BAB 8

Romance Series 3757

Cuuup!

Suara kecupan memenuhi ruang kerja yang sepi itu.

Darah terasa di hujung lidah Rian.

Lalu...

"Ah..."

Perlahan, terdengar desahan canggung dari mulut Hana.

Rian hanya dapat membeku dan mengelip-kelipkan matanya setelah mengucup luka di jari wanita itu.

Lelaki itu tidak percaya dengan apa yang telah dia lakukan.

"Apa yang kau..."

Hana bertanya,matanya terbeliak.

Rian melepaskan tangan yang masih berada di bibirnya itu dengan lembut. Dia menolehkan kepalanya yang terasa kosong dan hanya dapat mengatakan seadanya.

"Aku kenapa?"

Dengan kasar dia melepaskan tangan Hana yang masih dipegang erat. Kemudian dia berbalik kaku sudah seperti robot dan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Dah lah.."

Reaksi yang selalu Rian keluarkan ketika panik. Tapi Hana sama sekali tidak mengetahui kebiasaan lelaki itu. Raut muka Hana terus berubah.

Hana tidak lagi tergoda pada lelaki itu. Jadi, dia membuang rasa malunya dan berusaha mengembalikan tumpuannya dengan menarik nafas dalam-dalam.

"Kalau luka kau tak besar, duduklah."

Rian menyuruh Hana dengan suara kaku. Dia tidak memberikan masa kepada wanita itu untuk bersuara. Hana yang salit hati melemparkan pandangan tajam kepada lelaki itu.

Lalu dia berjalan ke arah kerusi yang berhadapan dengan Rian,kemudian menarik kerusinya dengan kasar. Pandangan Rian langsung beralih ke arah Hana setelah mendengar bunyi kerusi di depannya.

Bahu wanita itu terlihat lebih kekok berbanding saat dia pertama kali masuk ke dalam pejabat ini. Wanita itu mungkin masih teringat dengan kejadian tadi. Rian menjelaskan alasan di balik perbuatannya tadi kerana tidak mahu Hana salah faham.

"Jarum kat mesin kopi memang dipasang macam tu. Sebab tu aku suruh kau hati-hati."

"Dah tu.. Kenapa?"
Hana segera menjawab kata-kata lelaki itu seolah-olah bukan itu masalah sebenar. Rian kembali mengucapkan kata-kata tajam untuk menghindari mengatakan hal-hal yang tidak dia inginkan.

"Kan aku dah suruh kau hati-hati. Tapi kau terus masukkan tangan kau."

Sebenarnya Rian tidak pun berniat untuk berdebat dengan Hana. Tapi tanpa dia sedari, kata-kata itulah yang keluar dari mulutnya.

Hana menutup bibirnya rapat walaupun dia ingin berkata sesuatu. Dia tidak mahu hal tadi menjadi besar.

Hubungan mereka berdua menjadi semakin canggung dan semakin jauh.

'Sebenarnya aku nak menyapa kau dengan ramah, meminta maaf atas sikap aku selama ini dan mengadakan briefing yang lancar supaya kau tak rasa canggung lagi setiap kali kita berjumpa. Lepastu nak ajar kau keluar makan. Tapi, kenapa semua rancangan aku gagal dalam sekejap je?'

Rian tahu Hana tu macam mana orangnya jadi dia tidak terlalu berharap sangat. Baginya, dia tidak ada masalah kalau hubungan mereka kurang akrab. Tapi setidaknya dia tidak mahu wanita itu selalu kaku ketika dia dekat dengannya.

Lagi-lagi ketika Hana menatap Rian dengan dingin. Tatapannya itu selalu sahaja menghancurkan hati Rian.

Rian mengalihkan pandangannya dari Hana. Lelaki itu mengambil dokumen bahan briefing lalu berkata dengan nada kaku.

"Kita bertemu di sini sebagai wakil dari dua syarikat. Jadi kalau hanya kita berdua je, aku tak kesah dengan sikap kau pada aku. Tapi kalau depan orang lain, kau jangan nak tunjukkan emosi kau tu."

Kata-kata lelaki itu membuat Hana bersikap semakin dingin. Hana merasa seolah-olah Rian menganggap dia yang telah merosakkan suasana. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Rian dan menjawab dengan tegas.

"Sepatutnya kau yang perlu kawal emosi kau tu bukannya aku,kan.."

"..."

"Aku minta maaf sebab hadir semula di hadapan kau padahal dulu kau nak aku menghilang dari hidup kau. Aku harap kau dapat sorokkan perasaan tak suka kau kat aku."

Bagi Rian, kata-kata Hana itu terdengar sangat profesional. Tapi wajahnya mengerut ketika membelek-belek isi briefing.

Tiba-tiba...

"Ye memang.. Memang aku ada perasaan tertentu kat kau."

Rian menjawab. Dia mengalihkan pandangannya ke kotak briefing.

Nada suara Rian terdengar sangat lurus ketika mengungkap hal tersebut.

Hana memandang Rian. Dia menunggu lelaki itu mengucapkan sesuatu untuk sakitkan hatinya.
Saat itu, Rian mengangkat wajahnya untuk memandang Hana. Kata-kata yang diucapkannya betul-betul membuat wanita itu tertanya-tanya.

"Tapi, bukan perasaan tak suka kat kau."

'kalau bukan perasaan tak suka, habistu apa?'

Hana ingin bertanya apa maksud lelaki itu. Tapi, belum sempat membuka mulut, suasana di ruangan itu berubah.

Pandangan Rian terlihat berbeza. Nafas yang tenang juga bukan ciri-ciri lelaki itu. Dulu, Hana pernah melihat ekspresi wajah seperti itu. Hanya sekali..

Iaitu ketika Rian mengakhiri hubungan sekejap mereka yang bahkan tidak pernah dikatakan sepasang kekasih itu. Waktu itu Rian berkata...

"Jangan pernah muncul di hadapan aku lagi."

Kerana tidak mahu merosakkan hubungannya dengan lelaki itu, sesuai cara yang dikatakan oleh salah satu staf Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd kelmarin, Hana mengambil keputusan untuk tidak dibawa ke hati akan ucapan Rian tadi.

Dia mengalihkan pandangannya dari Rian ke isi yang ada di hadapannya. Lelaki itu masih tidak dapat melepaskan pandangannya terhadap Hana dan akhirnya hanya dapat menghela nafas berat.

'Aku tak tahu kalau aku ada buat sesuatu yang membuatkan dia penat macam tu. Rian yang buat masalah tapi kenapa aku yang rasa tak selesa. Seolah-olah aku lah punca.'

***

"Melaksanakan briefing dengan sempurna."

Walaupun mereka memulakan briefing dengan sangat buruk, tidak dapat dibantah bahawa Ketua Direktor Eksekutif termuda di Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd ini menunjukkan pertunjukkan yang sangat baik.

"Ada soalan?"

Rian bertanya ketika mereka selesai membincangkan halaman terakhir isi briefing. Hana yang tidak terlalu fokus isi briefing menggelengkan kepala perlahan-lahan.

"Tidak. Aku faham apa yang kau jelaskan sebab kau kan dari dulu memang pandai menjelaskan sesuatu. Terima kasih."

Hana berkata jujur. Tidak ada maksud tersembunyi dari kata-katanya itu. Ketika mendengar jawaban Hana, mata Rian melebar. Itu ialah pujian pertama yang diterimanya dari wanita itu.

'Kalau macam tu, kau nak keluar makan dengan aku?'

Ajakan itu tergantung di hujung lidah Rian. Dia hanyalah perlu mengucapkannya dengan nada normal agar perasaannya tidak dibaca dengan jelas.
Rian mengambil nafas pendek kemudian menggerakkan bibirnya.

"Kalau macam tu...."

"Kalau macam tu saya minta diri dulu."

Hana memotong dengan sopan sebelum Rian selesai bersuara. Wanita itu memasukkan isi briefing ke dalam begnya.

Sebenarnya mudah bagi Rian untuk menghentikan orang yang terburu-buru keluar dan mengajak keluar makan bersama. Tapi, kalau orang dimaksudkan itu ialah Hana, lain cerita.

Rian yang tidak pernah menyesal dengan apa pun kecuali kelakuannya terhadap Hana dulu berfikir keras untuk tidak ambil hati dengan ucapan wanita itu.

'Kalau kau tak keberatan, nak tak keluar makan bersama?'

'Kau suka makanan korea ke? Kat depan sini ada restauran korea yang sedap.'

'Jom makan tengah hari dulu. Aku belanja.'

Rian berfikir kata-kata apa yang akan dia ucapkan. Hana berdiri dari tempat duduknya.

"Ehem."

Rian berdehem ketika Hana membuka pintu pejabat, sedia untuk melangkah keluar.

"Jom makan tengah hari dulu. Aku belanja."

Rian mengajak Hana.

"Aku minta diri dulu. Jumpa lagi."

"Eh,awak Manager dari Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd kan? Macam mana pandangan awak dengan Ketua Direktor Eksekutif kami? Dia seorang yang sangat tegas kan?"

"Eh tak lah. Saya banyak dibantu dari direktor. Dari dulu direktor memang pandai menjelaskan sesuatu."

Ketika baru keluar dari pintu pejabat Rian, Hana berserempak dengan Dayang dan saling menyapa. Hana tidak mendengar ajakan makan tengah hari dari Rian.

"Dan.. Saya nak minta maaf telah rosakkan papan tanda parking tadi."

"Eh takpe. Itu berlaku pun sebab kitorang tak letak dengan betul."

"Baiklah. Kalau macam tu saya minta diri dulu."

Hana mengucapkan salam perpisahan pada Dayang. Di situ lah Rian tersedar telah kehilangan kesempatan lagi. Jadi, lelaki itu hanya memandang belakang Hana yang menjauh.

"Cik Nor Hana!"
Dayang memanggil Hana. Langkah Hana terhenti.

"Ye?"

"Kalau awak tak sibuk, jom makan tengah hari bersama. Di depan sini ada restauran korea yang sedap. Mungkin Ketua Direktor Eksekutif Rian nak belanja kita."

Rian yang mendengar ajakan Dayang pada Hana itu merasakan Dayang sudah seperti penyelamatnya. Rian menanti jawaban wanita itu sambil menahan nafas.

"Errr...Baiklah."

Rian menghela nafas setelah mendengar jawaban Hana.

'Terbaiklah Dayang. Kau lakukan sesuatu yang terbaik hari ini.'

***

Mereka berada di restauran korea berdekatan dengan kilang Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd.

Tempat yang ditunjukkan oleh Ketua Direktor Eksekutif Rian dan Manager Dayang memang restauran yang sangat terkenal. Tanda tangan para artis korea terpapar menghiasi dinding kaca restauran tersebut.

"Park Bo Gum pun ada datang kat sini juga rupanya. Tempat ni betul-betul terkenal."

Hana terlihat bersemangat. Dayang menjawab dengan tersenyum.

"Ketika rakan perniagaan penting datang, kami selalu mengajak mereka keluar makan kat sini. Selama ini saya belum pernah gagal mengajak mereka."

"Rakan perniagaan.... Penting?"

"Ye, sekarang cik Hana juga rakan perniagaan penting kami. Jadi, silakan menikmati makanan yang ada kat sini."

Dapat dikatakan senyuman Dayang terlihat sangat menawan. Wanita itu seperti mempunyai bakat membuat orang berasa selesa di dekatnya.

Walaupun mereka baru sahaja bertemu, Hana sudah merasa dekat dengan wanita itu. Dia pun tersenyum dan mengangguk.

"Kalau dah duduk tu pesan lah dulu. Bukannya bersembang terus."

Rian menyerahkan menu dengan kasar. Makan tengah hari dengan Hana adalah kesempatan terakhir bagi Rian. Namun disebabkan keberadaan Dayang di situ membuatkan Rian tidak dapat mengatakan sepatah dua kata pun pada wanita itu.

Kerana tidak selesa dengan sikap kasar Rian, Dayang memarahi  lelaki yang duduk di sebelahnya itu. Dia satu-satunya wanita yang terbiasa dengan tingkah laku Rian yang seperti kanak-kanak.

"Kau kenapa cakap macam tu dengan tetamu kita?"
"Dia pun sama juga."

"Cik Hana?"

Dayang yang tidak mengetahui hubungan Rian dan Hana itu menatap Hana hairan.

Oleh sebab tidak mahu ada kesalafahaman ,Hana segera menjelaskan tentang hubungannya dengan Rian pada Dayang.

"Saya dan Ketua Direktor Eksekutif Rian kawan sekolah waktu kolej dulu."

"Oh macam tu ke. Jadi korang dah lama kenal?"

"Dah lama dah, cuma ini pertama kali kitorang berjumpa lagi setelah lulus kat kolej..."

Hana terlihat sangat tidak nyaman apabila membahas hubugannya dengan Rian.

Rian agak tidak menyukai sikap Hana yang tidak mahu mengakui hubungan mereka lebih dari seorang kawan biasa.

"Oh, kalau macam tu cik Hana tentu tahu cinta pertama Rian kan?"

Dari mulut Dayang meluncur kata-kata yang tak terduga. Terbeliak mata Rian melihat ke arah Dayang.

