BAB 12

Drama Completed 540

Illysha diandam cantik. Tema hijau pucuk pisang menyerlahkan lagi keayuannya. Mulai hari ini, dalam hidupnya Cuma akan ada farid. Keadaan dirinya yang yatim piatu dan sebatang kara membuatkan dia bertambah sedih. Illysha sayu mengenangkan dalam sejam dua lagi dia akan menjadi milik lelaki itu. Luke , aku doakan kebahagiaan kau. Air matanya menitis lagi.

Sementara itu, Luke sendiri gundah di lapangan terbang. Penerbangannya akan berlepas dalam sejam lagi. Ingatannya kembali pada Illysha . Dia keliru. Semakin masa penerbangannya menghampiri, semakin ingatannya pada Illysha dan kata-katanya tempoh hari menguasai pemikiran Luke . Dia bangun dan duduk, berjalan dan berhenti. Mundar-mandir memikirkan tindakannya hari itu. Kecewakah dia? Bodohkah aku kerana melepaskan cintaku untuk kali kedua? Pengumuman yang memanggil para penumpang Malaysia Airlines ke Jepun mula kedengaran. Luke meraup wajahnya.

Illysha tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Melihat nama pemanggil, hatinya berdebar-debar kuat.

"helo Luke ." Debaran makin terasa.

"Illysha , tunggu saya. Saya akan datang ambil awak." Seakan mimpi, Illysha mematikan talian. Benarkah apa yang didengarinya?

Dia bingkas. Bagaimana dengan farid?

Tanpa memikirkan kesan tindakannya, Illysha berlari keluar dari bilik pengantin yang terhias cantik itu. Dia menuruni tangga dengan pantas. Para tetamu yang hadir mula kehairanan melihat pengantin perempuan keluar dari biliknya sebelum dipanggil. Farid @ Hamzah yang sudah bersedia kehairanan melihat kelibat Illysha yang tergesa-gesa mahu keluar dari rumah itu.

"Illysha !" Illysha menoleh.

"farid." Farid menghampiri Illysha yang kelihatan serba salah. Tetamu sudah mula mengerumuni mereka. Hairan melihat adegan itu.

"awak nak pergi mana? Akad nikah dah nak mula tak lama lagi."

"farid, I’m so sorry. I can’t marry you. I don’t love you." Teragak-agak Illysha bersuara. Orang ramai yang mendengar mula berbisik antara satu sama lain.

"what?" farid tersenyum sumbing. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"farid, I’m so sorry. I have someone else and I love him. Please forgive me." Pantas Illysha menoleh mahu meneruskan langkahnya apabila tangannya direntap kuat. Farid mula menyinga.

"just like that? I knew this day will come. I knew it! It’s Luke right? I can’t believe it. This is actually happening! To me!" Illysha meronta-ronta mahu melepaskan tangannya. Dia mula kesakitan.

"kau ingat kalau aku tak dapat kau, kau akan dapat bersama dia? Jangan harap Shakira !" Illysha tersentak. Shakira ?

Tanpa berlengah, Hamzah menarik tangan Illysha menuju ke keretanya sebelum memaksa Illysha masuk. Illysha yang masih tergamam tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Farid turut masuk lalu dia memandu kereta itu pergi meninggalkan majlis yang tidak akan jadi itu.

"kau dengan Luke memang bodoh. Kau ingat satu kebetulan ke semua ciri-ciri Shakira ada pada kau? Sebabnya Cuma satu. Kau ialah Shakira . Lepas letupan tu, kau dah dijumpai tapi ingatan kau hilang. Pastinya itu peluang baik untuk aku kan? Selama ni, aku memendam perasaan aku pada kau, melihat saja kemesraan kau dengan dia sedangkan aku yang kenal kau dulu. Kenapa kau tak pernah Nampak aku Kira ? Kenapa?? Aku yang hadir dalam hidup kau dulu, tapi kau pilih dia Kira ! Kecewa hati aku melihat kau dengan dia! Dan kali ni, bila kau dah jadi Illysha pun kau masih nak pergi pada dia! Susah payah aku sorokkan kau dari dia. Huh! Nampaknya, takdir kita memang tak sama. Tapi kau jangan ingat kau boleh pergi pada dia Kira ! Aku takkan benarkan Luke kalahkan aku untuk kali kedua! Takkan!" pedal minyak ditekan kuat. Illysha yang sudah mula menangis teresak-esak menjerit kuat apabila melihat sebuah lori meluncur laju ke arah kereta yang mereka naiki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience