BAB 13

Drama Completed 338

Malam itu, kepalaku terasa berat sekali, migrainku kembali menyerang
menyebabkan aku terbaring di katil menahan sakit yang mencengkam kepala.
“Awak, kenapa ni?” Umairah yang tidur di sisiku, terjaga dan kelihatan
gelisah memandangku.
“Migrain... tolong, tolong ambilkan ubat saya.” Aku segera menunjuk ke
arah laci meja. Umairah terkocoh-kocoh ke situ, mencari ubatku lantas
membuka plastik ubat itu, mengambil satu tablet lantas disuakan padaku.
Air yang tersedia di meja sisi dihulurkan padaku.
Aku menelan walaupun terasa perit, kepalaku terlampau sakit hingga aku
tidak mampu untuk bangun sekalipun. Kepalaku kupegang dan kuurut
perlahan, cuba mengurangkan kesakitan itu.
Tiba-tiba jemari halus Umairah menyentuh ubun-ubunku lantas dipicit
perlahan kepalaku, terasa begitu menenangkan sekali.
“Tak apa saya picitkan.” Umairah menawarkan diri seraya tersenyum
padaku. Aku membalas senyumannya sebelum menutup mataku, cuba menghalau
kesakitan ini pergi.
Aku terjaga pagi itu dengan kepalanya yang sudah terasa ringan. Aku
merasakan jemari Umairah masih melekat di kepalaku, urutannya masih
terasa walaupun tidak sekuat awalnya. Jam dinding kukerling, sudah pukul
enam pagi dan aku mengalami migrain tadi semasa lebih kurang pukul tiga.
Jadi adakah...
“Awak tak tidur ke tadi?” aku menyoal dengan perasaan terkejut. Umairah
yang masih asyik memicit cuma tersenyum. Tidak mahu menjawab soalan itu.
“Umairah, saya... saya minta maaf sebab menyusahkan awak.” Aku rasa
sangat bersalah.
Umairah terhenti dari memicit lantas memandang wajahku dengan penuh
kelembutan.
“Tak apa, saya yang nak picitkan. Saya risau tengok awak mengerang
kesakitan macam tadi. Tak sanggup saya nak biarkan awak terseksa.”
Aku gumam. Wajah itu kurenung dalam-dalam, keikhlasan hati wanita itu
terserlah pada matanya.
Ya Allah, adakah aku telah mensia-siakan wanita sebaik ini Ya Allah?
Kejamnya aku!
Tangan Umairah kugapai lantas kukucup perlahan, rasa terharu menyelinap
dalam hati ini.
“Terima kasih Umairah, terima kasih...”
------------------------------------------------------------
“Tahniah Puan, Puan mengandung.” Kata-kata doktor itu membuatkan aku
terkejut, tidak menjangkakan segala ini. Sejak dua menjak ini aku asyik
pening dan mual, jadi aku segera berjumpa doktor. Tidak sangka pula
perkhabaran ini yang kuterima. Ah terima kasih Ya Allah!
Tapi... adakah Rayyan juga akan segembira aku? apakah anak ini akan
lahir dengan mengetahui tiada rasa cinta antara ibu dan ayahnya, eh
bukan! Tiada rasa cinta ayahnya pada ibunya sebab aku memang ada rasa
cinta untuknya. Kesian sungguh anakku.
Aku memegang perutku, ada nyawa di situ, yang akan kusayangi sepenuh
hatiku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience