Completed
338
Sudah tiga bulan Ainna pergi melanjutkan pelajarannya, namun Rayyan
masih hambar. Pada matanya tidak pernah terlihat sinar cinta buatku.
Ah aku harus bersabar. Dia adalah insan yang aku cintai dari dulu, jadi
aku harus bersyukur kerana Allah kurniakan dia padaku. Ainna pun sudah
pergi jauh, jadi sekurang-kurangnya aku dah tak makan hati melihat
mereka bersama.
“Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku seorang suami yang baik,
yang aku cintai selama ini Ya Allah. Aku bersyukur padaMu walaupun dia
masih belum mampu mencintaiku. Setiap segala sesuatu pasti ada hikmah di
sebaliknya, aku redha jika Kau mengujiku dengan menjodohkan aku dengan
insan yang mencintai adikku sendiri Ya Allah dan aku bersyukur kerana
memang itulah yang aku harapkan selama ini Ya Allah. Namun luputkanlah
perasaannya pada Ainna dan bukakanlah hatinya untuk menerimaku seadanya
Ya Allah. PadaMu lah tempat aku meminta Ya Allah. Amin...”
Aku meraup wajahku selesai berdoa, Al Quran di atas rak segera ku gapai.
Aku harus mencari sesuatu yang bisa menenangkan hatiku dan tiada ubat
penenang yang paling mujarab selain kitab Allah ini.
Share this novel