BAB 5

Romance Series 3757

"Hana.."

Bibir Rian memanggil nama wanita itu.

"Aww."

Rian tidak menyadari tangannya memeluk Hana dengan erat. Kehangatan tubuh Hana membuatkan Rian sukar untuk bernafas.

Walaupun mereka pernah menjalinkan hubungan kekasih selama 3 bulan, dia belum pernah berada dekat seperti itu dengan Hana. Mata Rian beralih memandang ke bawah.

Rambut wanita itu yang dapat dilihatnya dari jauh, kini berada di dalam dekapan tangannya. Seketika Rian terbuai ilusi kalau-kalau dia dan Hana masih dapat menjalinkan hubungan kekasih namun dia cepat-cepat sedarkan dirinya.

"Haaa..."

Rian mengeluh.

"Kau dah kenapa?"

Rian memegang bahu wanita itu dengan kedua tangannya yang tadi memeluk tubuh Hana. Dia menolak badan Hana dengan lembut. Hana memandangnya yang terlihat bingung dengan apa yang terjadi.

"Ah!!Maaf!!"

Hana segera menjauhi Rian. Ini juga adalah pertama kali wanita itu dipeluk oleh Rian yang selalu menjaga jarak darinya.

Sentuhan lelaki itu di pinggangnya masih jelas terasa. Suaranya ketika memanggil nama Hana juga masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Hana..."

Ah rupanya dia masih boleh memanggil nama aku macam tu. Padahal selama ini dia selalu memanggil aku dengan nada yang kasar dan tajam.

"Hana, awak tak apa-apa ke? Kaki awak tak terseliuh?"

Tangan lembut Zul membalikkan badan Hana. Hana yang baru sedar itu menepuk-nepuk tangan lelaki itu untuk menenangkannya.

"Saya tak apa-apa."

"Cuba awak berjalan. Manalah tahu ada bahagian yang sakit."

"Saya betul-betul tak apa-apa. Nasib baik ada Rian.. Maksud saya Direktor Rian tangkap saya tadi."

Hana melirik pada Rian. Lelaki itu mengalihkan pandangannya. Dia sebenarnya ingin meminta maaf pada Hana tapi dia hanya berdiam diri. Lagipun dia tak mahu suasana menjadi semakin canggung.
Rian mendekati Hana lalu mengatakan.

"Kalau jalan tu hati-hati."

Kehangatan dalam teguran tajam yang tadi sempat terasa itu tidak berbekas di hatinya. Lelaki itu memang agak susah untuk difahami. Hana berjalan lebih hati-hati berbanding sebelumnya.

Rian tidak sekalipun memandang ke belakang dan hanya keluar dari bangunan itu. Zul pula tidak sekalipun melepaskan tangannya dari bahu Hana.

Memandang orang yang selalu menjaga jarak darinya lalu melirik tangan yang memegang bahunya membuatkan Hana merasa makanan yang tadi ingin dimuntahkan. Situasi itu sangat tidak selesa bagi Hana. Dia dapat rasakan macam mana aliran darah berhenti.

Hana dan Zul kembali ke syarikat milik CEO Samsuddin dengan menaiki kereta Zul. Rian pula menaiki keretanya sendiri. Zul meminta orang untuk meletakkan keretanya di perletakan kereta. Dia membuka pintu untuk Hana yang duduk di sebelahnya.

"Hati-hati melangkah tu Manager Hana."

Tangannya yang dihulur dan suaranya masih terasa lembut. Tanpa disedari, Hana menundukkan wajahnya kerana sudah merah padan.

Rian yang mengikuti mereka dari belakang turun dari kereta. Mengerut keningnya apabila melihat silauan matahari.

"Ah silaunya."

Hana memandang Rian. Dia melihat bahagian hujung lengan baju Rian. Butang baju lelaki itu terlepas ketika menangkap Hana yang terjatuh tadi.

"Rian..Tak maksud saya Direktor Rian."

"Ye, kenapa?"

Dengan takut-takut Hana menunjuk hujung lengan baju lelaki itu.

"Saya rasa butang awak terlepas gara-gara saya.."

"..."

"Tu..Butang pada lengan baju awak."

"Tak perlu nak pedulikan aku."

"Eh apa?"

"Maksud aku.. Kau tak perlu peduli sangat pasal ni. Takpe.."

Hana terdiam. Dia selalu tertanya-tanya tentang kelakuan Rian yang selalu berkata kasar dengannya. Dia bingung sama ada lelaki ini suka dengannya atau tidak pada masa dahulu.
Hana ingin bertanya pada lelaki itu kenapa dia selalu berasa tidak selesa ketika memandangnya.

"Mari kita masuk."

Zul tiba-tiba memotong perbualan 2 orang itu. Kerana ajakan tersebut, mata Hana yang memandang Rian beralih melihat Zul.

"Ah baiklah. Kalau macam tu, saya panggilkan dulu CEO."

"Mungkin perut CEO dah pun membaik."

Hana segera melangkah ke arah pejabat. Mata kedua-dua lelaki itu mengikuti langkah Hana yang semakin menghilang itu.

"Korang berdua tak rapat ke sebenarnya?"

Zul bertanya membuatkan Rian menatapnya dengan tajam.

"Kenapa awak tanya?"

"Takde apa-apa. Saya tengok macam ada yang tak kena dengan korang berdua."

Zul memandang wajah Rian sambil tersenyum. Rian tahu bahawa lelaki itu sangat peka, dia menjawab dengan singkat."

"Takde yang pelik pun. Kami dari dulu memang tak rapat."

"Oh.. Jadi apa yang saya agak tu salah lah."

"..."

"Saya ingat dulu korang sempat ada hubungan."

Kata-kata yang diucapkan Zul itu tak tahu kenapa terdengar seperti gurauan. Tapi bagi Rian, ucapan itu meninggalkan kesan yang sangat dalam.

"Kalau macam tu, mari kita masuk. Saya harap hari ini Direktor Rian juga suka dengan syarikat ni."

Zul melangkah meninggalkan Rian. Perasaan Rian pada ketika itu sudahpun bercampur aduk. Seperti biasa Zul selalu terlihat ceria.

Rian berdiri terkaku untuk beberapa minit.

"Haa..."

Rian mengusap muka sambil menghembuskan nafas panjang.

Sekarang aku akan betul-betul berhenti suka dengan dia. Aku tak akan tunjukkan perasaan apa pun di depan Hana.

Sambil berfikir, Rian melangkah masuk.
"Err Direktor Rian.."

Suara tak terduga itu menyapa Rian. Itu ialah suara Hana. Kebetulan ataupun tidak, setiap kali dia bertekad untuk melupakan wanita itu selalu saja dia muncul di hadapan Rian. Lelaki itu mengerutkan dahinya dan memandang ke arah Hana.

"Kenapa."

Kerana ingin mencuba untuk sembunyikan perasaannya, nada suara lelaki itu terdengar kasar. Setiap kali melakukan perkara itu, dia jadi merasakan tidak selesa ketika melihat reaksi Hana.

"Saya ada butang yang sama dengan awak punya. Saya nak jahit.."

"..."

"Awak tak perlu buka baju pun takpe."

Di depan lelaki itu, Hana menghulurkan tangannya. Rian yang malu itu terlihat gelisah.

"Kenapa tangan.."

"Kan saya kata nak jahit butang ni kat lengan awak."

Ikutkan hati Rian, dia tak nak tapi tanpa sedar Rian menghulurkan lengan baju yang kehilangan butang itu. Hana menganggap dia diizinkan untuk memasang butang, memegang tangan lelaki itu tanpa ragu.

"Selalu dipasang kat mana?"

Hana menunduk memandang hujung lengan baju lelaki itu.

Tatapan mata Hana seharusnya tak dapat berikan kesan sentuhan. Namun di setiap bahagian tubuh Rian yang ditatap oleh wanita itu terasa geli.

Jadi, lelaki itu berniat untuk mengosongkan fikirannya. Tapi, oleh sebab Hana tidak mengetahui perasaan Rian malah bercakap dengan suara yang lembut.

"Direktor Zul ada kat mana?"

"..."

"Baru je masuk ke? Ayah saya tengah salin baju. Kejap lagi dia akan ke sini."

"..."

Rian tidak dapat menjawab. Dia menahan nafas, takut jika wanita itu terhidu bau rokok.

"Dah siap..."

Hana merenung hasil jahitannya dengan berpuas hati lalu melepaskan tangan lelaki itu. Ada senyuman yang lembut terpancar dari wajahnya ketika melihat Rian. Senyuman yang jarang dia beri di depan lelaki itu.

"Cuba awak tengok. Sama dengan b utang awak tadi kan?"

"Ah ye.."

Rian yang telah berjanji untuk tidak tergoda pada Hana takut untuk melepaskan tangannya. Separuh perasaannya masih belum bersedia untuk melepaskan wanita itu.

"Oh ye.. Kalau awak rasa-rasa nak merokok, kat belakang ada tempat khas untuk merokok. Awak pergi je kat sana."

Hana memberitahu Rian. Lelaki itu menatap dengan raut masam. Tidak lama kemudian dia memalingkan muka.

"Aku tak merokok."

Dia tidak faham kenapa dia berbohong pada Hana.

Hana membuat muka bingung. Waktu berada dekat dengan lelaki itu, dia dengan jelas terhidu bau rokok. Dia menyangka Rian seorang perokok.

Hana berfikir positif. Mungkin dia terhidu bau rokok itu dari orang lain. Dia kemudian menjawab sambil tersenyum.

"Oh ye ke. Kalau macam tu jom kita masuk."

Hana berbalik menuju ke pejabat. Dah lama Rian tidak berdiri di sebelah wanita itu. Walaupun hanya dapat berjalan di sebelah Hana selama dua kali ketika mereka keluar berjanji temu dulu, Rian tahu macam mana cara wanita itu berjalan kerana dia dah lama memerhatikannya.

Berbanding dengan aku,langkah wanita ini lebih kecil langkahnya.

"Aduh rambut saya."

Hana dengan cepat mencapai ikat rambutnya yang terjatuh itu. Rian tumpukan perhatiannya pada Hana lalu merapikan rambut di depan wanita itu. Hana mengikat semula rambutnya.

"Terima kasih."

Ucapnya lalu mula berjalan. Rian memandang cara wanita itu berjalan. Kaki yang melangkah,tangan yang bergerak mengikut langkahnya dan hembusan nafas Hana yang lembut membuatkan fikiran Rian menjadi meluap-luap tidak terkawal.

***

Dua jam kemudian setelah pemeriksaan tapak kilang selesai.

"Kau.. Kau si nakal tu kan? Si nakal yang kedapatan berpelukan dengan anak saya di depan pagar rumah?"

CEO Samsuddin,ayah kepada Hana berteriak marah saat menyedari bahawa Zul adalah kekasih Hana 10 tahun lalu.

"Ayah!"

Hana berteriak pada ayahnya kerana malu ketika ayahnya dengan selamba memanggil Zul "Si Nakal". Namun,Zul malah menjawabnya sambil tersenyum.

"Haha ye...Pak cik apa khabar?"

"Mestilah khabar baik. Punggung kau yang pak cik pukul dulu dah okay ke?"

"Kadang masih terasa ngilu.."

"Hahaha kau masih tak berubah..Masih sama macam dulu."

Biarpun perjumpaan pertama mereka tidak lah baik, lelaki tua itu tersenyum. Sama seperti senyuman Hana.

"Senang aku tengok kau yang dah dewasa sekarang."

"Baguslah kalau pakcik senang."

"Oh ye.. Walaupun kau bekas kekasih Hana, tak patut aku bercakap tak formal kat ketua direktor macam kau."

"Ayah sst...Dah,tak perlulah nak bahas lagi perkara tu. Ni kan bukan perjumpaan peribadi."

Hana segera menghentikan perbualan tentang masa lalu yang diulang-ulang oleh CEO Samsuddin. Hal itu disebabkan Rian muncul selepas selesai menggambar bahagian dalam kilang kunci pintu itu.

"Kerja saya dah selesai, saya minta diri dulu."
"Baiklah Direktor Rian. Terima kasih dah luangkan masa datang sini."

Rian tertanya-tanya dalam hati. Apa yang perlu dia lakukan untuk menghilangkan suasana yang janggal itu.

"Kalau macam tu,saya pun nak minta diri juga. Jumpa lagi,ayah."

Baru sahaja Rian ingin menjawab,Zul sudah memotong. Rian hanya mengerutkan kening kerana tidak dapat menjawab ucapan CEO Samsuddin.

Rian yang tidak mahu menambah masalah hanya melangkah tanpa ragu ke keretanya.

"Hati-hati di perjalanan Direktor Zul."

Setelah Hana berkata seperti itu,CEO Samsuddin mendorong bahu anak perempuannya ke depan.

"Pergilah bercakap dengan dia sebelum dia jalan tu."

"Eh?"

"Kau kan dulu susah nak lupakan dia. Kalau dah ada kesempatan tu jangan nak sia-siakan."

Sebenarnya Hana tidak pun terfikir nak lupakan lelaki itu. Tapi disebabkan CEO Samsuddin mendorongnya, satu kaki Hana sudah terlanjur melangkah ke depan.

Hana yang sudah merasa canggung itu mendekati kereta Zul yang sudah pun tertutup.

Seett.

Ketika dia tiba di depan cermin pemandu,cermin itu perlahan menurun ke bawah. Raut wajah Zul yang melonggarkan dahinya sedikit lalu menatap Hana itu tetap terlihat bersinar.

Wanita itu menelan ludah untuk menenangkan hatinya yang berdebar-debar.

"Cuba dekatkan telinga awak."

Zul berbisik sambil menggerakkan tangannya.Hana mendekatkan telinganya. Wajah Zul yang mendekat itu tampak sangat menawan seolah-olah semua pesona di dunia ini bersatu di sana.

Hana dapat merasakan hembusan nafas kuat yang keluar dari bibir Zul yang berada di samping wajahnya. Ketika wajah wanita itu mula panas, Zul berbisik di telinganya dengan lembut.

"Saya nak bawa awak keluar makan weekend ni."

"..."

"Macam waktu tu. Waktu kita mula-mula bercinta dulu."

Keluar makan? Lagi?

Hana merasa seperti terbang ke angkasa. Setelah selesai mengucapkan kata-kata itu, Hana menolehkan kepala dan berhadapan dengan Zul. Bibir lelaki itu berada sangat dekat dengannya itu bergerak.

"Syukurlah kita masih dapat berjumpa lagi."

Hana sama sekali tidak mendengar kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience