Completed
338
Aku tersedar apabila mendengar suara tangisan di sebelahku, tanganku
kurasakan sejuk dan basah. Segera aku memandang tanganku dan melihat
Rayyan sedang menggenggam tanganku erat dan ada titis jernih pada matanya.
“Rayyan...” aku memanggil sedaya upayaku walaupun badanku terasa begitu
lemah.
“Umai! Umai dah sedar? Alhamdulillah! Syukur Ya Allah!” Rayyan kelihatan
begitu gembira, tidak pernah aku melihatnya segembira begini semenjak
aku menikahinya.
“Awak dah ok?” itu saja yang ku ingin tanyakan padanya sedari tadi.
Tubuhnya yang sudah berbalut di kepala, dan dianduh tangannya membuatkan
hatiku rasa sedikit hiba. Mujur dia terselamat dalam kemalangan jalan
raya itu, kalaulah dia tiada, aku pun tidak pasti bagimana kehidupanku
selepas ini.
Rayyan menyeka air matanya sebelum menghampiri wajahku.
“Saya sihat, tak perlu khuatir pasal saya lagi. awak yang tak sihat,
kenapa awak tak beritahu yang awak mengandung?”
Aku tersenyum tipis, cuba mencari kekuatan untuk menjelaskan padanya.
“Saya baru dapat tahu hari ini, manalah saya tahu, saat saya nak berikan
khabar gembira, ada orang lain bawa perkhabaran buruk tentang awak.”
Rayyan mengusap dahiku, pandangan matanya pelik. Redup sekali hinggakan
aku berasa begitu tenang.
“Kalaupun saya kemalangan, awak tak perlu susah payah menderma untuk
saya. Awak tahu kan yang awak sedang mengandung.”
Aku mengangguk tanda faham.
“Tapi saya tak sanggup kehilangan awak. Baby ni pun mesti akan setuju
dengan tindakan saya.”
Rayyan tak henti merenung mataku, membuatkan wajahku terasa hangat.
“Kalau saya kehilangan awak, saya takkan maafkan diri saya sebab biar
awak berkorban untuk saya.”
Aku tersenyum.
“Saya ikhlas sebab saya cintakan awak.” Entah bagaimana perkataan itu
meluncur laju dari mulutku.
“Maksud awak?”
“Saya dah cintakan awak sejak dulu Rayyan, semasa Ainna masih belajar di
sekolah itu. Cuma awak yang tak tahu.”
“Umairah...” Rayyan kelihatan tergamam, matanya digenangi air.
“Maafkan saya sebab tak hargai saya selama ini. Maafkan saya Umairah!”
Rayyan menangis di hadapanku, membuatkan aku terkedu. Tidak pernah dia
berkelakuan sebegini sebelum ini.
“Eh awak jangan macam ni. Saya tak apa-apalah. Saya tak kisah pun.” Aku
pantas memegang tangannya dan kuelus lembut.
“Saya janji saya akan cintai awak sepenuh hati saya Umairah. Saya takkan
abaikan awak dan zuriat kita ini. Saya janji! Saya cintakan awak
Umairah!” Rayyan bersuara dengan nada yang sebak. Tubuhku dirangkul
dalam pelukannya seolah tidak ingin dilepaskannya lagi.
Mataku turut terasa digenangi air walaupun mulutku tersenyum. Air mata
kegembiraaan kubiarkan mengalir di pipi.
Terima kasih Ya Allah! Begitu kecil pengorbananku jika hendak dibanding
dengan nikmatMu ini...
Share this novel