"Cinta pertama Rian?"

Hana bertanya balik dengan wajahnya yang polos itu. Hana yakin cinta pertama Rian bukanlah dia kerana mereka hanya menjalinkan hubungan selama 3 bulan sahaja.

Namun, Rian yang sama sekali tidak tahu isi fikiran wanita itu, betul-betul panik.

"Jangan cuba-cuba nak bahas pasal tu."

Rian cepat-cepat menghentikan niat Dayang untuk membahas tentang cinta pertamanya. Dayang tidak sedar bahawa keadaan di situ sudah berubah serius. Wanita itu pun melanjutkan kata-katanya dengan nada bergurau.

"Saya dan Rian sahabat. Jadi, kitorang selalu berkongsi cerita. Tapi dia tak pernah cerita tentang wanita. Saya sempat kira dia ni gay..."

"Kan aku dah cakap, jangan nak bahas pasal tu...."

"Rupanya dia masih tak dapat lupakan cinta pertamanya waktu kolej dulu. Padahal dah empat tahun berlalu sejak dia lulus kolej."

"Dayang!"

Rian tidak dapat lagi menahan diri untuk berteriak disebabkan perbualan tentang cinta pertamanya itu diucapkan Dayang di depan orangnya langsung.

Saat itu Rian betul-betul marah pada wanita itu, tapi...
"Hmm. Cinta pertama waktu kolej dulu?"

Setelah mendengar ucapan Dayang, Hana bergumam lalu menutup mulutnya. Dia tidak mahu suasana menjadi canggung.

'Tolonglah... Jangan cakap apa-apa.'

Rian berharap dengan sepenuh hati.

Cinta pertama itu di ibaratkan penyakit kronik baginya. Oleh sebab itu, dia berasa lebih selesa jika perkara itu tidak dibahas sama sekali.

Namun, Hana yang tidak mengerti isi fikiran lelaki itu memandangnya dengan tatapan paling jujur membuatkan Rian gementar.

"Oh ye ke, kau ada cinta pertama yang berbekas kat hati kau rupanya."

Hana bertanya dengan riak wajah yang terkejut. Apabila mendengar kata-kata yang tak terduga itu, Rian mengerlipkan matanya berkali-kali.

"Apa?"

"Tak, aku cuma..."

"..."

"Aku tak pernah mengira kalau kau pernah ada hubungan cinta macam tu. Jadi..."

Bagi Hana yang pernah menjalinkan hubungan kekasih dengan Rian, lelaki itu tak terlihat seperti orang yang  mempunyai pengalaman cinta sebelumnya.

Waktu mereka bersama, lelaki itu selalu berjalan beberapa langkah di hadapan Hana. Dia juga mengajak menonton wayang seram jenis film yang Hana benci. Waktu makan malam, dia sama sekali tidak mengajak Hana bersembang.

Jadi, setelah janji temu pertama mereka itu, Hana berniat untuk memutuskan hubungan di janji temu seterusnya. Lelaki itu tidak ramah sehingga tidak sesuai untuk dijadikan kekasih.

'Jadi, dulu dia bersikap dingin dengan aku sebab belum dapat lupakan cinta pertamanya?!'

Hana kini berasa faham mengenai semua sikap dingin Rian terhadapnya. Wanita itu menoleh ke arah Dayang. Matanya bercahaya ingin tahu.

"Saya jadi tertanya-tanya dengan topik ni."

"Oh ye ke?"

"Ye. Selama ini saya mengira Rian tak pernah ada kisah cinta."

Rian berasa lega kerana tidak perlu mengatakan perasaannya yang telah lama terpendam terhadap Hana.

Dayang ketawa terbahak-bahak seolah-olah kesian pada Hana. Lalu, dengan tangannya yang bergetar kerana ketawa, dia memegang tangan Hana.

"Hahaha! Tapi kisah cinta tu tidak dapat dianggap hubungan kekasih. Rian dengan wanita tu cuma berhubungan selama 3 bulan je."

"Apa...?"

"Betulkan Rian? Mereka cuma berhubungan selama 3 bulan je. Wanita tu yang minta putus pada janji temu yang kedua. Rian sangat sakit hati masa tu sampaikan menamakan wanita tu perempuan tak guna."

Bom nuklear terus mengena ke jantung Rian, tak dapat dielak lagi. Rian terus putus asa. Dia hanya dapat menahan nafas dan menatap Hana.

Setelah mendengar kata '3 bulan' dan 'perempuan tak guna', Hana terkaku dan tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience