu beralih ke telefon yang ada di meja.
"Eh, nombor siapa ni?"
Dengan perlahan, Hana menekan tombol jawab ketika melihat sepuluh digit angka yang tertera.
"Hello?"
"Saya.."
Suara lelaki itu terdengar agak gementar. Hana ingin menutup panggilannya. Secara naluri dia terus terbayang kembali wajah lelaki itu. Hana menunggu orang itu bersuara dahulu.
"Hello, ini cik Nor Hana Samsuddin ke?"
"Ye betul saya."
"Saya kebetulan ada kat depan rumah cik Hana ni."
Tak mungkin.Tak mungkin.Tak mungkin.
Hana berjalan menuju ke jendela bilik sambil melihat memegang telefonnya di telinga. Di depan pagar rumahnya, di tempat yang diterangi lampu jalan. Berdiri seorang lelaki yang langsung memandangnya.
"Oh,saya nampak awak."
Lelaki itu tersenyum manis sangat indah di bawah sinar rembulan sambil melambai pada Hana.
"Zul..?"
Hana menyebut nama lelaki itu dengan suara bergetar. Hana menutup panggilan lalu bergegas keluar pergi menemui lelaki itu.
Setibanya Hana di hadapan Zul, lelaki itu menyapa Hana dengan sengaja mengikuti gaya Hana waktu memberi salam kepada lelaki itu pagi tadi.
"Selamat malam,cik Hana.."
"Ah..Ye.. Selamat malam."
"Awak dah makan malam?"
Zul bertanya dengan tersenyum manis. Hana yang tidak mahu mengulangi kesalahan yang kedua kalinya langsung menjawab tanpa berfikir.
"Belum.. Saya belum makan. Kalau awak nak jom makan malam bersama."
Share this novel