BAB 1

Drama Completed 338

“Kakak, Cikgu Rayyan kirim salam.” Ainna datang membawa pesan padaku
yang sedang berada di dapur, membuatkan aku tersenyum lebar.
Ah kenapa cikgu itu membuat aku merasa yang dia memberikan aku harapan?
Adakah benar aku tidak bertepuk sebelah tangan?
“Ish akak ni, orang tengah cakap dengan dia. Dia dok berangan pulak!”
Ainna, adikku yang bakal menduduki SPM tahun ini menepuk bahuku
membuatkan aku tersedar dari lamunan. Kerja merincis kacang panjang yang
terbantut tadi, kulakukan semula.
“Err waalaikumussalam. Kenapa tiba-tiba dia kirim salam dekat akak
pulak?” aku menyoal tanpa melihat wajah Ainna.
“Tadi adik tanya pasal soalan Bahasa Melayu dekat dia, lepas tu dia
tanya khabar keluarga kita. Tiba-tiba dia pun suruh kirim salam pada
semua.” Ainna menerangkan satu persatu.
Aku menepuk dahiku sendiri.
“La, kalau macam tu, bukan kirim salam kat akak sorang, kirim salam
dekat semualah namanya tu. Adik ni, saja kan nak bagi akak tak keruan.”
Ainna tertawa sambil menutup mulutnya. Sedar dengan kesilapannya namun
pada masa yang sama seronok kerana dapat mengenakan aku. Ya aku... aku
yang gilakan cikgu sekolah adikku. Aduh...
Rayyan tu guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah adikku,
tinggi lampai orangnya, berbadan tegap dan berbudi bahasa, almaklumlah
guru Bahasa Melayu, kenalah bersopan santun dan mengekalkan ciri anak
melayu kan. Hihi. Wajah pulak nak iras-iras pelakon korea Lee Min Ho tu,
macam manalah hati aku ni tak terpaut? Haih cair...
Macam mana aku kenal Rayyan? Ya aku nak ceritalah ni. Suatu hari,
burung-burung berkicauan di dada langit menandakan hari yang indah. Ok,
tak perlu metafora macam tu. Serius Umairah! Ok sebenarnya aku kenal dia
masa menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan adik aku, dia tersenyum
manis menyambut kedatangan ibu bapa dan waris ke majlis itu. Pada masa
tu jugak hati aku terpaut! Hari-hari aku tanya perihal dia pada adikku
dan lama kelamaan, dari terpaut dah jadi terjatuh hati pulak. Mana tak
nya, adik aku tu hari-hari balik cerita yang gurunya itu baiklah, selalu
tolong dialah, hormat orang tualah, rajinlah... Cuba cakap, hati siapa
yang tak tertawan?
Ah Nur Umairah dah angau sama Muhammad Rayyan la...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience