BAB 10

Drama Completed 338

Aku memerhati Umairah yang duduk berteleku di atas sejadah sambil
suaranya mendayu mengalunkan bait-bait suci Al-Quran yang terletak di
atas rehal di hadapannya. Suaranya begitu lunak hinggakan aku berasa syahdu.
Wajah itu kuamati, Umairah memang tidak kalah dengan adiknya, Ainna. Dia
juga punya kelembutan dan budi pekerti yang tinggi dan mempunyai ciri
seorang wanita solehah. Cuma aku, aku saja yang masih gagal membuka
pintu hatiku untuk menerima dia seadanya.
Ah bagaimana hendak kukata. Cuba letakkan diri kalian di tempatku,
mampukah kalian mengalih cinta kalian dari adik kepada kakak. Bukankah
pelik bunyinya, tapi walaupun pelik, aku terpaksa memupuk cinta ini. Aku
tidak mahu jadi suami yang tidak menghargai isteri dan tidak mensyukuri
nikmat yang Allah berikan padaku ini. Nikmat alam rumahtangga yang tidak
semua mampu kecapi.
Bantulah aku Ya Allah.. Bukakanlah pintu hatiku buat satu-satunya
isteriku itu.
“Awak nak makan? Kejap saya panaskan makanan ya.” Teguran Umairah itu
segera menyedarkan aku ke alam nyata. Dia sudah usai membaca Al Quran
dan sedang memandangku dengan dirinya masih berbalut telekung solat.
“Tak apa, nantilah. Saya nak solat dulu ni,” aku segera membawa diri ke
bilik air, tidak sanggup memandang wajah Umairah lagi, bimbang dia
menyedari yang aku sedang memerhatikannya sedari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience