BAB 3

Romance Series 3757

Perkara yang susah nak percaya betul-betul berlaku. Keajaiban di hidup Hana dalam wujud seorang cinta pertama yang tak terlupakan,duduk di hadapannya sambil makan.

"Kalau tak silap, dulu kita pernah makan sini kan? Masa birthday awak."

Zul bertanya sambil tersenyum. Hana tidak dapat menjawab dengan tenang. Wanita itu nampak malu-malu kerana hanya pergi dengan pakaian yang dipilih secara rambang sahaja.

"Ye.. Kita pernah ke sini dulu."

Hana menatap makanan di hadapannya sambil menjawab dengan suara yang lembut. Melihat itu, Zul tersenyum semakin lebar. Wajahnya memandang Hana yang masih tetap cantik seperti 10 tahun lalu.

"Awak mesti tak selesa kan bila bersama dengan saya macam ni."

"Eh tak direktor, saya bukan tak selesa..!"

"Tipu.. Sekarangkan bukan kat pejabat, awak tak perlulah cakap sopan dengan saya."

Zul mengatakan rasa kecewanya. Hana tidak dapat menjawab. Selama ini yang terbayang dalam fikiran Hana hanyalah sosok tubuh lelaki di hadapannya itu pada ketika berumur 18 tahun. Tapi saat ini, orang yang menatapnya itu telah berubah menjadi lelaki dewasa 30-an.

Ditambah lagi, dia sekarang yang sudah menjadi seorang ketua direktor di syarikat keluarganya.

"Sebenarnya saya memang nak panggil nama direktor... Tapi disebabkan saya bertemu dengan direktor yang sebagai ketua direktor, susah saya nak bercakap biasa dengan direktor."

Hana masih bercakap dengan sopan.Zul memotong steak di pinggannya dan membalas kata-kata Hana.

"Walaupun saya ketua direktor,kita kan dah lama kenal."

Suara lelaki itu terdengar sayu. Hana dapat merasakan perasaan sedih di dalam suaranya. Tanpa menjelaskan lebih lanjut, lelaki itu menusuk beberapa potong zaitun dengan garpunya dan bertanya pada Hana.

"Ehem.. Saya masih tak suka dengan zaitun. Awak masih suka?"

"Suka. Saya masih suka dengan zaitun."

"Kalau macam tu, awak nak? Saya bagi.. Macam dulu-dulu."

Seperti dulu. Dengan mudahnya Zul membahas tentang masa lalu. Hana mengangguk dengan muka yang merah padan itu.

Zul kemudian meletakkan zaitun di pinggan Hana sambil tersenyum. Sama seperti dirinya 10 tahun lalu. Setiap kali lelaki itu tersenyum, tahi lalat di bawah mata kanannya yang bergerak-gerak masih tetap terlihat menarik.

"Terima kasih ketua direktor."

"Eh, sama-sama cik manager Hana."

Kata Zul bergurau. Pandangannya kembali ke makanannya.

Hana menatap bulu mata panjang lelaki itu dengan sedikit hampa. Dia sedar akan hubungan mereka sekarang . Hana memakan zaitun pemberian dari lelaki itu.

Selalunya, dia suka dengan rasa masin dari zaitun. Tapi, zaitun yang berasal dari pinggan zul terasa lebih manis dibandingkan sebutir anggur matang.

"Err.. Direktor.."

"Ye..?"

"Kenapa direktor ada kat depan rumah saya?"

Mendengar Hana bertanya dengan suara perlahan, Zul yang baru sahaja melahap sepotong steak mula mengangkat wajahnya.

Lelaki itu memandang Hana sambil mengunyah dengan cepat. Setelah makanannya ditelan habis, Zul menanyakan perkara yang tak terduga oleh Hana.

"Saya nak sambung semula perbualan kita pagi tadi."

"Kalau perbualan pagi tadi mesti tentang.."

"Perkahwinan. Awak dah kahwin ke belum?"

Kata-kata yang diucapkan tepat sebelum Rian masuk ke dalam bilik mesyuarat. Perkahwinan ialah perkara yang sangat mustahil bagi Hana yang belum dapat melupakan cinta pertamanya. Hana mula berasa malu mengingat jawaban yang dia berikan pagi tadi.

"Saya belum kahwin."

"..."

"Siapa yang bagi tahu direktor? Ni mesti Farah yang bagitahu kan. Farah memang macam tu."

Farah Umaira Binti Adam, sahabatnya waktu sekolah menengah. Hana menjelaskan sepenuh hati dengan wajah yang serius. Zul memandang wajah itu lalu tersenyum dengan mata menyipit.

"Oh ye ke. Awak belum kahwin rupanya.."

"Ye belum."

"Haa.. Bagus lah kalau macam tu. Lega saya."

Zul menghembus lega, seolah-olah dia mengharapkan jawapan tersebut. Hana ketika itu hampir tak dapat bernafas kerana hatinya sedang melompat-lompat senang.

"Tak mungkin saya dah kahwin.."

"Saya kecewa sangat bila sangka cinta pertama saya dah diambil orang lain."

Ketika mendengar perkataan 'cinta pertama' hati Hana berdebar-debar. Dia hampir tak dapat mengawal telinga dan pipinya merah padan sekejap. Perasaan hatinya sama seperti pada ketika pertama kali perasaannya berbunga-bunga 10 tahun lalu.

Kalau tak silap, Farah yang awak maksudkan tu Farai Umaira sahabat awak dulu kan? Korang masih bersama rupanya."

"Ye.. Tahun ini genap 12 tahun saya bersahabat dengan Farah. Kalau fikirkan balik macam kejap je masa berlalu."

"Bertuah dapat sahabat yang dah 12 tahun berkawan."

"Hmm, kira macam tu lah. Dapat kawan yang masuk air dan saling memahami antara satu sama lain tu penting."

"Tak, maksud saya bukan awak. Farah yang bertuah dapat sahabat yang macam awak ni."

'Eh?"

Tidak! Jangan sampai luluh. Lelaki ni selalu menggodaku dengan kata-kata manis.

Hana sempat berfikir. Adakah lelaki ini masih mencintainya? Tapi Hana mengambil keputusan untuk tidak berharap agar tidak membuatnya malu di kemudian hari.

Zul dari dulu sangat popular di kalangan pelajar perempuan.Kemungkinan dia dah pun berpunya berbanding dengan Hana yang pemalu,penakut dan susah nak dekat dengan para lelaki.

Jadi, walaupun situasi sekarang sama seperti 10 tahun lalu, Hana tidak boleh bazirkan masa yang berbatas di antara mereka berdua. Jarak masa 10 tahun lalu semestinya telah mengubah perasaan lelaki itu terhadapnya.

Kerana itu, Hana berusaha untuk menenangkan hatinya yang sedang berdebar-debar.

"Lusa ni saya akan datang ke pejabat awak."

Tak terduga,Zul mengatakan tentang jadual kerjanya. Hana yang bingung sempat mengerutkan keningnya sedikit.

"Apa? Pejabat saya?"

"Oleh sebab mesyuarat pertama dah dijalankan, kita akan jalankan untuk mesyuarat kedua."

Berita tentang kerjasama mereka sangat tak diduga. Hana tak dapat menutupi rasa terkejutnya. Dia masih ingat dengan jelas bahawa Rian tak menyukai dengan produk yang dibentangnya tadi pagi.

"Bukannya produk saya tak sesuai ke?"

"Saya kan suka dengan produk awak tu."

"Tapi Rian.. Maksud saya, direktor Rian kan tak nak gunakan produk kami."

"Abaikan je pandangan direktor Rian. Saya tetap akan suka."

Lelaki itu berikan jawaban yang sama,namun jawapan keduanya diucapkan dengan penekanan.

"Oh macam tu ke..Suka.. Awak suka kan?"

"Ye.. Saya suka."

"Produk pengunci pintu kan ha..ha..ha.."

"Ye,Ye.. Pengunci pintu."

Zul tergelak. Hana tidak bereaksi kerana tak ingin tahu maksud tersirat dalam kata-kata lelaki itu. Makanan seterusnya terasa sangat biasa dan hambar.

"Kalau macam tu, apa yang awak buat selama ini? Tak bercinta, kahwin pun tak juga."

"Takde yang istimewa pun."

"Macam mana awak kerja kat syarikat ayah awak?"

"Entah lah. Saya pun tak berapa ingat.. Terjadi macam tu je."

Hana menjawab pertanyaan-pertanyaan Zul dengan singkat dan terkesan d ingin. Walaupun Hana berusaha menatap Zul dengan cara biasa, otak Hana terus terasa kosong.

Hana menyedut airnya untuk basahkan tekaknya. Bila Hana fikirkan semula, keajaiban yang datang di hidupnya tak boleh disia-siakan.

"Saya.."

Namun, Hana malah takut untuk mengatakan kata-kata yang penuh harapan.

"Kalau dah siap makan, jom saya hantar awak balik."

Zul bersuara setelah memeriksa jam di tangannya.

Hana melihat pinggannya sendiri dengan malu. Sebenarnya dia tak ingat pun kalau dah habiskan steaknya dan pinggannya dah kosong cukup lama.

"Ah, ye dah selesai."

Suara Hana kedengaran kecewa. Zul tersenyum lembut bila menyedari kekecewaan Hana.

"Sebenarnya saya masih ada kerja yang belum saya siapkan. Tapi saya pergi jumpa dengan awak pula."

"Ye ke.."

"Ye.. Sebab takde yang nak temankan saya untuk makan malam."

Penipu. Padahal lelaki itu dari dulu selalu banyak kawan.

"Disebabkan saya dah sampaikan semua berita yang perlu awak dengar hari ini, saya perlu kembali bekerja."

Ucap Zul sambil melihat telefonnya seakan-akan tidak dapat berlama di situ. Hana menyesal kerana rasa tegangnya membuat suasana jadi tidak selesa. Perbualan biasa yang Zul inginkan tidak dapat berjalan lancar kerana Hana menjawab dengan kaku.

"Padahal awak dah jauh-jauh datang sini. Maaf kalau saya tak dapat buat awak senang direktor."

Ketika Hana meminta maaf dengan suara pelan. Zul langsung menjawab dengan pertanyaan.

"Saya senang lah awak.. Kalau awak tak rasa senang ke?"

"Eh tak! Bukan macam tu maksud saya.."

"Awak bosan dengan saya erk, wah... Terguris hati saya."

"Tak,tak.. Saya tak bosan. Maaf kalau direktor rasa saya berasa bosan dengan direktor."

"Hahaha.."

Perbualan itu diakhiri dengan tawa Zul. Lelaki itu memandang Hana dengan raut wajah yang senang lalu mengungkir senyuman yang menawan.

"Kalau macam tu, saya nak minta tolong dari awak."

"Minta to..long?"

"Lain kali, awak tak perlu nak panggil saya direktor, tak perlu nak berencik dengan saya. Panggil je nama saya bila sedang berdua. Macam dulu.."

Setelah Zul mengatakan itu, matanya yang tersenyum membuatkan hati Hana berdebar.

"Saya akan datang lusa tau."

Kata-kata seterusnya membuatkan hati Hana semakin berdebar. Suhu wajah yang dah turun,kembali panas. Nafasnya pun menjadi sukar diatur.

"Oh.."

Jawab Hana ringkas sambil menatap lelaki itu.Zul terlebih dahulu bangkit dari kerusinya. Dia menghulurkan tangan untuk menuntun wanita itu berdiri pergi.

"Saya akan hantar awak pulang.Mari kita keluar, Manager Hana."

***

Bilik Mesyuarat Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd.

"Maksud awak.. Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd?"

Rian bertanya dengan tidak percaya ketika mereka memilih syarikat yang mengeluarkan produk "Lily" itu.

Zul menjawab dengan senyum lebar di pipinya.

"Yes. Saya suka dengan produk yang ditawarkan Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd."

Rian tidak dapat berfikir dengan baik mendengar kata-kata yang baru sahaja didengarnya. Secara objektif, syarikat tersebut tidak berada di tahap yang dapat menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd.

Pertemuan dengan Hana telah dianggap berakhir oleh Rian.

"Keuntungan apa yang kita dapat kalau kerjasama dengan syarikat kecil seperti Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd."

Salah satu ahli mesyuarat berkata. Orang itu ialah Ketua Bahagian Chin Siew yang bertanggungjawab atas penjualan produk "Lily". Dia bekerjasama dengan Zul yang sebagai Ketua Perancangan dan Rian pula sebagai Ketua Operasi.

Chin Siew mengasingkan cadangan kerjasama Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd dari atas meja Zul lalu meletakkan cadangan kerjasama dari syarikat lain.

"Tolong pertimbangkan Syarikat CS Points Sdn.Bhd yang telah pun bekerjasama dengan kita sebelum ini."

"Dah 3 tahun kita bekerjasama dengan syarikat tu. Tapi apa yang kita dapat hanyalah aduan tentang produk yang rosak dan permintaan untuk pembaikan semula."

"Tapi peratus jualan bulan ini sangat tinggi."

"Setelah saya lihat peratus jualan syarikat, itu yang jadi masalah. Sebenarnya apa alasan para pelanggan membeli perabot buatan tangan dengan harga 2 hingga 3 kali ganda mahal berbanding dengan buatan fabrik?"

Mendengar kata-kata Zul, Ketua Bahagian Chin Siew berusaha untuk mengubah keputusan Zul. Tapi,Zul tetap dengan keputusannya.

"Takde pun masalah kalau kita mendatangani kontrak dengan syarikat baru. Kau tu je yang percaya dengan Syarikat CS Points Sdn.Bhd."

Zul terus mengakhiri kata-kata lelaki itu yang belum pun selesai bersuara. Zul tahu kalau Ketua Bahagian Chin Siew mendapat wang dari syarikat tersebut.

"Jadi, bermula dari sekarang, jangan pernah berjanji dengan mana-mana syarikat pun."

Zul mengeluarkan kata-kata tajam sambil tersenyum. Biarpun Zul jauh lebih muda daripada Ketua Bahagia Chin Siew, Zul yang tersenyum dingin bukanlah lawan yang mudah bagi lelaki tua itu.

"Baiklah, saya faham.."

Ketua Bahagian Chin Siew tidak berani menawan Zul dan mengalihkan pandangannya pada Rian. Berdasarkan info yang didapatnya, dia tahu pandangan Ketua Direktor Eksekutif terhadap produk Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd sangat tidak baik. Dia berharap Rian tidak akan bersetuju dengan keputusan kerjasama itu.

Jadi, harapan Chin Siew ialah Ketua Direktor Eksekutif akan melawan Ketua Direktor Syarikat Pusat iaitu Zul si keras kepala.

"Keputusan dah muktamad ke?"

Reaksi yang keluar dari mulut Rian tidak sesuai dengan apa yang diharapkan lelaki tua itu.

"Belum. Esok saya akan ke syarikat tu dan mengadakan mesyuarat susulan."

"Kalau macam tu, saya juga akan ikut. Esok saya akan kosongkan jadual saya."

Tidak disangka, pandangan yang diberikan lelaki itu menuju ke arah yang positif.

"Hah? Direktor pun nak hadir?"

"Ada yang saya nak pastikan sebagai Ketua Direktor Eksekutif."

Keinginan lelaki itu untuk mengikut serta dalam mesyuarat syarikat kelmarin saja buat dia terkejut. Apalagi dengan mensyuarat kedua esok.

Berkenaan dengan dunia industri, Rian Shah Bin Khairul mendapat jawatan tinggi dalam syarikat kerana tenaganya yang kuat,designnya yang brillian dan berkemampuan dalam pengendalian produk yang sempurna.

Namun satu-satunya yang kurang dari lelaki itu ialah kemampuan bekerjasama. Rian biasanya tak pernah bergerak pun dari tempatnya dan selalu fokus untuk membuat perabot. Dia tak pernah mengikut serta dalam mesyuarat ataupun mengunjungi syarikat lain.

Rian selalu diberitahu tentang hasil mesyuarat secara bertulis. Kenapa orang yang tak suka berurusan dengan orang lain tiba-tiba masuk campur dalam projek ini?

"Saya tahu kerja Direktor Rian banyak. Jadi mungkin tak mudah untuk awak dapat kosongkan jadual awak. Lebih baik saya je yang pergi sendiri."

Zul berusaha untuk menggagalkan rencana Rian kerana dia dah berjanji dengan Hana untuk makan tengah hari. Tapi Rian memberikan jawapan tegas.

"Takpe. Kalau awak nak buat kunjungan syarikat, dah tentu Ketua Direktor Eksekutif akan turut serta."

"Haha..Padahal selama ini kan awak tak pernah pergi."

"Saya nak ubah lebih baik."

Rian terdengar seperti mempunyai maksud tersirat.

"Hmm..Baiklah. Kalau macam tu esok kita akan pergi sama-sama. Oleh sebab saya ada mesyuarat lain. Kita akhiri mesyuarat kita hari ini."

Zul mengakhiri mesyuarat secara sepihak dan terus bangun dari kerusinya. Dia masih tersenyum walaupun terlihat seperti terpaksa.

Di sisi lain, Rian yang tidak peduli memandang meja di depannya dengan tatapan kosong. Ketika Zul menutup pintu bilik mesyuarat tersebut dan menghilang, Rian menghembuskan nafasnya.

"Hah.."

Ketua Bahagia Chin Siew yang menyangka itu adalah ekspresi tidak suka Rian, mengungkapkan perasaan tidak setuju.

"Direktor pun tak suka kan? Tak mungkin syarikat kita boleh bekerjasama dengan syarikat level C."

"Syarikat level C?"

"Ye.."

"Kalau kau tak pernah hadir dalam mesyuarat pertama,jangan suka-suka nak mengata."

Rian berusaha untuk bersabar.Dia sudah tidak peduli dengan tatapan yang dilemparkan oleh ketua Bahagia Chin Siew itu.

Sekarang, perkara yang difikir Rian adalah apakah kata-kata pertama yang akan dia ucapkan pada wanita itu esok.

"Kau tu belum pernah nampak contoh produk sebelum ini. Jadi tak perlu nak komen buruk sangat."

Setelah mengucapkan kata-kata tajam, lelaki itu berjalan keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

***

Bilik Pejabat Syarikat My Door & Lock Trading Sdn.Bhd.

Hana yang hari ini berdandan sangat cantik melihat dirinya di cermin dan bercakap dengan sedikit gugup.

"Hai Zul.."

Hana meninggikan volume suaranya untuk menciptakan kesan yang menyenangkan. Suaranya terdengar lebih percaya diri. Tapi kali ini yang sangat jadi masalah ialah pipinya yang bergetar.

"Hah.."

Hana mengeluh. Dia melirik jam dinding. sejam lagi Zul akan tiba. Sampai hari ini Hana masih canggung bila bercakap tentang masa lalu mereka yang indah itu. Dia takut kalau masih belum dapat mengawal perasaannya.

"Jangan gugup Hana. Hari ni kau tak boleh nampak kaku."

Hana menenangkan dirinya.

"Selamat datang.. Awak mesti datang dari Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd kan?"

CEO Samsuddin meenyapa tetamu tersebut di hadapan syarikatnya.

"Ye saya.."

"Awak datang lebih awal rupanya."

"Saya ada urusan peribadi dengan Manager Hana.. Kat mana saya boleh parking?"

"Oh tak perlu, pekerja saya akan tolong parkingkan kereta tuan."

Suara ayah Hana, CEO Samsuddin yang cukup kuat terdengar dari dalam syarikat.

Hari ini hanya ada seorang dari Syarikat Raliance Home Sdn.Bhd yang akan datang untuk berjumpa dengan Hana.

"Macam mana ni, dia dah datang."

Hana bersedia dengan cara panggilannya yang ingin lelaki itu dengar.

"Zul!"

Nada suara dan pandangan matanya yang menawan juga matahari yang bersinar cerah di langit dan terlihat wanita itu lebih bercahaya.

"Apa? Zul?!"

Lelaki yang keluar dari kereta itu ialah Rian Shah Bin Khairul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience