Completed
338
Aku tergamam, lain yang ku pinta lain pula yang ditawar. Ainna masih
belum sedia untuk mendirikan rumah tangga, itu alasan yang diberi kedua
ibu bapanya. Aku tidak pasti itu luahan yang hadir dari mulut Ainna
sendiri atau kedua ibu bapanya yang memandai mengatur ayat itu. Ah aku
tidak puas hati! Sudahnya, ditawarkan pula untuk aku menikah dengan
kakaknya, Umairah yang tidak pernah kukenali itu.
Haish masalah! Dan masalahnya sekarang, abah dan umi menyuruh aku
menerima tawaran itu kerana begitu menghormati keluarga Ainna, keluarga
Haji Ibrahim, bekas guru besar sekolah tempat aku mengajar sekarang ini
dan orang berpengaruh di kawasan taman ini. Apa yang harus kulakukan?
Diluah mati emak, ditelan mati bapak.
Share this novel